11% - "I'm falling in love."

160 22 2
                                    

"Tak nak.", Yoongi kembali fokus kepada komputernya. Tangan kanannya laju mengklik itu ini pada skrin komputerh sebelum ada rentak berkumandang memenuhi segenap studio yang kalis bunyi itu. Namjoon mengeluh.

"Alah, tolonglah, Yoongi... Selain daripada kau, mana ada calon lagi bagus.", Namjoon memberi alasan lagi. Yoongi meletakkan fon kepala di leher sebelum menoleh kearah Namjoon.

"Ini pun untuk syarikat juga... Kau juga yang bengang dengan perangai si Jimin. Jadi, kita kenalah cari bakat baru yang boleh menguntungkan syarikat, adalah backup kita kalau kau teringin sangat nak buang Jimin ataupun dia pergi syarikat lain nanti.", panjang lebar Namjoon memberikan penjelasannya. Yoongi hanya terdiam, dalam hati sudah menyumpah. Ini hanyalah taktik supaya aku bersetuju dengan cadangan dia yang tak berapa nak masuk akal itu.

"Kau? Kenapa bukan kau je yang jadi juri untuk ujibakat tu? Apahal aku pula...", balas Yoongi. Malas benar dia mahu jadi juri untuk ujibakat dan sebagainya. Bukan minat dia untuk menilai bakat seseorang sebenarnya. Yoongi percaya dengan bakat yang boleh diasah atas nama usaha.

"Eh, aku mana boleh...", Yoongi menjongketkan kening.

"Kenapa pula tak boleh?"

Namjoon tersengih, menyerlahakn sepasang lesung pipitnya yang dalam. "Aku ada blind date waktu tarikh ujibakat tu...", Yoongi ternganga. Biar betullah mamat ni?

"Blind date Wah...", Yoongi terasa ingin mengetuk kepala Namjoon, "Sekarang ni blind date lagi penting ke syarikat lagi penting?", soal Yoongi. Sesedap rasa sahaja Namjoon curi tulang daripada tugas menjadi juri untuk ujibakat AOPA itu.

Namjoon tersenyum. "Eh, mestilah blind date aku lagi penting. Aku tak nak solo sampai ke tua.", Namjoon menggeleng-gelengkan kepala. Yoongi mengetap giginya dengan geram.

"Dahlah, buat sakit jiwa je cakap dengan kau.", Yoongi berkata sebelum kembali menyambung pembikinan lagunya.

"Kau setujulah kan maksudnya ni?", Namjoon sudah tersengih dengan makin lebar. Yoongi hanya mengunci mulut, tidak memberi jawapan. Malas mahu melayan Namjoon.

"Kan kan kan?", soal Namjoon lagi tetapi tetap tiada respon daripada Yoongi. Namjoon pun berdiri dari duduknya dan berjalan kearah Yoongi.

Bahu Yoongi ditepuk. "Terima kasih tau Yoongi. Jangan kasar sangat dengan budak-budak tu nanti.", sempat lagi Namjoon memberi nasihat sebelum berjalan keluar daripada studio milik Yoongi. Yoongi melepaskan sebuah keluhan setelah mendengar bunyi Namjoon menutup pintu.

"Aduhai... Menyusahkan aku jelah mamat tu.", rungut Yoongi sendiri sambil mengklik suatu fail didalam komputernya.

Tak ada angin tak ada ribut, aku kena jadi juri ujibakat kemasukan AOPA.

▶◀

Yoongi mengurut pelipis dahinya setelah seorang peserta melangkah keluar daripada studio. "Macam mana? Ramai juga yang berbakat yang datang kali ini.", Kahi mula bersuara. Rata-rata juri yang lain mengangguk tanda bersetuju.

Yoongi mengetap giginya, mahu membantah tetapi hanya mendiamkan diri. Memanglah kebanyakannya yang datang itu berbakat, tetapi... Tidak menarik perhatian Yoongi. Tiada aura ataupun daya penarik.

Itu hanya apa yang Yoongi fikirkan. Mungkin dia sudah terlaku serabut dengan ujibakat ini. Nafas ditarik dan dihembus.

"Ini fail untuk peserta seterusnya.", ada salah seorang staf perempuan mendekati mereka sebelum menyerahkan sebuah fail kepada barisan juri.

"Wah... Lulusan bidang perubatan Universiti Seoul...", ucap Ailee dengan kagum apabila menyelak fail itu. BoA disebelah turut menjenguk untuk melihat, terkejut.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now