83

5.3K 260 37
                                    

- special chapter : one -

4 Tahun kemudian,

"Boy!" Jerit Nazrul lantang. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun masuk ke dalam sebuah bilik. Nazrul memandang ke arah anak kecil itu dengan renungan yang tajam. Dia hanya memakai baju T-Shirt putih berserta kain tuala di pinggang. Anak kecil itu tersengih nakal.

Boy atau nama sebenarnya Izz Rykal. Anak sulung kepada Putera Nazrul dan Puteri Azreen. Dia berumur 4 Tahun. Budaknya sangat nakal dan hensem. Seluruh ahli keluarganya memanggilnya dengan gelaran 'Boy' atas dasar permintaan Azreen. Kenapa ayat aku formal sangat? Abaikan.

"Mana boy letak underwear Papa?" Tanya Nazrul. Izz menggelengkan kepala, "Boy tak tahu Papa," .

"Jangan tipu Papa. Mama kata boy sorok underwear Papa. Please boy bagi Papa sekarang kalau tak nanti Nenda marah sebab kita sampai JB lambat." Ujar Nazrul lembut. Padahal dah geram dengan anak terunanya ini. Ada ke patut dia pergi sorok semua seluar dalam aku? Aku nak pakai apa?

"Jangan marah-marah Papa. Nanti cepat tua." Kata Izz sambil tersengih. Nazrul cuba sedaya upaya untuk tidak memarahi Izz. Mindanya memproses satu idea.

"Kalau boy tak nak bagi juga. Papa ambil balik iPad mini 4 boy." Ugut Nazrul tegas. Wajah Izz terus berubah pucat. Pantas dia menggeleng. Kemudian, dia berlari anak menuju ke biliknya diikuti dengan Nazrul di belakang.

"Bawah tu!" Ujar Izz lembut kerana takut Ipad kesayangannya akan di ambil. Dia menunding jari ke arah bawah katilnya. Nazrul mengerutkan dahi.

"Apa yang bawah tu?" Tanya Nazrul tidak faham. Memang dia tak faham pun.

"Underwear Papa ada bawah tu." Katanya lagi. Suaranya juga kedengaran mengundur. Takut lah tu. Mulut Nazrul ternganga.

"Izz Rykal!!" Suara Nazrul bergema di dalam rumah banglo 3 tingkat ini.

***

Buka saja pintu utama rumah, aku dapat dengar suara orang menjerit. Suara itu datang dari bilik Boy. Aku letak beberapa beg Padini di atas meja . Kemudian, aku melangkah naik ke bilik anak terunaku iaitu Izz.

"Izz Rykal!!" Aku terkejut. Lantas aku membuka pintu bilik tersebut. Apa yang aku nampak ialah Nazrul yang sedang bercekak pinggang. Dah lah pakai baju T-Shirt putih dengan kain tuala je. Izz pula berdiri dengan kepala merenung lantai.

"What happened?" Tanyaku. Kedua-dua manusia itu memandang ke arahku.

"Mama!" Izz berlari ke arahku dan memeluk kaki aku erat. Tahu pun takut.

"Kenapa ni Boy?" Tanyaku manja. Aku dukung badan ringan Izz.

"Papa marah Izz." Adunya. Mimik muka juga dibuat kesian. Bibir dicebikkan ke depan. Ikut perangai siapa ni?

"Papa tak marah boy kalau boy tak ada buat salah." Balasku. Nazrul tersenyum riang apabila aku berpihak disebelahnya.

"Boy buat apa? Cuba bagitahu Mama." Tanyaku lembut sambil mengusap tubuh belakang Izz.

"Underwear." Jawab Izz sepatah. Aku tersenyum kelat apabila mendengarnya.

Aku turunkan Izz, "Pergi bersiap cepat. Nanti Nenda marah." Izz melulu masuk ke dalam bilik air dengan laju sekali.

"Sayang lepaskan macam tu je?" Tanya Nazrul tak puas hati. Haih. Dah besar pun, masih tak boleh mengalah dengan anak sendiri.

"Budak-budak, biasalah. Tengoklah dia ikut perangai siapa." Ujarku. Aku keluar dari bilik Izz diikuti Nazrul dibelakang. Kami berdua masuk semula ke dalam bilik kami.

I,ILY ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang