"Mamat ni dah kenapa...", gumam Aera sendiri, masih terkejut dengan ayat dan perbuatan Yoongi. Pipinya terasa hangat walaupun jelas bilik Yoongi ini dilengkapi penyaman udara.
Aera meneguk liurnya apabila dia ternampak tangan kiri Yoongi sedang memegang tangannya dengan erat. "Takkanlah...", ujar Aera didalam hatinya.
"Aku kena duduk je dekat sini sambil dia pegang tangan aku? Tak mungkin!", jerit hati Aera, tidak percaya akan situasi yang dihadapinya kini. Nampak gayanya, Yoongi tidak akan melepaskan genggaman tangannya dalam masa yang terdekat. Aduh...
Kaki Aera mula bersila diatas lantai yang ditutupi oleh jubin kayu berwarna coklat cair. Untuk mengelakkan tangannya kebas, dia meletakkan tangannya diatas katil, disebelah Yoongi. "Ish, sebab mamat inilah aku kena buat sampai macam ni aduh...", bebel Aera sendiri.
Dia dah setuju untuk buatkan lagu untuk kau. Kau boleh dapat nombor satu dekat carta muzik sebab dia memang seorang produser yang hebat.
Woi, hati, kau duduk diam sahajalah.
Bosan. Bosan!
Aera meraba poket seluarnya dan nasib baik telefon bimbitnya berada didalam poket itu. Walaupun agak payah untuk menaip dengan hanya menggunakan satu tangan, digagahkannya juga kerana bosan yang membelenggu.
Kejap. Terbit sebuah idea yang bernas dari minda Aera. Dia mula membuka aplikasi Google dan menaip sesuatu.
"Wah...", Aera menjeling wajah Yoongi, nasib baik Yoongi tidak tersedar. Mata Yoongi masih tertutup rapat. Dia kembali menutup mulut dan membaca semula maklumat yang tertera di skrin telefon.
"Dia pun rapper? Biar betul?", gumam Aera sendiri apabila membaca Wikipedia tentang Min Yoongi. Wah, tidak disangka bahawa jejaka yang dikenalinya itu merupakan seorang yang... Agak hebat orangnya. Tapi, masih menjengkelkan.
Aera mula meletakkan kepalanya diatas katil, masih mencari maklumat menggunakan telefon bimbitnya. Ditemani hujan renyai diluar rumah, mata Aera semakin lama semakin berat sebelum dia beradu.
Tidak lama kemudian, Yoongi mula membuka matanya dengan perlahan-lahan. Kepalanya masih terasa berat dan pandangannya masih berpinar. Apa yang sudah jadi?
Tiba-tiba, Yoongi terasa haba seseorang pada tangannya. Matanya berkerdip-kerdip memandang tangannya yang memegang tangan Aera. Kejap. Kenapa Aera ada dekat sini? Kenapa aku pegang tangan dia? Macam mana dia ada dekat sini?
Satu persatu minda Yoongi mengingati perkara yang terjadi pada hari ini. Bibirnya diketap rapat apabila teringat ayat yang diucapkan kepada Aera. Aduh, Min Yoongi... Sudahlah kau pengsan di hadapan Aera, di tempat awam pula. Lagi satu, perlukah kau ucapkan ayat yang sebegitu kepada Aera?
"Cuma... Jangan tinggalkan aku."
Apa? Jangan tinggalkan aku? Baik kau terjun gaung sahajalah Yoongi.
Berita baik, dia bersetuju untuk nyanyi lagu kau. Itu sahaja yang baiknya.
Berbakul-bakul sumpahan yang Yoongi hadiahkan di dalam hati kepada diri sendiri.
Okay. Macam mana aku nak bangun sekarang tanpa menyedarkan Aera? Yoongi mula bangun dari pembaringannya. Dengan seperlahan yang mungkin, Yoongi menarik tangannya daripada menggenggam tangan Aera.
Baru sahaja Yoongi menarik sedikit tangannya, Aera membuka matanya dan terus duduk dengan tegak. Mereka bertentang mata dalam suasana yang kekok itu. Terus masing-masing menarik tangan sendiri daripada terus menggenggam tangan satu sama lain.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...