90

7.7K 267 20
                                    

- special chapter : last - 

promote ;

Kpop Idol Qoutes AM05_AI03

"Kau kenapa tak angkat Call aku? Kau ingat aku call kau untuk suka-suka ke? Aku ada suami yang nak kena jaga kat rumah tu." Alisa menyerang tanda tidak puas hati terhadap sepupunya, Putera Nazrul.

"Aku belum bangun tidurlah." Nafi Nazrul. Dia kusyuk memandang skrin komputer.

"Nazrul kau lupa ke yang kau tak pandai menipu dengan aku? Tadi aku call Azreen dan dia kata kau dah keluar rumah awal." Wajah Nazrul berubah. Dia pandang Alisa tajam.

"Kau -"

"Diam, tapi kan lepas aku bagitahu aku siapa. Dia terus tutup. Aku ada buat salah ke? Or dia kenal aku? Or plan kau dah musnah?" Alisa berteka sendirian.

"Tak ada apa-apalah." Nazrul mengeluh. Dia tidak sengaja meninggikan suara terhadap Azreen di rumah tadi. Sekarang dia memang rasa bersalah. Tentang kandungan itu, dia akan cuba terima perlahan-lahan yang dia bukan orang pertama yang tahu. Kecil hatinya apabila Azreen berbohong.

"Kau ada buat apa-apa ke kat dia? Sebab masa aku Call dia. Suara dia sebak, macam baru lepas nangis." Nazrul mengeluh lagi sekali. Dia tahu, Azreen menangis kerana dirinya.

"Tak ada apa-apalah."

"Eh budak ni. Daripada tadi aku tanya, dia jawab tak ada apa-apa je tahu." Bebel Alisa. Tangan dan mukanya turut bergerak.

"Dahlah kau pergi balik sana." Arah Nazrul atau lebih tepat Nazrul menghalau Alisa dari pejabatnya.

"Malam ni jadi tak? Penat kut aku sediakan semuanya. Dah lah tak bagi upah." Alisa muncungkan bibir.

"Tak ada upah-upah. Kalau aku bagi kau upah, anak aku nak minum susu apa?" Balas Nazrul. Dia bukannya terdekut.

"Kau kan kaya. Tak habislah duit kau tu kalau bagi aku upah kalini. Bukan sekali je aku tolong, banyak kali okey. Masa kau nak belajar dekat luar negara pun aku tolong. Tolong apa? Tolong cari maklumat Azreen masuk U mana." Bebel Alisa panjang lebar.

Ya! Alisa banyak tolong Nazrul.

"Mula lah dia nak ungkit." Nazrul gulingkan bebola mata. Tahu sangat perangai sepupunya seorang ini.

"Yela-Yela. Aku berambus sekarang." Alisa bangun dan keluar dari pejabat Nazrul.

***

Aku pandu kereta ke rumah Datuk Mikail dan Datin Azira. Kereta diberhentikan di hadapan pagar rumah. Sebaik sahaja pintu pagar terbuka, keretaku terus masuk ke dalam.

"Assalamualaikum." Ujarku dan Izz serentak. Wajah Datin Azira kelihatan.

"Waalaikumussalam." Balas Datin Azira lembut.

"Semua ada kat rumah?" Tanyaku. Izz sudah pun masuk ke dalam rumah. Cari Damia mungkin.

"Semua ada kecuali Daddy. Daddy dah pergi pejabat. Ayyan belum pergi Hospital lagi." Balas Datin Azira.

Aku melangkah masuk bersama Mummy. Kami berdua menuju ke dapur memandangkan semua orang termasuk Izz berada di situ.

Tempat duduk sebelah Qisha aku ambil.

"Reen ada bawa berita baik harini." Ujarku tersenyum manis. Wajah Datin Azira sudah gembira tak terkata. Dia macam boleh teka apa yang akan alu sampaikan. Maklumlah, dia dah makan garam dulu sebelum aku.

I,ILY ✔Where stories live. Discover now