29% - "I'll be loving, I'll be missing, I'll be kissing you all the time, girl."

184 25 71
                                    

Aera membaca novel sambil mendengar lagu menggunakan fon telinga. Suasana di dalam dewan kuliah hingar-bingar dengan suara pelajar bersembang. Tiba-tiba, telefon bimbit Aera bergetar menandakan ada mesej masuk.

Yoongi
lagu penuh dah siap
nak dengar?

"Well... Sekurang-kurangnya ada berita baik.", gumam Aera sambil membaca mesej yang dihantar oleh Yoongi. Sudah seharian dia menangis entah sebab yang tak mampu dijelaskan, perasaan yang bercampur itu hanya dirinya yang mengerti.

Aera menepuk bahunya, seolah-olah menyedapkan hati sendiri. Jari Aera mula menaip kembali mesej.

Aera
kau ni curi tulang eh?
pahal tak masuk kelas lagi

Aera memandang bahagian hadapan dewan kuliah yang kosong.

Yoongi
rindu ke?

Terus Aera menelangkupkan telefonnya keatas meja. Dia mula memandang ke kiri dan ke kanan, ke belakang dan ke depan untuk memastikan tiada yang memerhatikan mesej antara dia dan Yoongi. Tangan Aera menekup dadanya, terasa degupan jantungnya menjadi tidak menentu.

Mamat ni sah gila.

Yoongi
yalah tu dah lambat reply

Aera
haha
aku block number kau

Yoongi
taknak dengar full track keeeee

Aera
woi
kau send jelah dekat sini
payah sangat ke

Yoongi
taknak

Aera
why???????
kau ni memang suka buat kerja susah eh????

Yoongi
ha'ah
kalau nak dengar full track
date dengan aku petang ni

Aera malas mahu membalas dan hanya mematikan telefon bimbit. Kenapa pula aku kena bertemujanji dengan dia? Kenapa pula aku rasa lain macam bila dia ajak aku date?

Jantung, kau tolong duduk diam. Jangan nak derhaka dengan tuan kau hari ini.

Tidak lama kemudian, Yoongi pun memasuki dewan kuliah bersama beg galas kecil disandang di belakang badan. Mata Aera berkerdip-kerdip.

Apa... Yang dia pakai?

Aera meneguk liurnya, mindanya masih tidak mampu memproses pakaian yang disarung oleh Yoongi hari ini.

"Wah... Encik Min kacak juga rupanya kan?"

"Kan bagus kalau dia pakai macam tu setiap hari..."

Aera mengepal penumbuknya, menahan diri daripada menoleh ke belakang.

Pakaian Yoongi pada hari ini agak berlainan daripada hari biasanya. Seringkali Yoongi hanya menyarung t-shirt dialasi blazer bersama seluar slack. Tetapi hari ini?

Yoongi memakai turtleneck hitam dimasukkan ke dalam jeans berwarna hitam, dialasi jaket kulit juga berwarna hitam. Ketika itu juga Yoongi menaggalkan jaket kulitnya lalu disangkut pada kerusi lalu menyinsing lengan panjang turtleneck hitamnya.

 Ketika itu juga Yoongi menaggalkan jaket kulitnya lalu disangkut pada kerusi lalu menyinsing lengan panjang turtleneck hitamnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now