88

4.6K 247 48
                                    

- special chapter : five -

"Awak pergi mana?" Tanya Nazrul tegas. Izz Rykal yang berada di sebelahku memaut jejariku erat.

"Jumpa Ad." Balasku lembut.

"Jumpa Ad sampai tak boleh angkat call dari boy?" Tanyanya lagi. Dia merenungku tajam.

"Bukan sengaja. Bateri telefon habis tadi." Balasku perlahan.

"Alasan. Alasan. Alasan." Nazrul berkata sepatah demi sepatah.

"Janganlah marah Mama, Papa." Izz berkata. Aku memandangnya dengan wajah yang muram.

"Papa tak marah. Papa cuma cakap je." Nazrul tersenyum hambar.

"Tapi boy rasa yang Papa tengah marah Mama." Balas anak kecil itu.

"Papa tak marah Mama sayang." Nazrul tersenyum hambar sekali lagi.

"Kalau macam tu, jom kita balik Mama." Izz menarik tanganku perlahan.

"Okay."

Aku dan Izz keluar dari pejabat. Kami berdua menuju ke lif. Tiba saja di tempat letak kenderaan, Izz terus melulu masuk ke dalam kereta sebelah pemandu.

Aku masuk ke dalam kereta. Enjin kereta aku hidupkan. Tali pinggang kaledar Izz aku pakaikan.

"Nak makan Mcd boleh tak Mama?" Izz merengek. Aku pandang wajahnya lalu mengangguk.

"Yeahh." Dia bersorak suka. Aku terus membelah jalan raya pergi ke Mcdonals berdekatan.

***

"Set Double cheese burger one." Pesanku. Izz sudah hilang ke tingkat atas.

Setelah makanan yang aku pesan siap. Aku terus melulu naik ke tingkat atas. Kelibat Izz aku cari. Apabila jumpa, aku terus mengatur langkah ke arahnya tetapi langkahku terbantut akibat seorang lelaki muda duduk di sebelah Izz.

Aku cepatkan langkah. Aku letak dulang makanan di atas meja. Wajah lelaki itu aku pandang. Aku sungguh terkejut. Kenapa mamat ni?

"Hye. Miss me?" Usik Eiman tersenyum nakal. Aku gulingkan bebola mata.

"Mama tak makan?" Tanya Izz. Dia ambil double cheese burger dari dulang.

"Mama dah makan dengan Auntie Ad." Balasku. Izz mengangguk seraya itu membuka plastik burger. Kemudian, dia makan dengan penuh selera.

"Naz mana?" Tanya Eiman ringkas.

"Kerjalah." Balasku malas.

"Ouh."

Suasana diam seketika sehinggalah aku dapat panggilan daripada seseorang yang aku tidak kenal. Aku angkat juga panggilan itu.

"Hello?"

"..."

"Hello?"

"...."

Aku terus matikan panggilan. Kalau call tapi tak bercakap apa-apa baik tak payah. Buang masa je. Nombor itu memanggil lagi sekali tetapi aku tidak melayannya.

"Aku minta diri dulu." Eiman bangun dan berlalu pergi. Dia sembunyikan senyuman semasa berjalan.

"Kenapa Uncle Eiman pandang Mama lain macam tadi?" Akhirnya suara Izz kedengaran setelah lama mendiamkan diri.

"Mana Mama tahu. Dah makan cepat. Mama nak masak nanti."

"Okay Mama."

***

I,ILY ✔Where stories live. Discover now