8% - "Good to you."

171 23 6
                                    

Yeoreum tersenyum apabila ternampak Aera yang duduk didalam bas, telinganya disumbat dengan fon telinga, pandangan dilemparkan ke luar tingkap bas. Yeoreum terus mengambil tempat duduk disebelah Aera.

Aera menoleh apabila menyedari Yeoreum disebelahnya.. "Macam mana hari pertama kerja tempat baru? Okay?", soal Yeoreum. Aera menjongket bahu perlahan.

"Macam biasa.", ringkas Aera membalas. Yeoreum hanya terdiam kembali sebelum dia menepuk paha Aera berkali-kali.

"Ha! Baru aku ingat! Ada benda aku nak cerita ni!", Aera terus tersentak apabila mendengar suara Yeoreum yang teruja, seolah-olah ada gosip panas yang ingin dikongsi. Tangan Aera mencabut kedua-dua fon telinga sebelum memberikan sepenuh perhatian kepada Yeoreum.

"Tadi weh, ada orang cari kau. Aku dah syak dah sebab pelanggan tu dari pagi duduk dekat kafe, sampai kafe tutup dia tunggu dekat luar kau tahu?", mata Aera sedikit membulat mendengar kata-kata Yeoreum. Huish, ekstrem juga pengintip upahan aku keluarga aku.

Tapi, bukan selalunya mereka ni profesional ke? Takkanlah nampak jelas sangat diorang cari aku? Mustahil mummy dengan ayah aku nak upah orang yang tak ada kemahiran macam tu? Selalunya diorang buat kerja tak ada tinggalkan jejak pun...

"Macam mana rupa dia?", sengaja Aera bertanya. Mana tahu kenal ke...

Yeoreum berfikir sejenak, cuba mengingati wajah jejaka yang dijumpainya sebentar tadi. "Dia... Nampak macam ais batu, tapi bila dia mula cakap dengan aku, nampak biasa je... Kulit dia putih melepak, tinggi sikit je dari aku. Nampak macam lebih kurang umur kita je.", dengan penuh terperinci Yeoreum bercerita. Kening Aera berkerut.

"Entah-entah dia bukannya pengintip pun...", Aera membuat tekaan. Yeoreum terdiam, ada betulnya juga tu...

"Tapi buat apa dia cari kau? Ha?", soal Yeoreum kembali, lebih kepada ingin meyakinkan dirinya sendiri. Yalah, kalau tidak buat malu sahaja dia marah-marah tadi. Entah-entah lelaki itu tidak bersalah.

"Mungkin kawan satu universiti aku dulu. Siapa tahu?", terus Yeoreum diserang rasa bersalah. Mungkin betul juga kata-kata Aera. Entah-entah dia sudah salah faham.

"Ah, tak kisahlah! Yang penting, dia tetap nampak mencurigakan.", Yeoreum membuat kesimpulannya sendiri. Aera tertawa kecil. Ada-ada sahaja dengan perangai si Yeoreum.

▶◀

Yoongi menguap sebelum dihirupnya air Nescafe yang masih hangat dari dalam tin. Kini, dia berada didalam keretanya, BMW, diparkir berdekatan dengan kafe Sun&Moon. Matanya tajam memandamg kearah pintu masuk kafe tersebut.

Seawal jam enam pagi, jauh waktu sebelum kafe itu dibuka, Yoongi sudah sedia memerhati. Mana tahu dia memang jenis sampai kerja awal pula kan?

Pertama sekali datang ialah seorang pekerja perempuan yang tidak dikenalinya. Diikuti oleh perempuan yang menyemburnya beberapa hari lepas bersama dua orang pekerja lelaki. Terakhir sekali, seorang lagi pekerja lelaki, tetapi kelihatan lebih tua daripada pekerja lain disitu.

Satu jam, dua jam, tiada kelibat yang dicarinya. Yoongi melepaskan sebuah keluhan sambil menyandarkan dahinya di stereng kereta. Stereng ditamparnya sebelum menyandarkan badan pada tempat duduk kereta.

Yoongi mula memandu keluar dari situ, ingin pulang ke rumah namun dia berasa yang dia tak ada apa untuk dilakukan di rumah. Dia kini memandu tanpa hala tuju dan tanpa dia sedar... Dia sampai dihadapan sebuah kafe Sun&Moon juga.

"Anda sudah tiba di destinasi.", GPS milik Yoongi berkata. Kening Yoongi berkerut sebelum dia menjenguk ke luar, melihat kedai apa dihadapannya.

Kafe Sun&Moon? Yoongi keliru. Ini cawangan lain ke apa?

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now