Aku pandang jam sekilas. Sudah pukul 2 pagi tetapi Nazrul masih belum pulang. Aku sudah call Daddy dan Daddy kata Nazrul tak ada di pejabat selepas meeting pukul 6 tadi. Hatiku mula gusar akan keselamatan Nazrul.
Tak kan lah perkara yang sama akan berlaku semula? Aku tak sanggup lihat dia terkorban demi aku lagi.
Tiba-tiba, pintu bilik terbuka. Nazrul hanya pamirkan wajah dingin ke arah aku. Dia langsung tak tegur aku sehinggalah aku tegur dia dulu.
"Abang pergi mana? Kenapa jam macam ni baru balik?" Suaraku sedikit meninggi. Ini semua mesti sebab kandungan yang mahu membesar.
"Aku lelaki. Suka hati aku lah." Aku terkedu. Adakah di hadapan ini suami aku? Nazrul tidak pernah menggunakan panggilan aku-kau bersama aku.
"Erm, Abang okey? Or Abang sakit?" Tanyaku ingin kepastian.
"Kau tengok muka aku ni macam ada sakit ke?" Herdiknya kuat. Aku terkaku. Dia masuk ke dalam bilik air.
"Kenapa dengan dia Ya Allah?"
Aku ambil keputusan untuk memejamkan mata. Selepas Nazrul selesai mandi, dia baring di sebelah aku dengan jarak yang agak jauh.
***
Aku terjaga pada pukul 6:45 Pagi. Ya Allah, subuh! Aku terus berlari masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai berwuduk, aku bentangkan sejadah. Jangan tanya kenapa aku tak kejut Nazrul sebab dia sudah tak ada di sebelah aku. Aku menunaikan solat subuh dahulu memandangkan waktu ingin habis. Selesai solat, aku turun ke dapur.
Di atas meja ada sepinggan mihun putih yang masih tidak terusik. Aku ambil sudu dan makan mihun tersebut. Aku tak kisah itu siapa punya.
"Kenapa kau makan mihun aku?" Tengking Nazrul kuat. Aku yang terkejut terus tersedak. Pantas aku ambil air dan meminumnya.
"Saya lapar." Balasku lemah. Entah kenapa Nazrul berubah seperti ini. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.
"Kalau lapar masak sendiri or pergi beli." Nazrul merampas mihun goreng itu dengan kasar sehingga pinggan itu terjatuh ke atas lantai. Habis mihun tersebut bertaburan di atas lantai. Wajah Nazrul berubah ketat.
"Habis makanan aku!" Marah Nazrul dingin. Aku tak mampu berbuat apa-apa. Tiba-tiba, rambut aku ditarik dan aku terbangun dari tempat duduk.
"Kau lapar kan?" Tanya Nazrul sambil mencengkam kuat anak rambut aku. "Lapar." Aku menjawab dalam nada perlahan kerana mahu menahan rasa sakit tarikan rambut ini.
"Makan tu!" Nazrul tolak kepala aku sehingga kena ke tempat mihun tersebut berada. Habis muka ku penuh dengan mihun berwarna putih. Air mata aku tiba-tiba mengalir.
"Kau nak makan sangatkan? Makan-makan!" Nazrul ambil mihun tersebut dan sumbat ke dalam mulut aku dengan kasar. Air mata aku makin laju mengalir.
Ting Tong!
Bunyi loceng rumah kedengaran.
"Kau duduk sini diam-diam." Arah Nazrul tegas. Dia mengatur langkah ke arah pintu utama rumah dan terpampanglah wajah Adriana yang cantik lagi molek itu.
"Hai Abang! Abang dah makan? Ad ingat nak ajak Abang breakfast." Kata Adriana manja.
"Belum. Ad tunggu luar jap. Abang nak bersiap." Balas Nazrul. Dia tutup semula pintu utama rumah dan berangkat naik ke tingkat atas. Aku bangun perlahan-lahan dan menuju ke arah singki untuk membasuh muka yang kotor ini.
Aku keluar dari ruangan dapur apabila nampak kelibat Nazrul yang masih menuruni anak tangga. Aku menghampirinya,
"Abang nak pergi mana?" Tanyaku lemah lembut. Aku tetap akan berlembut dengan dia. Selagi aku boleh sabar, aku akan sabar.
"Kau tak payah sibuk lah." Balasnya dingin dan dia menolak aku ke arah belakang sehinggakan kepala aku terhantuk di anak tangga pertama. Aku hanya mampu memandang pemergiannya.
***
Adriana masuk ke dalam sebuah restoren, dimana dia ingin berjumpa dengan Tengku Daniel. Dah lamakan author tak munculkan watak dia? So enjoy!
"Hye boy!" Tegur Adriana lalu dia duduk di hadapan Daniel. Daniel mengangkat muka memandang hadapan.
"Who Are You." Tanya Daniel pelik. Salah orang or dia memang cari aku? Bisik hatinya.
"Adriana."
"Kau nak apa?" Tanya Daniel malas.
"Kau suka Azreen lagi ke?" Tanya Adriana tiba-tiba. Daniel terkelu.
"Kenapa?" Bukan jawapan tapi soalan dia bagi.
"Aku nak bunuh dia." Balas Adriana selamba.
"Apa?" Tanya Daniel sedikit kuat. Terkejut barangkali. Adriana yang tersedar terus menggeleng, "Aku kawan dia."
"Aku benci dia and kau nak bunuh dia kan tadi? Aku nak join." Kata Daniel dengan senyuman yang mempunyai 1001 makna. Adriana sudah tersenyum puas. Tak sangka Daniel mudah masuk ke dalam perangkapnya.
"Itu yang aku nak dengar sebenarnya. Malam ni datang rumah aku, kita bincang plan. Nanti aku send location kat whatsApp." Balas Adriana. Dia bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi meninggalkan Daniel.
***
"Kau sihat? Kau okey tak? Kenapa dengan kepala kau tu? sampai berbalut pula tu. Woi! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"
Banyak cakap pula minah sekor ni. Kang aku end call baru tahu.
"Aku sihat. Aku okeylah. Mana kau tahu kepala aku berbalut?" Balasku satu persatu. Kang ada yang tak faham nanti.
"Ayyan."
Tak guna punya Abang! Aku cakap jangan bagitahu sesiapa 😑
"Aku ada kerja ni. Bye!" Aku terus end call panggilan. Kepala yang berbalut aku pegang dengan perasaan sedih. Sampai hati Nazrul buat aku macam ni.
Tadi, bukan main susah aku nak fikir alasan logik untuk Ayyan percaya kenapa kepala aku boleh berdarah macam ni sekali. Akhirnya aku ambil keputusan untuk kata yang aku terjatuh masa mandi dalam bilik air dan kepala aku terkena tab mandi. Aku tak nak burukkan nama Nazrul.
Ting ! Ting!
Aku capai telefon pintar di hadapan meja. Mesej daripada nombor tidak dikenali aku tekan. Aku terkaku. Benarkah?
+60119876123
Hi bakal madu 😉[Gambar Nazrul sedang merangkul pinggang seorang perempuan]
Hatiku retak.
"Siapa kau?" Ujar ku perlahan sambil menilik wajah perempuan yang ada dalam gambar tersebut. Minda aku mula berpusing-pusing dan peristiwa aku nampak Nazrul di kedai makan bersama seorang perempuan belayar. Perempuan yang sama! Patutkah aku share bersama Qisha? Tak mengapa, biar aku sendiri yang tanggung macam mana peritnya hidup ini.
***
"Kau dah send gambar tadi tu?" Tanya Adriana kepada seorang lelaki tinggi dan berbadan sado. Lelaki itu memakai baju serba hitam. Dah macam perompak aku tengok.
"Dah boss. Dia pun dah bagi bluetick." Balas lelaki tersebut. Adriana tersenyum riang. Tak lama lagi, peperangan akan bermula. Kita tengok siapa yang menang.
"Bagus! Sekarang aku nak kau ikut dia kemana sahaja dia pergi." Kata Adriana tegas.
"Ermm, tadi pagi pukul 9 dia pergi hospital abang dia." Kata lelaki itu tanpa teragak-agak. "Kenapa?" Tanya Adriana pelik. Pagi tadi aku keluar dengan Nazrul, mesti Nazrul ada buat apa-apa kat dia ni.
"Aku tak tahu tapi kepala dia berdarah." Balas lelaki itu. "Okey. Kau boleh blah! Nanti orang nampak." Arah Adriana atau erti kata lain Halau.
"Tak lama lagi, kau akan mati dalam tangan aku sendiri." Guman Adriana perlahan. Dia mula beredar dari tempat perjumpaan tadi.
***
TBCPromote,
Wanted by Deepersweety

ANDA SEDANG MEMBACA
I,ILY ✔
Teen Fiction|27|11|2017 - 01|06|2019| p/s : agak cringe kerana belum matang +++saya malas edit " saya suka awak. " - Tengku Daniel - " kita putus. " - Tengku Daniel Bahagia bukan selamanya bersama si dia. Dalam kesedihan, muncul seseorang yang membawa kebahagi...