Aku menghempaskan badan ke katil. Selepas makan malam, aku terus masuk ke dalam bilik. Aku hanya mendiamkan diri daripada Ayyan walaupun dia cuba untuk berbincang. Aku menyiapkan kerja sekolah yang diberi terlebih dahulu. Telefon pintar aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Telefon pintar itu aku ambil.
Ayyan 👿
Maaflah :(
Aku sekadar membaca. Aku sambung menyiapkan kerja sekolah. Beberapa saat kemudian, telefon pintar ku kembali berbunyi tanpa henti. Aku yang rasa sedikit tertekan terus pasang mood silent. 40 minit pun berlalu, semua peralatan sekolah aku kemas. Aku menuju ke katil bersama telefon.
Tuk! Tuk!
Aku yang baru saja baring memandang ke arah pintu dengan perasaan sakit hati. Tanpa sebarang kata, orang yang mengetuk pintu masuk ke dalam dengan muka selamba.
"Apa masalah kau!" Ujarku sedikit marah.
"Sepatutnya aku tanya kau. Apa masalah kau?" Balas Ayyan dengan renungan tajam.
"Aku malas gaduh." Aku pandang tempat lain.
"Aku pun malas gaduh." Balasnya lagi.
"Kalau macam tu, keluarla." Aku menghalaunya dengan cara baik.
"Qisha dekat bawah. Lain kali jangan silent phone. Disebabkan kau silent phone, masa belajar aku terganggu." Ayyan menutup pintu dengan kuatnya.
"Rosaklah nanti pandai!" Jeritku separuh kuat. Aku menghidupkan telefon dan terpana seketika apabila dapat 35 missed call daripada Qisha. Aku lantas turun ke tingkat bawah.
"Sorry." Jeritku di tangga. Aku lajukan langkah. Qisha memandang ke arah aku dengan muka bengang.
"Nasib baik aku baik kalau tak dah lama aku terajang kau." Katanya. Aku sekadar tersengih. Kami berdua duduk di atas sofa. Qisha menghulurkan beg kertas yang dipegangnya.
"For what?" Aku mengambilnya dengan penuh tanda tanya.
"Everything."
"Kenapa semenjak dua menjak ni kau lain macam." Aku memandangnya atas bawah atas bawah.
"Mana ada." Qisha menafikan ayat aku.
"Ehem. Kau sebenarnya nak jumpa abang aku kan." Aku cuba meneka.
"Ish mana ada. Aku balik dulu." Qisha bangun dan berjalan ke arah pintu utama. Dia tersenyum segaris apabila membuka pintu.
"Selamat tinggal, selamat jalan dan selamat malam." Jeritku. Pintu utama di tutup rapat. Aku duduk bersila di atas sofa untuk memeriksa isi beg tersebut. Sekotak coklat keluar daripada beg.
"Perempuan ni mimpi apa bagi aku coklat. Bukan dia tahu ke yang kat rumah aku ni ada banyak coklat." Aku berfikir sejenak sebelum memakannya. Aku letak beg itu di atas meja. Mata mula mencari alat kawalan jauh TV.
"Mana pula pergi remote TV ni? Puas aku cari satu rumah." Bebel ku seorang diri. Coklat pemberian Qisha sudah habis dimakan. Pecarian selama 10 minit hanya sia-sia.
"Anak mummy cari apa?" Tanya Datin Azira yang baru keluar dari dapur. Ayyan yang baru memasuki dapur tersengih kecil.
"Remote TV. Mummy ada nampak tak?" Tanya ku. Aku mula mencari semula di kawasan sofa aku duduki.
"Tak nampak pula. Ayyan, pergi tolong adik kamu." Kata Datin Azira sebelum naik ke biliknya. Ayyan mengambil segelas air sejuk lalu menuju ke tempat aku berada.
"Duduk." Arahnya. Dia menepuk-nepuk kusyen di sebelahnya. Aku menoleh ke arahnya dengan penuh tanda tanya. Kening diangkat sebelah.
"Duduk jelah." Katanya. Aku mengeluh perlahan dan menuju ke arahnya. Tangan aku ditarik sebaik saja tiba di hadapan sofa. Aku terjatuh dalam dakapannya. Posisi aku kira-kira di dadanya. Dia memberikan segaris senyuman.
"Kau ingat sweet?" Aku ingin bangun tetapi Ayyan menghalangnya.
"Yes." Balasnya sambil menjelir lidah. Aku membuat muka bengang.
"Lepaslah." Rengekku.
"Aku minta maaf." Ujarnya sambil mencebik. Tiba-tiba bunci pintu dibuka kedengaran.
"Ada ora-"
"Papa balik je." Balasnya.
"Ayyan? Azreen?" Kami berdua lantas menoleh ke arah suara tersebut. Kami berdua terus bangun dan berdiri tegak memandang ke arah mereka.
"Tak sangka adik beradik pun mesra." Tegur Tengku Amani iaitu Ibu kepada Daniel. Kami sekadar tersengih. Aku dan Ayyan mengambil langkah menuju ke dapur manakala Datuk Mikail duduk bersama Tengku Afiq dan Tengku Amani di ruang tamu. Datin Azira menyediakan air terlebih dahulu sebelum menyertai mereka.
"Mesranya." Tegur Daniel dengan senyuman manis.
"Nampam macam mesra tapi hakikatnya tak." Balasku tanpa perasaan. Kaki Ayyan aku pijak dari bawah meja.
"Aku dah minta maafkan. Ish budak ni." Ayyan membalas.
"Hello. I'm 17 years old." Aku memberi pandangan yang tajam.
"Hello. I'm 18 years old." Ayyan membalas.
"Hello. I'm a guest." Daniel mencelah. Kami berdua memandang ke arahnya sambil tersengih.
"Apa yang berlaku sebenarnya?" Daniel bersuara.
"Kes Faris tu lah." Ayyan membalas. Aku pura-pura melihat telefon.
"Ayyan mana remote TV?" Jerit Datuk Mikail separuh kuat.
"Alamak!" Ayyan menelan air liur. Dia terus berlari menaiki tangga untuk ke biliknya. Aku yang tahu dimana remote TV tersebut diletakkan terus berdengus.
"Patutlah aku cari tak jumpa. Dia letak dalam bilik dia rupanya." Aku tumbuk meja perlahan.
"Tolong dengar kata Ayyan." Ujar Daniel.
"Saya tak nak gaduh dengan awak pula. Haih baiklah." Aku mengalah akhirnya. Dia tersenyum apabila mendengar jawapan daripada aku.
"Nak air?" Aku cuba menukar topik perbualan. Dia mengangguk lalu aku membuat secawan air untuknya. Ayyan muncul semula selepas itu dengan muja tak puas hati.
"Kenapa kau dengar cakap dia je? Cakap abang kau yang hensem lagi bergaya ni tak nak dengar." Ayyan merungut. Aku hanya buat tak tahu sambil melayan Instagram di telefon manakala Daniel menghirup air secara perlahan.
"Hello. I'm not wind but human." Jelas Ayyan sambil menumbuk meja. Kami berdua mengangkat muka memandangnya.
"So?"
"I hate you guys." Ayyan berlalu pergi meninggalkan dapur.
"Okay." Kami berdua tertawa selepas berkata begitu. Masa berlalu begitu pantas sehingga keluarga Daniel ingin pulang. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Tengku Afiq dan Amani. Selamat tinggal dan selamat malam diucapkan kepada Daniel. Mereka sekeluarga meninggalkan perkarangan rumah ini. Aku masuk ke dalam bilik untuk tidur memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.
***
TBC

YOU ARE READING
I,ILY ✔
Fiksi Remaja|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...