Aera melangkah masuk ke dalam biliknya yang dikongsi bersama Eunhae. Langkahnya laju menuju ke bilik air sebelum Aera menutup pintu. Tangannya memulas shower sebelum pancuran air mula mengalir.
Badan Aera bersandar pada pintu lalu dia jatuh terduduk. Airmata yang ditahan sedari tadi kembali mengalir. Tangan Aera menutup mulutnya supaya tangisannya tidak kedengaran.
Aera tidak tahu mengapa hatinya berasa sakit sehingga begini. Seolah-olah segala kesedihan sudah bersatu dan dia kini hanya boleh mengalirkan airmata.
Sejak bila hubungan mereka menjadi begini? Aera tidak tahu.
Rasa sakitnya kini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Ini lebih perit daripada yang dibaca di dalam novel, dilihat di filem atau drama.
"Aku minta maaf sebab aku bunuh adik kau. Itu yang kau nak dengar?"
Ini tidak adil. Semua orang yang aku sayang akan hilang, pergi. Meninggalkan aku.
Tangisan Aera makin teresak-esak. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangisan.
Terasa sakit luar biasa. Tapi, Aera mungkin tahu salah satu sebab kenapa dia terlalu sedih.
Mungkin kerana Yoongi ialah cinta pertamanya.
Orang kata, cinta pertama itu perit. Cinta pertama itu susah untuk dilupakan. Cinta pertama akan mengajar kau banyak benda.
Tapi, satu benda yang aku lupa. Cinta pertama juga boleh meninggalkan kita dengan pelbagai luka.
🎹🎹
Perjalanan Yoongi mengambil Aera pulang dari tempat kerja hanya sunyi sepi. Tiada perbualan. Tiada lagi berpandangan. Tiada apa-apa. Hanya suasana sepi mencengkam mereka berdua.
Akhirnya, Yoongi menghentikan kereta BMW di perkarangan AOPA. Aera masih lagi tidak turun daripada kereta. Yoongi juga hanya diam, tidak bersuara.
"Lepas ni... Kau tak perlu ambil aku balik kerja. Aku boleh balik sendiri.", ujar Aera, mendatar sahaja suaranya.
"Okay.", itu sahaja yang Yoongi mampu balas. Aera membuka pintu kereta dan menutupnya kembali. Sebaik sahaja Aera menoleh, kereta BMW itu juga dipandu keluar perkarangan AOPA.
🎹🎹
Waktu berlalu dengan pantas. Hampir sebulan sejak pergaduhan Aera dan Yoongi di rumah Yoongi, mereka hanya meneruskan hidup dengan normal.
Aera tiada hati lagi untuk ke studio Yoongi. Yoongi juga tidak lagi mengajak Aera untuk bertandang. Masing-masing dengan kehidupan sendiri.
Waktu mereka berjumpa hanyalah di AOPA, ketika kelas piano berlangsung. Mereka hanya berpapasan tanpa senyuman atau sapaan. Tiada siapa berani untuk memulakan bicara terlebih dahulu.
Seolah-olah mereka tidak mengenali satu sama lain.
Seolah-olah mereka tidak mahu menghadap realiti.
🎹🎹
Dark Chocolate
aku nak jumpa kau
boleh?Aera agak tersentak apabila nama gelaran yang sekian lama tidak muncul di dalam kotak notifikasi kini menghantar mesej. Jari Aera menaip mesej kembali perlahan.
Aera
okayAera tidak menyangka Yoongi akan memilih tempat ini. Sebuah bangku berdekatan sungai, tempat temujanji pertama mereka.
Yoongi dan Aera duduk bersebelahan, tangan masing-masing memegang kopi. Hanya angin yang menjadi peneman mereka. Masing-masing hanya membuang pandangan ke arah sungai yang mengalir tenang.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...