9% - "Just one day, one night, that's all what I need."

175 23 13
                                    

"Weh.", Aera memanggil apabila dia dan Yeoreum sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Yeoreum menoleh kearah Aera yang berpeluk tubuh. "Aku rasa aku jumpalah orang yang kau cerita haritu.", mata Yeoreum membulat.

"Yang kulit putih melepak tu kan? Dia tinggi sikit je dari aku kan? Muka yang nampak macam dingin tu kan?", bertalu-talu Yeoreum bertanya. Aera menganggukkan kepala.

"Ha! Kan aku dah cakap! Dia pengintip keluarga kau. Kau tukar tempat kerja pun dia tahu, apa kes?", dengan penuh bersemangat Yeoreum berkata. Nampak benar dia berpuas hati yang dia betul. Riak wajah Aera masih memikirkan menunjukkan dia tidak berapa setuju dengan kata-kata Yeoreum.

"Aku tak rasa dia pengintip keluarga akulah.", ujar Aera. Mereka pun tiba dihadapan rumah. Yeoreum menaip pin kata kekunci sebelum pintu rumah terbuka.

Yeoreum meletakkan beg galasnya ditepi sofa sebelum menghempaskan badan ke atas sofa, melepaskan lelah setelah seharian bekerja. "Kalau betul dia pengintip keluarga aku pun, dia serius tak reti buat kerja.", komen Aera lagi. Dahi Yeoreum berkerut.

"Kenapa pula?"

Aera membetulkan duduknya diatas sofa sebelum tangan mencapai salah satu bantal kecil. "Yalah. Ada ke dia kata dia produser muzik terkenal, lepas tu nak aku nyanyi lagu dia.", mulut Yeoreum ternganga tanda tidak percaya, "Serius. Aku dengan dia baru berjumpa pertama kali dan itu benda yang dia minta.", sambung Aera lagi.

"Wah... Peliknya.", Yeoreum berkata sambil mengusap dagunya. Aera mengangguk kecil.

"Pengintip keluarga aku nak umpan aku pakai benda tu? Tolonglah. I won't fall for it. Ini Choi Aera lah, ingat aku bodoh ke apa?", Aera melibaskan rambutnya ke belakang membuatkan Yeoreum tertawa kecil.

Apa-apalah Choi Aera, asalkan kau bahagia.

▶◀

"Tak adalah.", Yoongi berkata dengan mulut yang penuh dengan nasi. Seokjin memandang Yoongi dengan bosan. Nasi dikunyah sebelum ditelan. "Dia tak nak nyanyi lagu aku pun cakaplah elok-elok. Ini tak, buat calar maruah aku je.", Yoongi mencucuk nasinya dengan geram menggunakan kayu penyepit.

Mereka kini menikmati makan malam bersama dirumah Yoongi. Seokjin yang duduk berhadapan dengan Yoongi melepaskan sebuah keluhan.

Seokjin menggelengkan kepala. Sudah hampir setengah jam Yoongi meluahkan perasaan tentang perkara yang terjadi antara gadis itu dengan dia malam semalam. Seokjin hanya menadah telinganya, malas mahu menyampuk. "Mungkin dia ada masalah kot. Mana kita tahu? Mungkin dia cuma ambil langkah berhati-hati sebab dia ingat dia kena tipu.", Seokjin pula menyatakan pendapatnya.

Yoongi hanya mencebik sebelum meneguk air kosong dari dalam gelas dihadapannya. "Apa-apalah.", gumam Yoongi sendiri, perasaan geram masih bersisa didalam hati bila mengingat kembali cara gadis itu melayannya.

"Kau masih nak dia nyanyi lagu kau kan?", Seokjin mengagak. Yoongi menjongketkan keningnya.

"Mungkin.", balas Yoongi. Seokjin mula berfikir, apa yang istimewa sangat tentang gadis itu sehingga membuatkan Yoongi serabut sebegini? Senyuman kecil terukir di bibir Seokjin.

Ini akan jadi menarik.

▶◀

Mimpi yang sama, cuma kini lebih jelas dan grafiknya membuatkan Yoongi terbangun. Dahinya merenik dengan peluh, nafasnya sesak membuatkan dadanya berombak. Kenapa aku masih alami mimpi itu? Yoongi meraup wajahnya.

Matanya menjeling pada jam elektronik ditepi katil. Sudah jam enam pagi. Yoongi sedikit tersentak. Ini perkara yang baru.

Selalunya dia akan terbangun pada jam 3 pagi jika dia mengalami mimpi itu. Yoongi pun turun dari katil dan mula bersiap untuk menjalani hari itu. Hari ini akan membuka lembaran baru dalam hidupnya, harap-harapnya.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now