- special chapter : two -
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Harini ialah hari terakhir ramadan. Selepas sahur, seluruh ahli keluarga mula sibuk untuk membuat persiapan sebelum raya menjelang tiba.
"Ada nampak Naz tak?" Tanyaku kepada Qisha yang sedang sibuk memotong bahan masakkan.
"Naz, Ayyan, Hazmi, Aliff pergi cari buluh, lampu pelita dan macam-macam lagi." Balas Qisha. Lupa nak bagitahu yang Hazmi dengan Aliff datang rumah Nenda dua hari lepas.
Katanya, Mama dengan Papa sibuk bekerja sebab itulah diorang datang sini. Lagi satu, Hazmi masih single dan Aliff sudah berpunya. Alhamdulilah, dia laku bukan macam Hazmi gay 😂.
P/s : try lah ngorat Hazmi
"Reen!" Panggil Datin Azira lantang.
"Coming!" Aku terus menuju ke ruang tamu dimana tempat Datin Azira berada.
"Tolong Mummy tukar cadar sofa, langsir, dengan alas meja." Aku mengangguk lalu membuat kerja. Aku tukar alas meja dahulu kerana itu lah kerja yang paling senang.
"Boleh saya bantu?" Tegur satu suara garau. Aku lantas menoleh ke sebelah kiri.
"Kenal saya ke?" Tanyaku hairan. Tak pernah nampak pula lelaki ni. Dari mana dia datang eh ?
"Mestilah kenal bidadari syurga ni." Balasnya tersenyum manis ke arahku tetapi aku tidak termakan dengan kata-katanya. Aku hanya tayang wajah beku. Maaf, saya sudah berkahwin dan sudah menjadi seorang ibu kepada Izz Rykal.
"Gurau je. Janganlah tunjuk muka garang. Takut saya." Lagi sekali aku geli dengar ayat dia. Budak sesat mana yang ada dalam rumah Nenda ni?
Aku tak melayannya. Aku pergi ke arah langsir pula. Tidak lupa juga untuk membawa kerusi sekali. Takkan nak suruh saya tukar langsir dalam keadaan terbang di udara. Saya bukan superman.
"Biar saya buat." Dia menawarkan dirinya sendiri untuk membantu aku. Aku iyakan aja. Orang dah tolong tu, janganlah nak bodoh sombong pula.
"Terima kasih." Ucapku separuh malas. Lelaki itu mula panjat kerusi dan membuka satu persatu penyakut yang berada di antara langsir dan tempatnya.
"Boleh saya tanya satu soalan?" Kenapa lelaki ni banyak tanya? Masa tengah buat kerja pun mulut masih boleh bercakap.
"Tanya jela." Balasku malas. Aku duduk di atas sofa. Tangan lincah membuka sarung bantal yang terdapat di sofa tersebut.
"Awak siapa? Tak pernah nampak pun sebelum ni." Tanyanya. Patutnya, aku yang tanya dia.
"Reen. Cucu Nenda and you?" Aku pandang ke arahnya dengan wajah selamba.
"Eiman. Jiran Nenda."
"Okey."
"Mama!" Jerit Izz riang. Izz yang baru sahaja sampai ke rumah terus berlari anak menuju ke arahku. Badan aku dipeluk olehnya dengan erat sekali.
"Dari mana?" Aku ajukkan soalan kepadanya. Senyumannya daripada tadi tidak henti-henti terukir. Apa yang disenyumnya pun tak tahulah.
"Tesco. Auntie Nabila belanja boy bunga api." Ucapnya. Dia siap tunjuk lagi plastik yang berisi bunga api.
"Dah cakap terima kasih kat Auntie Nabila?" Izz lantas mengangguk. Dia mana pernah lupa pesanan Mamanya untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang berikan sesuatu kepada dirinya. Ceh.
Ouh ya! Auntie Nabila itu ialah Isteri kepada Aliff Izzani. Macam mana diorang kahwin? Pandai-pandailah korang fikir sendiri.
"Terima kasih Nabila." Kataku sebaik sahaja dia lalu disebelah aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...