16% - "I'll be in panic, I'll be a fan, and I'll be a man to you, you, you."

157 16 7
                                    

Takkanlah... Aera menggelengkan kepalanya, cuba membuang fikiran yang merepek daripada kepalanya. Macam mana pula boleh muncul watak dalam novel Yeoreum dekat sini? Tak logik.

Tapi, mereka terlalu sama dengan cara Yeoreum gambarkan mereka...

"Wah... Gilalah chemistry diorang...", bisik Eunhae yang duduk bersebelahan Aera. Aera turut mengangguk kecil setelah melihat tarian kontemporari yang dipersembahkan oleh Eul dan Hoseok.  Taehyung disebelah turut bertepuk tangan dengan mulut yang ternganga, tanda kagum.

Kelas tarian pun bermula setelah beberapa ketika.

▶◀

Pintu kayu yang tertera nama Choi Shin sebagai Presiden Hospital JH diketuk beberapa kali. "Masuk.", ada suara garau menyahut dari dalam bilik. Seorang lelaki yang menyarung sut lengkap berwarna biru gelap melangkah masuk.

Encik Choi sedang menyelak beberapa kertas kerja diatas meja bertanya, "Apa perkembangan?", soalnya sebelum membetulkan kaca matanya yang melorot. Jejaka bersut yang baru memasuki pejabat milik Encik Choi menundukkan pandangannya, seperti bersalah.

Matanya hanya memandang lantai berwarna kelabu. "Maafkan saya, tuan. Saya tak dapat nak jejak Choi Aera. Dia sudah tidak bekerja di Sun&Moon, ataupun duduk di rumah Han Yeoreum." ujar jejaka itu. Tangan Encik Choi terhenti daripada menyelak kertas kerja. Wajahnya diangkat memandang wajah setiausahanya itu.

Tajam mata Encik Choi menjeling setiausaha yang berdiri dihadapannya. "Tak dapat nak jejak?", sinis suara Encik Choi bertanya.

"Maafkan saya, tuan.", ujar si setiausaha lagi, kepalanya kekal ditunduk.

"Kau fikir aku bayar kau untuk apa bila kau tak buat lerja betul-betul?!", lantang suara Encik Choi memarahi setiausahanya. Suara dia memenuhi segenap ruang pejabat yang mewah itu. Encik Choi menarik nafas sedalam mungkin, matanya menjeling setiausahanya, seperti mahu ditelan hidup-hidup.

"Aku tak kira, cari Choi Aera! Heret dia balik ke rumah. Buat apa pun dekat Han Yeoreum, dia mesti tahu dimana Aera sekarang.", tegas suara Encik Choi memberikan arahan kepada setiausahanya.

"Saya faham, tuan.", ucap setiausahanya kembali. Encik Choi menumbuk mejanya.

"Walau apa cara sekali pun, cari Choi Aera."

▶◀

"Twinkle... Twinkle... Little star... How I wonder what you are... Up above... Haish!", Aera menghentakkan tangannya diatas piano itu dengan kasar membuatkan piano itu berbunyi dengan sumbang. Dia tidak percaya dengan apa yang dia sedang lakukan. Bermain lagu kanak-kanak sambil menyanyikannya.

Sudah hampir seminggu dia berlatih lagu kanak-kanak. Silap haribulan boleh muntah dengan lagu yang sama. Tapi, apa yang si Min Yoongi itu cakap?

"Kamu rasa kamu boleh jadi pemain piano yang bagus tanpa usaha? Jangan nak berangan."

Aera tertawa sinis mengingat kejadian itu. Terasa mahu ditendang-tendang sahaj wajah Min Yoongi yang jelas mengejeknya. Penumbuknya dikepal erat, menahan geram.

"Ya, memang aku tak pernah ambil kelas piano. Jadi, apa? Tak bermakna dia boleh pandang rendah dekat aku. Lepas tu, nampak benar dia tak suka aku je dalam kelas tu. Sengaja bagi ayat kasar bila aku tanya benda.", Aera mula membebel sendiri, meluahkan perasaannya. Tiba-tiba, dia teringat akan kata-kata Yoongi terhadapnya.

"Cik tak rasa yang cik terlalu pandang rendah dekat kebolehan saya ke?"

Aera menutup matanya sambil mengetap gigi. Terasa ditampar kembali ibarat karma. Sebelum ini dia yang memandang rendah pada Yoongi, namun situasi sekarang sudah terbalik. Nafas ditarik sedalam yang mungkin sebelum Aera kembali memainkan lagu Twinkle Twinkle Little Stars itu.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now