19% - "Only you."

146 17 10
                                    

Aera terus menoleh daripada berterusan memandang Yoongi dan Eunhae. Kepalanya digelengkan dengan pantas, menidakkan apa-apa sahaja yang sedang bermain di mindanya ketika itu. So, what? Kalau betul pun Yoongi ada apa-apa dengan Eunhae, apa kena-mengenanya dengan aku? Biarlah mereka, kan?

Betul, kau jalan sahaja, Choi Aera. Jangan sibuk tentang Yoongi dan Eunhae. Tangan Aera pantas menarik keluar telefon bimbit keluar daripada poket seluar jeans. Mesej kepada Eunhae ditaip dan dihantar.

Choi Aera
aku ciao dulu
aku ada kerja part time so nak tidur dulu
great performance btw

▶◀

Malam itu, Aera bersiap seawal yang mungkin ke tempat kerjanya. Gitar dimasukkan ke dalam bekas gitar sebelum disandang ke belakang badan. Telefon bimbit diletakkan ke dalam poket sweater yang tersarung dibadan. Serik sudah dia menghadap Yoongi untuk ke tempat kerja.

Sneakers Jordan disarung ke kaki sebelum lampu bilik ditutup. Pantas kakinya melangkah menuju ke bahagian perkarangan sekolah, dimana terletaknya perhentian bas. Yoongi yang baru sahaja ingin membuka pintu kereta miliknya mengekori Aera dengan ekor matanya.

Pergi kerjalah tu.

Aera hanya berjalan dengan pantas tanpa menyedari kehadiran Yoongi. Yoongi kekal memerhati kelibat Aera yang semakin menjauh dari pandangan mata. Beg gitar. Sneakers Jordan. Sweater.

Kening Yoongi mula berkerut. Kenapa aku perhati pula benda-benda tu? Yoongi mula bermonolog dengan diri sendiri sebelum memasuki keretanya, memandu pulang ke rumah.

▶◀

Aera menghirup kopi yang dibancuhnya sendiri daripada pantri kedai DVD itu. Nasib baik percuma. Jika tidak, Aera rela membawa air kosong sahaja daripada AOPA. AOPA ada sediakan air mineral percuma.

Aera mula menggeliatkan badan dan meregangkan leher dan tangan untuk menghilangkan rasa mengantuk yang mula menguasai diri. Telefon bimbit dihidupkan dan waktu hampir menunjukkan 2 pagi. Satu jam lagi sebelum syifnya tamat.

Jari Aera mula menekan aplikasi WhatsApp. Tiada mesej yang diterima. Ini pelik. Selalunya, Yeoreum akan menghantar mesej kepadanya setiap hari. Ya, setiap hari tanpa ada cuti. Mesti cerita itulah, inilah. Ini, kali terakhir mereka sembang bersama melalui aplikasi WhatsApp ialah dua minggu lepas.

Mesej sebelum ini mula dibaca. Tak ada pula mesej yang boleh buat Yeoreum terasa ataupun yang seangkatan dengannya. Aku ada buat salahkah? Tersalah cakap? Rasa seperti tak ada pula.

Ataupun, Yeoreum merajuk kerana aku sudah lama tidak pulang ke rumah? Mengarut. Aku dengan dia dah kenal berapa lama, Yeoreum faham dengan situasi aku sekarang. Bibir Aera melepaskan sebuah keluhan sebelum dia menopang dagu diatas kaunter. Bosanlah pula.

Bunyi loceng menandakan ada pelanggan baru tiba menyapa deria pendengaran Aera. "Selamat datang." ucap Aera tanpa mengangkat wajah daripada telefon bimbit, cuba merungkai misteri ketiadaan mesej Yeoreum kepadanya hampir dua minggu.

I like you
I tried holding it back
But I can’t anymore
Now I can tell you
I want to love
You

Aera mula bernyanyi perlahan lirik lagu yang romantik itu. "Eh? Pelanggan yang baru masuk tadi pasang lagu ni ke?" gumam Aera sendiri sambil mendongak, memandang pembesar suara yang terletak disudut dinding, sedang mendendangkan lagu oleh band yang dianggotai oleh 5 orang jejaka itu.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now