Seawal 4:15 pagi, pelajar perempuan dibangunkan dari buaian mimpi. Kami semua diarahkan untuk mandi terlebih dahulu. Kemudian nanti pukul 5:00 baru pelajar lelaki diarahkan mandi. Maklumla, perempuan mandi lambat sikit.
"Tak pernah aku mandi seawal ni." Ujarku sambil memandang jam tangan. Qisha yang baru bangun terus mengeliat sebelum baring semula.
"Ulang suara, kumpulan pertama yang tiba di hadapan surau akan dapat kelebihan untuk aktiviti treasure hunt selepas sarapan nanti." Suara Cikgu Hana membuatkan ramai pelajar berpusu-pusu ke bilik air.
"Aku mandi awal pun, Aliff akan mandi lambat nanti." Ujarku sambil mengambil kain tuala, alatan mandi dan pakaian yang akan dipakai.
"Harini baju rumah sukan ke t-shirt sekolah?" Tanya Qisha dalam keadaan masih mamai. Dia sedaya upaya ingin membuka matanya luas tetapi tidak berjaya.
"Sukan." Jawabku pendek. Aku pandang seorang lagi ahli khemah aku. Isma pelajar junior tingkatan 2 masih lena.
"Patut ke aku kejut dia?" Tanyaku perlahan. Qisha hanya mengangguk tanda patut manakala aku menggeleng untuk memberi jawapan kepada diri sendiri.
"Is bangun, Cikgu suruh mandi." Aku gerakkan badannya perlahan. Tiada sebarang respon lagi dan aku hanya mampu bersabar.
"Is bangun." Kini gerakkan lebih kuat berbanding tadi.
"Bah." Dia terus memusingkan kepalanya. Mask berwarna putih dimukanya membuatkan aku menjerit. Dia tertawa apabila dapat kenakan aku yang lemah ni.
"Tak lawakla Isma." Aku memukulnya kuat. Aku terus keluar dari khemah dan menuju ke bilik air.
Tepat pukul 5:10 pagi, Aliff, Aqil dan 4 lagi junior perempunya berada di hadapan surau. Songkok yang dipakainya dibetulkan berkali-kali.
"Nampak tak akak kesayangan kamu?" Aliff menyoal kepada Amira yang sedang sibuk bermain dengan batu-batu kecil. Dia hanya mampu menggeleng.
"Abang Faris pun belum sampai." Ujar Aqil sambil melirik ke sana sini. Jangan terkejutla baru 10 minit berlalu tapi diorang dah siap mandi. Itulah untungnya ada gelaran, instafamousboy konon.
"Maaf lambat, kau lah taknak umumkan aku mandi awal sekali." Marah Faris. Dia menolak Aliff seperti mereka rapat. Aliff membuat muka menjengkelkan.
"Cikgu kami semua dah sampai." Faris menjerit sambil mengangkat tangan. Pasukan lain yang berada di tepi hanya mampu memandang.
"Our princess belum sampai." Aliff menurunkan tangan Faris. Cikgu Hadi yang mendengar membuat muka loya.
"I'm here." Aliff dan Aqil terus memusingkan kepala ke belakang. Aqil orang pertama yang menjerit kegembiraan apabila aku sudah sampai.
"Lambatnya kau mandi, kalah puteri raja." Perli Aliff sambil bercekak pinggang walaupun sedang duduk. Aku ambil tempat duduk di hadapannya.
"Aku mandi 20 minit je, lagi 20 minit aku keringkan rambut." Aku mengibas rambutku ke arahnya. Tak sangka aku masuk ke bilik air tu semua orang beri laluan kepada aku mandi dulu. Terasa macam betul-betul puteri raja.
"Okey kita dah ada pemenang tiket. Semua diminta masuk ke dalam surau untuk menunaikan solat subuh bersama-sama." Mereka semua meluru masuk ke dalam surau. Aliff yang sebagai ketua berjumpa dengan Cikgu Hadi untuk mendapatkan tiket ke pusingan separuh akhir.
***
"Sayang, awalnya you datang." Suara Dina jelas kedengaran di dalam kafeteria. Daniel yang baru ingin membeli air minuman terus berhenti melangkah.

ANDA SEDANG MEMBACA
I,ILY ✔
Fiksi Remaja|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...