32% - "Can you trust me?"

142 16 21
                                    

"Apa hubungan kau dengan Yoongi?"

Tangan Aera terhenti daripada memilih baju dari almari.

Alamak.

Aera menoleh kearah Eunhae lalu spontan tergelak. Tetapi, wajah Eunhae masih lagi serius.

"Apa hubungan aku dengan Encik Min? Dia kan produser aku, cikgu aku. Hubungan apa pula kau cakapkan ni...", ujar Aera dalam tawa yang bersisa. Tawa itu dilepaskan seikhlas yang mungkin padahal dalam hati sudah cuak nak mati.

"Aera, aku tak main-main."

"Buat apa pula aku nak main-main dengan kau? Merepek je kau ni.", Aera menggelengkan kepalanya. Baru sahaja kaki Aera ingin melangkah ke bilik air, sekali lagi langkahnya terhenti setelah mendengar kata-kata Eunhae.

"Aku nampak korang.", ujar Eunhae, "Dating. Dekat luar. Pegang tangan.", belum sempat Aera menyampuk, Eunhae kembali menyampuk.

"Ya! Aku ingatkan aku pun salah nampak, lepas tu aku nampak Yoongi peluk kau dekat dewan."

Mata Aera membulat, terkejut. Eunhae melepaskan sebuah keluhan. "Kau masih nak nafikan lagi ke?", soal Eunhae membuatkan Aera meneguk liurnya. Aera kembali duduk diatas katil berhadapan Eunhae.

Aera mengetap bibir dengan resah, mindanya ligat berfikir bagaimana untuk menjelaskan hubungannya dengan Yoongi. "Aku... Dengan dia...", tergagap-gagap Aera cuba menjelaskan.

Kejap. Kenapa pula aku kena tergagap? Bukannya aku buat salah pun. Bukan aku rampas teman lelaki Eunhae pun. Mereka sudah tiada hubungan, jadi apa masalahnya?

"Kalau aku girlfriend dia pun kenapa?", soal Aera, suaranya dilontarkan dengan seberani yang boleh. Mata Eunhae berkerdip-kerdip.

"Tak adalah. Kalau betul kau ada boyfriend, baguslah. Tahniah. Itu je aku nak cakap. Aku cuma terasa kau tak bagitahu, tu je.", jelas Eunhae.

Aera berasa sedikit lega. "Maaflah sebab tak jelaskan. Benda dah jadi...", gumam Aera, "Tapi... Tolong...", tangan Aera membuat isyarat zip mulut. Eunhae mengangguk kepalanya, tanda mengerti sebelum menayangkan isyarat okay.

🎹🎹

Aera memainkan lagu yang sama berulang kali diatas piano kerana peperiksaan semakin mendekat. Setelah agak lama berlatih, Aera menghidupkan telefon bimbitnya. Bibir Aera memuncung melihat skrin yang kosong. Tiada mesej.

Ruang sembangnya bersama Yoongi dibuka. Kemudian, Aera menggelengkan kepalanya, kembali di bumi nyata. Telefon dimatikan dan Aera kembali berlatih bermain piano.

Taehyung
jangan lupa kita kena berlatih menari
private session dengan cikgu jung dengan cikgu noh

Bibir Aera melepaskan sebuah keluhan setelah membaca mesej itu, tangan kiri mengurut bahu yang terasa lenguh. Terasa sakit badannya apabila berlatih pelbagai jenis benda. Bermain gitar, piano, tarian. Sudahlah ada peperiksaan bertulis juga.

Kakinya melangkah ke bilik tarian dan menolak pintu kaca tersebut.

"Kau nak mampus ke? Ha? Jawab, Jung Hoseok."

Mata Aera berkerdip-kerdip melihat situasi dimana Cikgu Noh sedang membuat headlock pada Cikgu Jung.

"Ah, Noh Eul! Sakitlah!"

Aera berdehem membuatkan dua orang cikgu itu menoleh. Terus Eul meleraikan headlock dan tersengih kearah Aera. Hoseok terus menghembuskan nafas lega sambil menjeling Eul. "Oh, Aera. Dah sampai?", tanya Eul dengan senyuman semanis mungkin.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now