Qisha masuk kelas dengan wajah yang ceria. Dia duduk di tempatnya. Dia pandang kerusi sebelah dimana tempat Azreen berada, dia mengeluh perlahan. Cikgu matapelajaran Sivik masuk dan semua pelajar memberi salam.
"Qisha, Azreen belum masuk sekolah?" Tegur Cikgu Amnah. Qisha sekadar menggeleng. Dia mengeluarkan buku teks dan buku latihan serta kotak pensil. Cikgu Amnah perasan yang Qisha jarang bercakapa semenjak Azreen tiada.
"Harini kita buat kerja berkumpulan. Satu kumpulan hanya dua orang, jadi sila pilih rakan pilihan anda." Kata-kata Cikgu Amnah membuatkan Qisha memandang kerusi Azreen sekali lagi. Dia mengeluh sekali lagi. Seorang perempuan berambut tocang duduk di tempat Azreen.
"Kita sekumpulan boleh?" Tanya perempuan tersebut. Qisha tersenyum.
"Saya ingatkan tak ada sesiapa nak satu kumpulan dengan saya." Ujar Qisha tersenyum kecil.
"Janganlah macam ni Qisha. Saya yakin nanti kawan baik awak tu akan sedar. Saya sebenarnya tak ada kawan, kawan baik saya si Alia tu tak datang sebab tu saya datang sini nak temankan awak." Balasnya.
"Susah-susah je Qaira ni. Saya boleh je sekumpulan dengan pelajar cina yang dekat belakang tu." Balas Qisha. Dia membuka kotak pensil dan mengeluarkan sebatang pen.
"Awak nak ke? Saya boleh pergi dekat kawan saya yang lain." Qaira pura-pura mahu berdiri tetapi di tahan oleh Qisha.
"Tahu pun tak nak." Qaira tersengih. Kelas Cikgu Amnah berjalan seperti biasa. Masa satu jam seakan tidak cukup untuk membuat pembentangan. Oleh itu, Cikgu Amnah bercadang untuk sambung pada hari lain. Cikgu Amnah keluar dengan beberapa buku latihan yang telah di kutip. Qisha kemas barangnya.
"Aku nak tidurlah kejap." Qisha meletakkan kepalanya di atas meja.
"Hai awak." Qisha mengeluh kerana ada orang ganggu dia tidur. Dia yang malas layan pelajar itu kerana di sangkakan classmate yang sentiasa tak boleh tengok orang bahagia terus berkata kasar, "Kau nak apa?".
"Nak masuk hati awak." Qisha terasa loya apabila mendengar. Dia tidak rasa hairan kerana satu kelas senyap. Hanya bunyi suara pelajar itu saja kedengaran. Dia berfikir dalam pejam mata yang rakan-rakannya cuba bergurau dengannya.
"Hati aku dah ada orang. Tolonglah jangan kacau aku classmate tak guna." Marah Qisha dengan mata terpejam.
"Siapa?"
"Ayyan." Tanpa dia sedar, dia telah terlepas cakap.
"Saya bukan classmate awak." Qisha yang terkejut lantas mengangkat muka. Alangkah terkejutnya apabila wajah Ayyan terpapar di hadapan wajahnya. Dia menelan air liur banyak kali.
"Erm, bila sampai?" Qisha terus menukar topik perbualan. Dia juga baru perasan yang tiada sesiapa dalam kelas.
"Dah lama. Siapa tadi dalam hati?" Tanya Ayyan sekali lagi. Qisha pura-pura kemas beg yang sudah dikemas sebentar tadi. Dia lantas mensadang beg sekolahnya.
"Tiada sesiapa. Maaf, ada kelas pendidikan islam." Qisha terus bangun dan keluar dari kelas. Ayyan hanya perhati sambil ketawa kecil. Dia tersenyum lebar di saat Qisha hilang dari pandangan.
***
Datuk Mikail mendapat satu panggilan daripada pihak hospital. Dia terus batalkan mesyuarat apabila dapat tahu yang Doktor yang rawat Azreen, ingin sampaikan sesuatu perkara yang penting. Datin Azira juga sanggup tinggalkan kerjanya sebentar. Mereka berdua tiba di hospital pada masa yang sama.

YOU ARE READING
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...