2% - "Don't wanna be fool, wanna be cool, wanna be loved."

454 31 35
                                    

Aera menekan suis lampu kecil yang terletak diatas meja belajarnya itu. Cahaya kecil mula menerangi meja belajarnya yang dipenuhi oleh buku-buku yang berkaitan dengan perubatan, sains dan teknologi. Salah sebuah buku dicapai sebelum pen berdakwat hitamnya laju menari diatas mukasurat.

Walaupun waktu sudah larut malam, tidak dihiraukannya. Cermin mata yang jatuh melorot diatas hidung dibetulkan kembali.

Aera tersentak apabila bunyi jam loceng datang daripada telefon bimbitnya mengejutkan dia dari tidurnya. Sudah jam enam pagi. Serta-merta Aera menyumpah perlahan, dia sudah tertidur dua jam.

Entah bila dia tertidur diatas meja belajar buatan Perancis itu pun dia tidak tahu. Dengan laju, Aera berdiri dan mencapai tuala sebelum melangkah laju ke bilik air menyiapkan diri untuk ke sekolah.

Bilik air yang disambungkan ke kamar tidur Aera dilengkapi oleh tab jakuzi, pemanas air buatan luar negara, pemancur air yang melekat disiling, seolah-olah bilik air disebuah hotel.

"Tak guna betul... Dark circle...", rungut Aera sambil menyentuh bahagian bawah matanya yang sedikit hitam. Namun, cepat-cepat dia menggosok gigi dan membersihkan diri. Pakaiannya yang serba hitam disarungkan ke badan, walau ada pakaian lain yang jauh lebih cantik dan berjenama didalam almari milik Aera.

Aera menuruni tangga berlantaikan marmar dan pemegang tangga yang berukiran bunga, ditangan kanannya memegang nota kecil dicatat nota untuk peperiksaan yang akan dijalankan dua jam lagi. Kakinya kekal melangkah sehingga dia tiba dihadapan meja makan yang boleh memuatkan sepuluh orang sekali
makan.

Tangannya yang lagi satu hanya mencapai satu sandwic diatas pinggan yang terletak di atas meja. "Eh, Choi Aera! Makan dulu!", kedengaran suara Puan Choi memanggil anak bongsunya.
"Mhm! Aera dah lambat!", Aera berkata sebelum berjalan pantas kearah pintu rumah. Puan Choi meletakkan bekas berisi bihun goreng diatas meja sambil menggelengkan kepala. Macam-macam betullah anak bongsunya yang seorang itu.

"Apa? Aera tak makan sarapan lagi?", soal abang Aera, Choi Hansol yang baru tiba di meja makan. Dia terus mencedokkan bihun kedalam pinggan.

"Yalah. Adik kamu tu.", Puan Choi melabuhkan punggung sebelum menikmati sarapan paginya.

"Cik Aera nak saya hantarkan?", tanya Pakcik Lee apabila melihat Aera berjalan ke perkarangan rumah. Aera terus menyarungkan sneakers, matanya masih tertancap pada nota ditangan.

"Tak apa pakcik. Saya naik skateboard.", balas Aera sambil mencapai papan luncurnya yang tersadai ditepi rumah banglo tiga tingkat itu. Tanpa menunggu balasan apa-apa daripada Pakcik Lee, Aera terus meluncur keluar rumah, melepasi pintu pagar automatik yang berkerawang.

"Kereta mewah pun tak nak naik... Budak-budak zaman sekarang...", bebel Pakcik Lee seorang diri sambil memandang kereta BMW berwarna kelabu berkilat yang terparkir di perkarangan rumah. Porsche berwarna merah yang terparkir pula milik abang Aera, Choi Seungcheol.

Aera terus meluncur, membiarkan angin pagi yang sedikit dingin menyapa wajahnya. Fon telinga yang disangkut dileher diletakkan di telinga. Muzik yang berbentuk alunan piano mula berkumandang.

Sandwic dikunyah secepat yang mungkin supaya dia dapat fokus kepada membaca semula.

Dia akhirnya tiba diperkarangan Universiti Seoul, antara universiti terunggul di Korea Selatan kerana pencapaian akademik pelajarnya yang sangat cemerlang. Aera menyepak bahagian hujung papan luncurnya supaya papan luncur itu berdiri dan Aera dapat mencapainya.

Papan luncur itu dikepit disebelah lagi tangan. Mulutnya terkumat-kamit mengingati formula kimia yang tertera pada nota yang dipegang. Kacamata yang terlorot dihidung dibetulkan.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now