33% - "Like a butterfly."

144 18 34
                                    

Sehun
aera
kita jumpa boleh?

"Apa ni?", gumam Aera sambil membaca mesej, tangan kirinya sibuk memberus gigi. Berita baiknya? Hari ini hari cuti!

Aera
tak boleh
tak free

Berita buruknya? Minggu depan sudah mula peperiksaan. Aera mengeluh sambil memandang cermin, melihat pantulan wajahnya yang masih sembap, rambut yang serabai kerana baru bangun pagi. Aera meludah ke dalam sinki sebelum mengumur mulutnya.

Wajahnya kembali diteliti di cermin. Aku tak fahamlah dengan Yoongi. Apa yang dia nampak dekat aku? Kenapa dia suka aku?

Aera menggelengkan kepalanya dengan laju lalu menampar pipinya. Sedar diri Aera. Peperiksaan dah tak lama lagi dan kau tak ada masa untuk fikir perkara begini.

Selepas membersihkan diri, Aera melangkah keluar dan sedang melihat Eunhae mengoles pelembap bibir. Aera hanya mampu memandang sambil mengelap rambutnya yang basah dengan menggunakan tuala. Dia masih teringat akan perkara yang terjadi semalam.

Namun, Eunhae tidak pula berkata apa-apa. Aera mula duduk diatas katil. Akukah yang berfikir berlebihan?

"Exam untuk piano tak susah ke?", tiba-tiba Eunhae bertanya. Aera mengangkat wajahnya.

"Susah tu memang susah. Tapi, dah aku suka.", balas Aera sambil tersenyum.

"Goodluck untuk peperiksaan nanti.", ujar Eunhae sambil menyandang beg biola dibelakang badan, "Aku pergi practice dulu.", Eunhae meminta diri sambil menayangkan sebuah senyuman. Aera mengangguk sambil melambai.

Bunyi pintu tertutup menandakan Aera seorang sahaja yang berada didalam bilik itu. Tuala disidai pada penyangkut.

Ya... Mungkin aku sahaja yang paranoid.

🎹🎹

Apakah kesan sampingan orang bercinta? Kau akan selalu periksa telefon bimbit kau setiap lima minit.

"Okay, Aera. Kau jangan nak buat benda klise dekat sini. Apa kau fikir ini fanfic kisah perempuan yang gadaikan masa depan dia demi lelaki ke?", bebel Aera sendiri didalam perpustakaan. Sehinggakan ada dua tiga orang pelajar menoleh dan memandang Aera dengan pelik.

Seminggu berlalu dan kehidupan Aera berjalan seperti biasa. Cuma, agak sibuk dengan persiapan untuk peperiksaan, ditambahnya lagi dengan kerja separuh masa. Naik gila jugalah.

Dua minggu berlalu, dua minggulah payah untuk dia bertembung dengan Yoongi. Waktu dia hanya terserempak dengan Yoongi hanyalah ketika sesi pembelajaran dan ketika Yoongi mengambilnya pulang dari kerja separuh masa.

"Kau tak bosan ke kena ambil aku setiap hari pukul empat?", soal Aera apabila Yoongi sedang memandu.

"Bosanlah juga sebenarnya.", Aera menjeling tajam kearah Yoongi.

"Ah! Aera! Aku tengah memandu ni!", nada suara Yoongi meninggi kerana dengan selamba Aera mencubit lengan Yoongi. Ha, padan muka. Loyar buruk lagi.

Aera melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan lega. Peperiksaan bertulis itu merupakan kertas terakhir. Dirinya terasa ingin melompat ke langit tetapi dia lebih rasa dia memerlukan tidur. Pelajar yang lain sibuk bersembang tentang kertas tadi, ada yang pulang ke bilik, ada juga yang menuju ke kafe.

Pandangan Aera dijatuhkan pada jam yang terlilit di pergelangan tangan. Peperiksaan tamat pada pukul 12.30 tengah hari pada hari ini. Bolehlah aku tidur sekejap sebelum nak pergi kerja malam ni.

Bersama langkah yang longlai, Aera mengheret dirinya ke bilik. Terasa seluruh badannya sengal dan sakit. Katil dan bantal terasa memanggil-manggil.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now