42% - Epilog

177 20 23
                                    

"2 minit lagi!", terdapat salah seorang staf menjenguk ke dalam dressing room milik Aera. Suasana di Stadium Olimpik Seoul itu bingit dengan suara peminat yang bersorak sambil menyanyikan lagu.

Di sebalik pentas pula lain ceritanya. Staf bertungkus lumus untuk menjayakan konsert Choi Aera, The Error World Tour in Seoul. Sistem suara diperiksa berkali-kali. Jurumekap mula memberikan sentuhan terakhir kepada wajah Aera.

"Siap.", jurumekap itu menepuk bahu Aera. Aera pantas berdiri dan terus berlari anak ke pentas bersama staf disisinya. Apabila Aera tiba di belakang pentas, dia diberi gitar elektrik. Gitar elektrik itu disangkut di bahu.

Suara peminat bersorak jelas kedengaran di telinga Aera. Bersama debaran didalam hati, Aera mula membina keberanian.

Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke Seoul sejak lima tahun yang lepas.

Pentas itu mula naik dan muzik mula berkumandang. Peminat mula bersorak main kuat sambil menyebut nama Aera.

"Choi Aera! Choi Aera! Choi Aera!"

Terdapat sebuah mikrofon yang sudah didirkan dan Aera mula menyanyi sambil memetik gitar.

[mainkan lagu di media untuk pembacaan yang lebih efektif]

When I close my eyes, motionlessly, the music stars, thoughtlessly
I think about that time again
When you really liked me, that song, tactlessly,
Lifts me up

Back then when I was so happy
Back then I didn’t know

Aera menutup matanya dan mula mencurahkan emosinya ke dalam lagu itu.

I want you to stay by my side
The last time you laid your eyes on me, they were clear
You were in the tears I shed as I pleased
And like that our love stopped

Aera kembali membuka matanya. Dia sudah kembali ke Seoul. Dia makin rasa sebak.

I couldn’t easily throw away the things filled with your scent
I called for you again
When it was so tough for me, you helped me, by my side
I lifted you up

Back then when I was so thankful
Back then when I didn’t know anything

Tipu jika dia kata dia tidak terfikirkan seseorang ketika menyanyikan lagu ini.

I want you to stay by my side
The last time you laid your eyes on me, they were clear
You were in the tears I shed as I pleased
And like that our love that stopped
Remained and gave me a hard time
In my faded memories, time doesn’t exist
While I can’t bring myself to erase them
In the pictures I have left, it’s still the way it was back then, woo

Yoongi.

I couldn’t stay by your side
The last time your eyes let me go, they were clear
I was cold and left as I pleased
And like that our love stopped

🎹🎹

"Aera, nanti kamu ada jumpa seorang produser ni. Syarikat aturkan untuk buat lagu dengan dia.", ujar pengurus Aera sambil memandu. Aera melepaskan sebuah keluhan.

"Yang ni boleh percaya ke? Syarikat kadang-kadang bukan betul pun.", balas Aera. Pengurus Aera tergelak.

Aera hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia tahu, dia akan terikat dengan pelbagai benda apabila didaftarkan di bawah sebuah syarikat. Aera tidak kisah yang lain, dia cuma akan memilih apabila orang yang membuat lagunya.

Dia tidak akan memilih yang popular sahaja. Hasil air tangan produser sebelum ini akan diteliti Aera terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk menandatangani kontrak. Aera memang memilih bab yang itu.

"Boleh percaya. Lirik lagu produser ni mengancam.", puji si pengurus itu lagi. Kening Aera terjongket, kini dia berasa ingin tahu.

"Siapa dia?"

"Rahsia."

Aera hanya mampu menarik muka. Mahu berahsia pula.

Akhirnya, van yang dipandu itu berhenti. "Dah sampai.", ujar si pengurus. Aera pun menanggalkan tali pinggang keledarnya lalu membuka pintu van. Hud putih disarung ke atas kepala. Aera berjalan beriringan bersama pengurus lelakinya itu.

Mereka memasuki sebuah bangunan yang Aera fikir mungkin salah sebuah syarikat hiburan. Manalah aku tahu. Dah lima tahun aku tak jejak kaki dekat bumi Korea.

Aera hanya membiarkan pengurusnya menguruskan segala-galanya kerana jujur dia tidak tahu apa-apa. Mereka menaiki lif dan pengurusnya mula menekan punat pada lif.

Apabila lif terbuka, mereka masuk ke dalam lif. Akhirnya, mereka tiba di tingkat 7. Aera hanya mengikut sahaja ke mana pengurusnya pergi.

Tiba-tiba sahaja mereka sudah tiba di hadapan sebuah pintu.

"CEO?", ujar Aera di dalam hati apabila melihat gelaran di muka pintu. Belum sempat Aera berkata apa-apa, pengurusnya sudah mengetuk pintu.

"Masuk.", mereka berdua pun melangkah masuk.

Aera ralit memandang sekeliling, tangan di dalam poket hoodie sehingga dia bertentang mata dengan seseorang yang dikenalinya.

Kaki Aera terasa digam di lantai. Mereka berdua berpandangan buat seketika. "Yoongi...", gumam Aera perlahan, tidak percaya pertemuan mereka setelah sekian lama akan jadi begini.

Kebetulan apakah ini?

Yoongi tersenyum.

"Lama tak jumpa kau, Choi Aera."

TAMAT.

lmao jangan lupa baca nota penulis lepas ni

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now