Doktor mengesahkan bahawa aku kehilangan banyak darah akibat hentakkan yang paling kuat di bahagian kepala. Badan ku penuh dengan kesan lebam akibat di libas oleh Danish. Nasib baik aku tidak mempunyai kecederaan yang teruk. Datuk Mikail dan Datin Azira sanggup flight balik Malaysia semula. Kalau nak ikutkan tiket menunaikan umrah memang mahal tapi apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan aku si anak bongsunya yang tengah parah di hospital.
"Macam mana keadaan Azreen sekarang doktor?" Tanya Ayyan resah. Kalau ikutkan soalan tadi, dah sepuluh kali dia tanya benda yang sama setiap 5 minit.
"Azreen masih berada di bilik ICU. Saya harap kamu boleh panggil orang tua kamu." Kata Doktor tersebut.
"Orang tua saya dah flight balik sini. Mungkin petang mereka sampai."
"Baik, saya minta diri dulu." Pinta Doktor itu. Ayyan duduk di salah satu kerusi yang telah disediakan. Kepalanya disandarkan ke dinding. Qisha yang melihat Ayyan sebegitu turut kesian.
"Bertenang ya Ayyan. Cikgu tahu kamu kuat." Cikgu Hafiz cuba memberi semangat kepada anak muda itu.
"Hmmm."
"Cikgu dengan Pengetua balik sekolah dulu ya untuk uruskan beberapa pekara." Mereka semua menyalam tangan mengikut jantina dan Guru itu berangkat pergi.
***
Aku dipindahkan ke dalam bilik wad apabila sudah selesai memasukkan darah. Datuk Mikail dan Datin Azira sudah sampai di Malaysia. Mereka terus ke hospital pada malam itu.
"Macam mana keadaan anak saya Doktor?" Tanya Datuk Mikail sambil melihat ke dalam bilik yang sedang aku duduki.
"Anak Datuk dan Datin koma." Jawab Doktor ringkas.
"Sampai bila Doktor?" Tanya Datin Azira sedih. Air matanya mengalir apabila melihat puterinya telantar di atas katil.
"Maaf Datin saya tak pasti. Mari masuk bilik saya untuk keterangan lebih lanjut. Hanya Datuk dan Datin sahaja." kata Doktor itu. Datuk Mikail dan Datin Azira mengangguk tanda setuju.
"Kamu semua boleh lawat dia." Doktor itu memberi kebenaran kepada Ayyan dan kawan-kawannya. Mereka semua mengucapkan terima kasih sebelum melangkah masuk.
"Reen." Qisha pandang sahabat baiknya dengan pandangan yang lemah. Air matanya mengalir tanpa di duga.
"Kami balik dulu Ayyan." Pamit Daniel dan dua orang lagi sahabatnya. Ayyan hanya mengangguk tanda okey. Tiga instafamousboy itu keluar daripada wad. Hanya tinggal Qisha dan Ayyan sahaja di dalam.
"Ayyan." Qisha menyebut dengan perlahan. Dia melabuhkan pungung di atas sofa bersebelahan Ayyan.
"Kalau awak penat pergilah balik." Ujar Ayyan dengan segaris senyuman. Rasa sedihnya masih tidak terhenti.
"Jangan nangis lagi. Awak tu lelaki bukan perempuan. Reen pun sedih nanti bila nampak awak nangis. Lebih baik awak solat dan doa yang baik-baik untuk dia." Qisha cuba tenangkan Ayyan.
"Terima kasih Qisha." Ucap Ayyan lembut.
"Sama-sama."
***
Pada waktu malam, Ayyan tinggal bersama dua pembantu rumahnya di rumah. Datuk Mikail dan Datin Azira pergi ke hospital untuk menjaga aku. Ayyan tidak dibenarkan ikut kerana dia perlu pergi ke sekolah pada hari esok. Ayyan duduk di ruang tamu sambil menonton bola. Telefon pintar diletakkan di atas meja di hadapan.
YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...