41% - "I call you her, her. Cause you're my tear, tear."

141 18 46
                                    

Hubungan Aera dan Yoongi kembali seperti biasa. Aera kembali melepak di studio Yoongi dan Yoongi kembali mengambil Aera pulang dari tempat kerjanya.

Gelaran Dark Chocolate kembali memenuhi notifikasi Aera manakala gelaran sweetheart masih diguna pakai oleh Yoongi untuk memanggil Aera.

Namun, satu perkara yang mereka berdua rasa tetapi tiada siapa berani mahu berkata apa-apa.

Hubungan mereka terasa hambar. Seolah-olah makanan yang tidak cukup perasa. Seperti ada yang hilang. Tidak sama seperti dulu.

Tetapi, mereka hanya diam. Berlagak seperti segalanya okay, meneruskan perhubungan mereka. Mengheret hubungan itu, hari demi hari.

Bermain cinta, bermain api yang bahaya.

🎹🎹

Tangan Aera meletakkan sebuah sampul surat di atas meja menghadap bosnya.

"Itu surat perletakan jawatan saya.", ujar Aera. Bosnya kelihatan sedikit tersentak.

"Kenapa tiba-tiba ni?", bos Aera bertanya sambil mencapai sampul surat itu. Kertas yang terlipat dikeluarkan dan benar, Aera ingin meletak jawatan.

"Saya ada hal peribadi yang saya perlu uruskan. Lagi pun, saya nak fokus belajar.", balas Aera.

"Terima kasih sebab terima saya bekerja selama ni.", ucap Aera sambil menundukkan badannya 90 darjah. Jujur, dia terasa terhutang budi dengan bosnya ini. Tapi, dia tahu, ini perkara yang terbaik.

Bosnya melepaskan sebuah keluhan. "Saya bagi tahu sebulan awal jadi bos boleh cari pekerja baru.", kata Aera lalu melemparkan sebuah senyuman kecil. Lelaki itu memicit pelipisnya.

"Apa lagi yang saya boleh cakap Aera... Dah ini keputusan kamu.", ujar si bos lagi. Aera hanya tersenyum sebelum kembali menyambung kerjanya.

Seperti biasa, Yoongi akan mengambilnya ketika syif kerjanya tamat. "Macam mana kerja hari ni?", tanya Yoongi.

"Bolehlah, macam biasa.", balas Aera.

"Tak lama lagi cuti semester. Kau nak buat apa?", tanya Yoongi sambil memandu. Aera berfikir sejenak.

"Tak tahulah, tak rancang lagi. Aku nak jumpa Yeoreum. Tu jelah rasanya.", balas Aera. Yoongi hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

🎹🎹

Cuti semester akhir tahun pun bermula. Eunhae awal-awal lagi sudah pergi, katanya ingin bercuti ke luar negara bersama keluarganya. Haih, anak orang kaya.

Aera mula memasukkan segala pakaiannya ke dalam beg beroda yang dibawanya. Setelah selesai pakaian dimasukkan, kotak pula dibawa keluar dan Aera memasukkan segala buku dan alat tulis miliknya ke dalam kotak. Barang dia tidak terlalu banyak jadi sekejap sahaja Aera berkemas.

Sebuah nota lekat berwarna merah jambu dilekatkan di atas meja belajar milik Eunhae.

Maaf, sebab tak bagi tahu kau awal-awal. Terima kasih untuk segalanya, Eunhae. Wish me luck :)

Love, Choi Aera.

Setelah memastikan tiada yang tertinggal, Aera mula menggalas beg gitar ke belakang badan. Beg beroda dicapai, kotak sederhana kecil juga dipegang dengan tangan. Mata Aera memandang keseluruhan bilik yang dikongsi bersama Eunhae buat kali terakhir.

Kakinya mula melangkah keluar dari bilik. Kunci bilik mula diserahkan kepada warden asrama. Warden asrama itu mengucapkan semoga berjaya kepada Aera. Aera hanya tersenyum.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now