Pada suatu petang yang indah, aku bersama lima orang manusia duduk di salah satu meja yang terdapat di dalam Kafe. Suasana jadi sepi apabila ramai orang melihat ke arah kami.
"Boleh korang stop? Sakit mata I kena lampu kamera you." Hazmi bersuara dengan nada yang paling lembut. Orang ramai menjerit.
"Saya tak getback dengan dia, take note." Aku mencelah. Wajah Daniel yang berada di hadapan aku jeling. Balik nanti aku nak bagi Ayyan makan kasut saiz 6 aku sebab pergi bawa dia tu.
"Ya, kami tak getback. Kalau masih rakam kami, saya saman kamu semua." Daniel pula bersuara. Semua mata memandang ke arahnya termasuk pekerja-pekerja Kafe.
"Kau biar betul? Nanti kita kena halau dengan bos Kafe ni macam mana." Hazmi berbisik perlahan. Daniel hanya memberi isyarat ' serahkan pada aku '.
"Reen aku nak minta maaf bagi pihak abang kau." Qisha membuat wajah comel dihadapan aku.
"Dia buat salah, kau yang minta maaf. Daebak!" Aku membalas sambil menjeling dirinya. Air minuman disisip perlahan.
"Apa aku buat?" Ayyan yang tidak puas hati namanya disebut terus bersuara.
"Dia." Mata aku renung tajam ke arah Daniel. Ayyan hanya mengiyakan saja lalu membuka telefon pintar untuk menghubungi orang lain.
"Biar tak hensem, janganlah bodoh. Kalau iya pun, janganla pegang telefon tu terbalik?
"Dahtu nak aku buat apa?"
"Bagitahu dia, boleh tak balik?" Aku berkata kuat. Daniel pandang aku tidak percaya begitu juga dengan yang lain.
"Erm Da-"
"Kau bagitahu dia, aku tak hamak nak keluar dengan dia." Dia turut berkata kuat. Aku membuat muka ketat.
"Kau bagitahu dia, dahtu tak reti nak balik ke kalau dah tahu orang tak sudi tengok muka dia?" Daniel berdiri serta merta.
"Bagitahu dia, goodbye."
***
"Ola bola."
"Cars 3."
"Annabelle 3."
"Point break."
Mereka berempat berkata serentak. Aku hanya mendiamkan diri. Percayalah, nanti perang mulut akan berlaku.
"Boleh tak kau jangan jadi budak kecik Hazmi?" Kata Ayyan bengang. Hazmi yang mendengar terus membalas, "Suka hati akulah."
"Lelaki kena ikut kata perempuan jadi kita tengok Annabelle 3." Kata Qisha pula. Mereka bertiga terus berkata"No!"
"Zaman bila jadi budak noob, baik tengok cerita orang puteh." Aliff bersuara.
"No!"
Aku pandang sekeliling. Rasa malu pula bila ada seorang budak perempuan memandang ke arah kami sambil ketawa. Aku pandang pekerja wayang pula, dia turut rasa annoying seperti aku.
"Akak, bagi ALF2 5 18 tahun." Ujarku perlahan. Pekerja tersebut menjalankan tugas dengan lajunya. Aku terus berdiri di hadapan mereka.
"Satu, dua, tiga, empat." Seorang aku beri satu tiket dengan satu senyuman yang manis dan paling ikhlas.
"Free saja." Aku terus melangkah masuk. Mereka berempat hanya mampu pasrah sahaja.
"Ni semua salah kau, kalau kau mengalah tadi kita boleh tengok cerita lain." Hazmi bersuara perlahan. Dia memukul Aliff dan Ayyan kuat.

ANDA SEDANG MEMBACA
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...