65

4.5K 230 7
                                    

"Kami berdua minta izin dulu ya." Ujarku lalu aku menyalam kedua-dua tangan orang tua Nazrul.

"Hati-hati bawa kereta tu." Pesan Encik Naim. Nazrul sekadar mengangguk.

Kami berdua mula masuk ke perut kereta masing-masing. Nazrul bawa BMW dia manakala aku bawa Honda kesayangan aku. Kereta kami berdua mula membelah jalan raya. Aku hanya follow Nazrul dari belakang sebab aku tak tahu dimana rumah baru aku dan Nazrul berada.

Aku keluar dari kereta apabila sudah sampai di sebuah banglo 3 tingkat. Rumah besar-besar, siapa je nak duduk?

"Cantik tak rumah ni?" Tanya Nazrul sambil menuju ke arah ku.

"Not bad."

"Mari sini Abang tolong angkatkan beg." Dia mula mengeluarkan beberapa buah beg dari dalam bot kereta aku.

"Abang kunci rumah." Pintaku manja. Nazrul yang faham itu terus bagi aku kunci rumah utama. Pantas aku berlari ke pintu utama dan membukanya. Apabila sudah terbuka, mulut ku sedikit ternganga.

Ini rumah atau istana ?

"Maigod lawanya hiasan dalaman rumah ni." Jeritku riang. Gembira punya pasal.

"Tengoklah siapa yang hias." Puji Nazrul pada diri sendiri.

"Ey tak malu puji diri sendiri." Kataku.

"Suka hatilah. Ni beg sayang angkat sendiri." Balasnya sambil berlari anak naik ke tingkat atas.

Apakah? Adakah dia serius ?

"Abang!" Jeritku kuat namun Nazrul tidak menoleh pun ke arah aku walaupun seinci. Aku mendegus kasar. Beg yang berada di hadapan aku pandang lama. Aku ambil keputusan untuk tinggalkan beg itu dulu dan menijau-nijau sekitar rumah ini.

Tempat pertama yang aku ziarah ialah dapur. Mestilah dapur kan. Ruangan dapur ini sangat besar sama macam ruangan di ruang tamu. Terdapat satu kaunter dapur, pelbagai kabinet di bahagian atas dan bawah, dapur gas yang ada dua kepala dan satu peti sejuk berkembar dua.

"Amazing! Bolehlah aku masak nanti." Kataku sendirian.

"Pandai ke memasak tu." Celah Nazrul dari arah belakang. Aku yang terkejut terus melatah, "Satu, dua gajah terberanak."

"Buruknya perangai sayang."

"Abanglah ni terkejutkan saya." Marahku manja-manja.

"Iyalah.Dah, pergi naik atas sana."

Aku menuju ke ruang tamu semula untuk mengambil beg tetapi niat aku terhenti apabila melihat beg itu tiada. Mungkin Nazrul dah bawa naik atas? Jadi aku pun naik ke tingkat 2. Di tingkat ini terdapat 6 buah bilik.

Aku membuka pintu bilik utama dan aku terkejut kerana setengah kawasan bilik tersebut adanya gambar idol kpop dan ditengah-tengah dinding atas katil, adanya gambar perkahwinan aku dan Nazrul.

Kesuluruhan dinding bilik ini berwarna navy blue kecuali siling di bahagian atas, ianya berwarna biru tetapi bercampuran dengan warna putih. Macam suasana kat atas langit gitu. Aku suka bilik ni sebab sama macam bilik aku.

***

Daniel datang ke rumah Aliff kerana keluarga Aliff ada buat jamuan makan kecil-kecilan yang terdiri daripada ahli Instafamousboy dan jiran tertangga yang terdekat. Kalau bukan sebab dipaksa oleh Hazmi, mana mahu dia pergi jamuan itu walaupun jamuan itu kawannya punya.

"Datang pun kau. Ingatkan tak datang tadi." Tegur Aliff mesra.

"Kalau bukan sebab Hazmi, aku tak ingin datanglah." Kataku sambil masuk ke dalam rumah milik keluarga Aliff. Dia belum kahwin jadi dia masih tinggal dengan keluarga.

I,ILY ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang