15% - "Cause I'll be your boyfriend."

172 17 22
                                    

Aera hanya melihat apabila kereta Sehun dipandu menjauh dari pandangannya. Langkah kakinya diatur memasuki bangunan AOPA dengan perut yang kenyang. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Lagi-lagi bila makanan percuma.

Eunhae terhenti bermundar-mandir didalam bilik apabila Aera membuka pintu bilik. Jelas riak wajah Eunhae kelihatan lega apabila melihat wajah Aera. Aera menjongketkan keningnya, seolah-olah bertanya kenapa sambil duduk diatas katil.

Akhirnya, Eunhae duduk menghadap Aera. "Lega aku. Aku ingatkan kau balik lewat lepas tu macam mana kalau jadi apa-apa dekat kau lepas tu kau tak datang sekolah lepas tu aku kena jawab soalan dengan cikgu"

"Aku bukan macam tulah.", Aera menjulingkan matanya, "Apa kau ingat roommate kau jenis yang meliar dekat kelab sampai lewat malam ke?", balas Aera lagi. Eunhae hanya terdiam, matanya masih memandang Aera.

Tiba-tiba, Aera menundukkan kepalanya untuk memandang pakaiannya. Okay, aku sekarang faham dengan apa yang Eunhae maksudkan. Aku nampak macam perempuan gothic dengan pakaian serba hitam. Patutlah Eunhae berfikir sampai begitu sekali.

"Aku tak kisah pun kalau kau sebenarnya macam tu. Asal tak kacau aku, dah.", selamba Eunhae berkata sambil mengangkat kedua-dua tangannya, seolah-olah mengalah. Aera mengangguk kecil sebelum mencapai tuala, pakaian dan segala alatan mandi dan melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

▶◀

Aera melangkah ke studio dimana kelasnya akan berjalan untuk hari itu. Kepalanya ditutup dengan hud berwarna hitam, telinganya ditutup dengan fon telinga, tangan diseluk kedalam poket hoodie. "Aih...", Aera mengeluh lagi apabila teringat akan guru kelasnya yang akan mengajar sebentar lagi.

Dia menolak pintu studio dan kelihatan ramai pelajar sudah berada disitu. Matanya memandang ke seluruh studio, mencari tempat duduk yang kosong. Tak guna betul. Bahagian tempat duduk belakang sudah penuh. Akhirnya, dia duduk di bahagian tengah studio, tidak terlalu hadapan dan tidak terlalu belakang.

Buku notanya mula dicapai dari dalam beg, alat tulis disusun supaya dia boleh bersedia untuk sesi pembelajaran yang akan berjalan sebentar lagi. Buku teks mula dibelek, menarik. Ada banyak lagu klasik yang bakal dipelajari nanti. Tangannya menyeluk telefon bimbit didalam poket hoodie.

Choi Aera
doakan aku masih hidup lepasni

Summer 💜
🙏

Nafas ditarik dan dihembus. Harap-haraplah hari ini okay sahaja. Seperti tepat pada masanya, pintu studio dibuka dan Yoongi yang memakai blazer berwarna hitam dan pakaian yang pendek kata serba hitam. Beberapa buah buku pelajaran dikepit disisi.

Yoongi berdiri di podium lalu meletakkan buku-bukunya disitu. "Selamat pagi, semua.", rata-rata pelajar menyahut kembali secara berterabur, "Saya, Min Yoongi, dan saya akan mengajar kalian piano untuk tahun ni.", kemudian, Aera dan Yoongi bertentang mata. Aera tidak tahu sama ada dia tersilap pandang atau tidak tetapi dia ternampak hujung bibir Yoongi terjungkit, seperti tersenyum. Sinis.

Aera menjulingkan matanya, malas melayan. Yoongi mula berjalan ke bahagian hadapan podium sambil berpeluk tubuh. Hujung jari telunjuknya menolak cermin mata berbingkai kelabu keatas hidung. "Memandangkan ada yang datang daripada ujibakat, juga SOPA, apa kata kita mulakan kelas hari ini dengan tunjukkan bakat yang kamu ada?", Yoongi memberikan cadangan.

Yoongi berjalan pula kearah sebuah grand piano berwarna hitam yang berada di sudut studio itu. "Saya akan bagi ulasan untuk siapa yang main, dan juga macam mana saya boleh guna cara untuk mengajar. Siapa sukarela untuk mula dulu?", kelas menjadi sunyi sepi. Aera meneguk liur, janganlah aku, getus hati Aera. Tolonglah. Tolonglah.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now