35% - "Kiss me on the lips."

167 18 34
                                    

Aera mengunyah gula-gula getah sambil tangan bermain dengan pen berdakwat hitam. Tangan kirinya menongkat pipi, kakinya digoyangkan. Tiba-tiba, dia teringat akan perkara yang berlaku malam semalam.

Matanya ditutup rapat sebelum pipinya terasa hangat. "Haih, kenapalah dia buat macam tu...", rungut Aera sendiri. Wajahnya disembamkan diatas meja. Dia masih tidak boleh melupakan senyuman Yoongi selepas melakukakan perkara.

Gila betul mamat tu.

Seperti tepat pada masanya, Yoongi melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Sekali lagi, Aera dapat merasakan mata para pelajar, lebih-lebih lagi pelajar perempuan memandang ke arah Yoongi. Aera turut mengangkat wajahnya untuk memandang jejaka itu.

Sekali lagi, Yoongi menyarung turtleneck hitam bersama jaket kulit berwarna sama. Dipadankan bersama skinny jeans dan juga kasut hitam.

"Wah... Encik Min pakai lagi weh macam tu...", ada pelajar perempuan di belakang Aera berkata.

"Serius dia nampak smart bila pakai macam tu."

"Jaket kulit tu memang sesuai dengan dia..."

Kepala Aera menoleh ke belakang dan menjeling ke arah pelajar perempuan itu. "Diam sikit boleh tak?", ujar Aera membuatkan pelajar perempuan itu menarik muka.

Aera kembali memandang ke depan dan menggigit bibirnya. Rambutnya yang pendek diikat dengan menggunakan getah rambut di pergelangan tangan.

Apa yang dia fikir bila dia pakai pakaian sebegitu?

Lengan bajunya disinsing sebelum pelajaran bermula. Pen ditangan ditekan. Perhitungan kita tidak tamat disini, Min Yoongi, ujar Aera didalam hati sambil menjeling tajam Yoongi.

Selepas tamat kelas, Aera menarik keluar telefon bimbit dari dalam poket jeans.

Aera
kenapa kau pakai macam tu pergi kelas

Ting! Telefon bimbit Yoongi berbunyi menandakan ada mesej masuk. Yoongi meletakkan beg di atas meja sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi.

[1 mesej daripada Sweetheart]

Sweetheart
kenapa kau pakai macam tu pergi kelas

Yoongi menunduk sedikit untuk memandang pakaiannya pada hari ini. Memanglah agak lain tetapi Yoongi agak suka gaya begini, lebih-lebih lagi kerana warnanya serba hitam.

Yoongi
sebab aku suka

Sweetheart
student perempuan kelas aku kata kau hot
and aku macam
what the fuuuuuu

Yoongi tertawa kecil membaca mesej daripada Aera.

Yoongi
bukan KAU ke yang sepatutnya cakap macam tu

Sweetheart
kenapa pula aku??????

Yoongi kini duduk sambil bersilang kaki.

Yoongi
kau jealous ke?

Sweetheart
NOoOOOOO???
kenapa pula aku nak jealous
perasan betul kau ni

Bibir Yoongi mengukir senyuman. Jarinya laju menaip.

Yoongi
it's all yours sweetheart
jangan risau

Sweetheart
go away

Aera mematikan telefon bimbitnya sebelum melibaskan rambut ke belakang.

Betul tu. Kenapa pula aku mahu berasa cemburu? Yoongi masih lagi teman lelaki aku jadi siapa pemenang sebenar di sini?

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now