Aera berlari anak keluar dari biliknya, berlari keluar melalui koridor dan menuruni tangga. Telefon dipegang erat ditangan.
Yoongi sedang memarkirkan keretanya, ternampak Aera sedang berlari melepasi keretanya. "Huh?", gumam Yoongi sendiri, matanya menyoroti Aera yang berlari kearah stesen bas sebelum menahan sebuah teksi.
Nampak macam kelam-kabut sahaja, dah kenapa?
Pantas Aera memberikan nama hospital tempat ayahnya bekerja, dan menyuruh pemandu teksi itu untuk cepat. Hati Aera berderau, berasa tidak sedap hati.
Walau bagaimanapun dia bergaduh dengan ayahnya, itu masih ayahnya. Hati Aera sebagai seorang anak menjadi lembut. Tidak sampai setengah jam, mereka tiba dihadapan bangunan Hospital JH yang gah. Wang pantas diberikan kepada pemandu teksi.
Setelah wang baki diterima, Aera berlari keluar dari teksi, memasuki Hospital JH. Nombor bilik wad VIP yang diberikan oleh abangnya, Seungcheol dicari. Aera bertanya arah kepada jururawat yang bertugas dibahagian kaunter. Aera pantas mengucapkan terima kasih dan berjalan melalui koridor wad VIP yang ditunjukkan oleh jururawat itu.
Sebaik sahaja tiba dihadapan bilik bernombor 357, Aera pantas menolak pintu. Terus lima pasang mata menoleh kearahnya. Suasana serta-merta menjadi kekok. Semua adik-beradik Aera dan ibunya ada didalam bilik VIP itu.
Tekak Aera meneguk liur dengan penuh debaran. "Dah sampai?", bersama senyuman kecil Sooyoung menyapa. Aera mengangguk kecil.
Aera dapat merasakan ibunya menjeling tajam ke arahnya, banyak perkara yang ingin dikatakan tetapi ditahan kerana keadaan suaminya sekarang. Airmata terasa bertakung ditubir mata melihat keadaan ayahnya yang terbaring diatas katil hospital. Pilu hatinya sebagai seorang anak.
"Ayah... Macam mana?", tanya Aera.
"Ayah okay buat masa sekarang. Dia ada serangan jantung waktu kerja. Tak jaga makan dan tak cukup rehat antara faktornya.", jelas Yoojung, matanya tajam menjeling Hansol. Aera memandang kearah abangnya, Hansol yang berpeluk tubuh.
Ada apa-apakah yang terjadi antara ayah dan Hansol?
Mata Aera jatuh pula pada rambut ayahnya yang memutih kerana uban. Ayahnya semakin hari sudah semakin tua. Apa yang aku dah buat? Berbaloikah aku melakukan semua ini ketika keadaan ayahku sebegini?
"Aera tak perlu risau. Pergi jelah AOPA tu. Buat apa dekat sini?", Puan Choi mula bersuara, jelas sinis kedengaran ditelinga Aera. Aera mengepal kuat penumbuknya, menahan sabar.
"Mummy, please. Ayah tengah sakit.", tegur Seungcheol, selembut yang mungkin selaku anak lelaki sulung didalam keluarga.
Puan Choi yang duduk diatas kerusi ditepi katil hospital, memandang kearah Aera. "Sebab ayah tengah sakitlah mummy cakap macam ni. Pernah ke dia kisah pasal hati mummy dengan ayah selama ni?", ujar Puan Choi.
Hati Aera ibarat ditusuk sembilu setelah mendengar kata-kata ibunya. Aku tak pernah kisah pasal hati ibubapaku? Setelah 23 tahun aku hidup dibawah telunjuk ibubapaku, mummya kata aku tidak pernah kisah tentang mereka? Oh, ya, aku lupa. Akukan bukan anak kebanggaan mereka. Sebab aku nak jadi pemuzik.
"Mummy! Inikan sebab Hansol, kenapa nak salahkan Aera dalam hal ni? Hansol yang gaduh dengan ayah sampai buat ayah heart attack, kenapa nak heret Aera? Aera tak salah.", kata Hansol pula. Puan Choi hana terdiam, tidak membalas. Suasana menjadi tegang.
Aera sedikit tersentak. Hansol bergaduh dengan ayah? Sebab Hansol kah ayah terkena serangan sakit jantung? Apa bendalah yang mereka gaduhkan sehingga ayah jadi begini...
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...