Promote time ;
Gadis Idaman Hati hellafro
Mr. Pusat Sumber eriyanamel***
bushh
Itu sekadar bunyi air yang menyimbah seseorang di atas katil. Orang itu tak lain tak bukan aku yang masih di buai mimpi terpaksa terima simbahan air yang sejuk.
"Ayyan!" Aku menjerit selepas membuka mata. Comferter yang sudah basah aku tolak hingga jatuh ke bawah katil. Baju bercorak hello kity aku sudah basah kuyup. Ini kali kedua dia buat aku macam ni.
"Ha, bangun pun! Ingat nak tidur sampai malam." Perli Ayyan sambil bercekak pinggang di hadapan katil. Aku merenungnya tajam. Geram betul dengan abang hodoh seorang ni.
"Basah-basah pun aku boleh sambung tidur balik." Aku terus pusing menghadap belakang.
"Azreen! Nazrul dah tunggu kat bawah tu." Ayyan pukul punggung aku kuat. Aku terus berdiri.
Ya Allah macam mana boleh lupa harini nak keluar dengan Nazrul.
"30 minit!" Aku terus berlari masuk ke bilik air. Ayyan hanya mampu menggelengkan kepala melihat aku. Selepas 48 minit 21 saat, aku turun ke tingkat bawah dalam keadaan tersipu malu.
"Denda sebab lambat 12 minit 21 saat, pergi hidangkan air untuk kami bertiga." Ayyan bersuara lalu tersengih. Qisha sudah ketawa besar melihat muka berkerut aku. Nazrul hanya mampu tersenyum.
"Bukan aku keluar dengan dia pun, sibuk je nak denda aku." Aku bersuara perlahan. Aku mengatur langkah menuju ke dapur.
"Dia tu kalau tak menyusahkan orang sehari tak boleh." Aku ambil satu jug air dan sekotak jus epal di dalam peti sejuk.
"Bukan susah pun, amik air cuah." Aku mencurah air itu kedalam jug air yang sederhana besar tersebut.
"Kalau nak sejuk letak ais batu." Aku ambil sebekas ais dan masukkan ke dalam jug.
"Lepastu apa susah amik cawan." Aku ambil satu dulang dan empat cawan plastik berlainan warna. Aku terus menuju ke ruang tamu sambil merugut benda tak berfaedah lagi.
"Macam ni baru anak dara." Ayyan memuji sambil menepuk tangan. Qisha mencurah air ke dalam gelas satu per satu.
"Jodoh korang berdua sangat kuat." Qisha bersuara. Kami semua saling berpandangan. Ouh pakaian aku sama dengan Nazrul iaitu kemeja putih dan seluar jeans hitam.
"Kita berdua lagi kuat sayang." Ayyan mencubit pipi kanan Qisha. Aku membulatkan mata tanda menyampah.
"Awak jom pergi." Aku menepuk bahu Nazrul perlahan. Dia terus bangun secara perlahan dan kami berdua keluar dari rumah tanpa pengetahuan mereka berdua.
***
Aku menongkat dagu akibat bosan. Makanan yang kami masih belum sampai dan ia membuatkan masing-masing melanda kebosanan.
"Tak selesa ke keluar dengan saya?" Tanya Nazrul sambil meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Mungkin dia tanya sebab aku hanya mendiamkan diri daripada tiba tadi.
"Mana ada. Saya diam sebab awak diam" Balasku sambil tersengih. Dia turut tersenyum ke arah aku.
Seorang waiter perempuan datang sambil membawa sedulang minuman ke arah meja yang kami duduki.
"Jemput minum Encik." Satu gelas oren jus yang tinggi diletakkan di hadapan Nazrul. Sempat lagi perempuan tu senyum ke arah Nazrul. Dia mula beralih ke tempat aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...