"Wah... Apa ni?", Aera kagum bercampur teruja melihat alat muzik yang terletak diatas pentas kecil disudut kafe Sun&Moon itu. Laju sahaja kakinya melangkah. Perasaan teruja mula dirasai apabila melihat gitar dan keyboard diatas pentas itu.
Yeorum tersenyum. Pelanggan sudah beransur sedikit apabila hari beranjak ke petang. Tangan Yeoreum terhenti daripada mengelap meja. "Ah... Aku lupa nak bagitahu kau. Kau akan lagi suka untuk kerja dekat Sun&Moon sebab konsep kafe ni diorang akan bawa penyanyi... Bukan artis tapi yang ada bakat untuk menyanyi, kau nak nyanyi pun boleh.", Yeoreum mengenyitkan mata. Pantas Aera menjeling Yeoreum yang tersengih-sengih.
"Gila aku nak nyanyi?", Aera berkata. Yeoreum hanya menjongketkan kening sebelum ke dapur untuk membuang cawan plastik dan mencuci pinggan yang digunakan.
"Choi Aera!", ada suara memanggil nama Aera. Aera menoleh, Yonghyun yang memanggilnya. Langkah kaki diatur untuk mendekati Yonghyun dibelakang kaunter. Sarang pula sedang menghulurkan wang baki kepada pelanggan yang membayar.
"Encik Kim suruh saya ajarkan awak cara untuk buat kopi yang asas macam cappucino, espresso dan caramel macchiato. Sebab mungkin awak ditugaskan untuk jadi barista dekat cawangan Sun&Moon satu lagi.", Aera mengangguk-angguk tanda faham. Kemudian, Yonghyun melemparkan sebuah senyuman membuatkan Aera tergamam seketika.
Dia ni... Memang senyum menarik macamni ke dekat semua orang? Aku yang baru kenal ni pun terasa nak jatuh hati.
Kau mereng, Choi Aera. Yonghyun mula menunjukkan cara-cara untuk membuat kopi dengan teliti. Aera cepat sahaja belajar mengikut langkah yang Yonghyun tunjukkan.
"Awak memang ketua barista dekat sini ke?", Aera bertanya, sekadar ingin tahu tetapi tangan ligat membasuh cawan yang digunakan.
"Ha? Tak adalah.", Yonghyun tertawa kecil, "Encik Kim yang ketua barista dekat sini.", jelas Yonghyun. Mata Aera sedikit membulat. Encik Kim?
Seperti tepat pada masanya, Minseok turun dari pejabatnya sebelum menuju kearah mereka. "Okay kerja, Yonghyun?", sapa Minseok. Yonghyun tersenyum.
"Okay je bos.", Yonghyun mengangkat ibu jari. Tanpa sebarang kata lagi, Minseok terus membancuh kopi menggunakan alatan disitu dengan penuh profesional setelah mengikat apron berwarna hitam dipinggang. Namun, cara Minseok membancuh kopi membuatkan segalanya nampak senang walaupun sebenarnya leceh langkahnya.
Dalam hati, Aera terasa kagum. Juga bercampur keliru. Bos pun kerja juga? Ingatkan dia hanya buat kerja didalam pejabat.
"Encik Kim memang macamtu.", entah dari mana Yeoreum datang berkata ditelinga Aera, "Walaupun dia bos, dia banyak kali juga buat kopi untuk pelanggan. Dia juga yang ajar kitorang buat kopi.", jelas Yeoreum. Aera melopongkan mulut sambil mengangguk tanda faham.
"Yonghyun, kamu tak jamming pula ke? Nyanyi satu dua lagu? Dowoon pun?", dengan selamba Minseok bertanya sambil tangan kiri memegang cawan, tangan kanan mencurahkan susu dari teko kecil ditangan membuat corak daun.
Nampak profesional habis.
Dowoon yang baru tiba di kaunter dari habis mencuci pinggan terus kaku ditempatnya. "Nyanyi, nyanyi, nyanyi.", Sarang mula bersorak kecil dari kaunter.
Dowoon sudah merah telinganya akibat malu. Kesudahannya?
Yonghyun mencapai gitar dan mula menyanyi berduet bersama Dowoon.
▶◀
"Ya, selamat datang ke kafe Sun&Moon.", ucap Aera kepada pelanggan yang baru tiba dihadapannya. Kini, giliran Aera pula untuk menjaga kaunter. Mata Aera fokus kepada komputer dihadapannya, bersedia untuk mengambil pesanan.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...