Semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan kerana ada perhimpunan rasmi sebentar lagi. Semua guru sudah mula duduk di tempat masing-masing. Pengawas juga telah mula menjalankan tugas sebagai seorang pengawas yang berguna.
Aku beratur bersama Qisha di barisan kelas ku. Matahari sudah pun memancarkan sinaran kepada warga sekolah Victon. Pengerusi majlis memulakan peranannya.
Selama Pengerusi bercakap, aku dan Qisha tidak henti-henti bercakap. Walaupun salah perlakuan ini, kami tak ambil kesah pun. Apa salahnya sekali sekala langgar peraturan perhimpunan rasmi.
"Dengan segala hormatnya, dipersilakan Puan Airin selaku pengetua Viction highschool untuk memberikan ucapan." Tepukkan tangan dari pelajar junior kedengaran. Aku hanya diam memandang ke arah Pengetua
"Hari sukan sekolah akan tiba tidak lama lagi, dengan ini saya minta semua pelajar tingkatan satu hingga enam berada di dewan pada waktu rehat berserta dengan guru-guru sekali." Suasana di dataran menjadi riuh-rendah. Semua orang tidak habis-habis bersorak kegembiraan. Pengawas mula naik pening untuk mendiamkan kembali semua pelajar.
"Kalau kamu semua bising, saya akan batalkan hari sukan di sekolah kita." Ugutan Pengetua berjaya membuatkan semua pelajar mendiamkan diri. Selama 40 minit perhimpunan berlangsung akhirnya tamat juga.
Semua pelajar mula masuk ke dalam kelas untuk memulakan pembelajaran seperti biasa. Aku dan Qisha jalan bersama-sama menuju ke kelas. Segala gosip terhangat di sekolah aku dengar dari mulut manis Qisha. Gelak tawa memenuhi sepanjang jalan ke kelas.
"Wah! Puteri sekolah kita dah kembali semula. Ingatkan dah mati rupanya belum." Sindir Dayana sinis. Pelajar yang berada di koridor tingkat empat mula memberi perhatian.
"Wah! Diva lembik dah kembali. Ingatkan dah bisu sebab tak ada dengar khabar angin." Sindir aku pula. Jelas riak wajah mereka berubah apabila mendengarnya.
"Jaga sikit mulut kau." Marah Ain. "Mulut aku suka hati aku lah. Memang aku kena jaga mulut aku sendiri. Aku tak suruh kau jaga pun." Sambung aku lagi.
"Kau tunggu Azreen!" Kata Dina sambil menunding jari ke arah aku. "Aku sentiasa tunggu diva lembik beraksi." Kata ku sinis.
"Dah lah diva lembik. Ada hati nak kacau puteri sekolah." Kata Qisha sambil bersilang tangan di dada. Mereka bertiga mengerutkan dahi.
"Girls, jom!" Arah Dina. Ain dan Dayana mula mengikut langkah Dina ke kelas. Aku memandang ke arah Qisha di sebelah,"Jom lah masuk kelas. Cukup lah tayang muka kat orang ramai ni." Aku menarik tangan Qisha sehingga tiba di hadapan pintu kelas 5V.
Ayyan duduk bersila di atas lantai selepas penat bermain bola sepak dengan rakan yang lain. Kelas 6V akan sukan sekali dengan kelas 6K jadi instafamousboy kena hadap muka diva lembik yang tak habis-habis mengedik.
"Air, bro?" Tanya Aliff sambil menghulurkan sebotol air mineral kepadanya.
"Thanks." Air mineral itu Ayyan ambil dan minum dengan selera.
"Sama-sama."
"Aku dengar cerita kau datang rumah Ayyan semalam." Bahu Daniel ditepuk oleh Hazmi.
"Ha'ah. Ada masalah?" Tanya Daniel malas. Dia meneguk lagi air mineralnya yang masih berbaki.
"Wah! Dapat jumpa girlfriend." Sindir Hazmi dengan tawanya. Daniel dan yang lain hanya memandang sepi ke arah Hazmi.
"Lawak kau tak menjadi mi!" Kata Aliff dan mereka semua tertawa kecuali Hazmi.
"Kenapa korang ketawa?" Tanya Hazmi pelik. Mereka semua berhenti ketawa selepas itu.
"Tak ada apa-apa." Kata Ayyan selamba. Peluh di dahi di lap dengan kain tuala berwarna biru muda pemberian Azreen pada hari lahirnya tahun lepas.

ANDA SEDANG MEMBACA
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...