26% - "We 'bout to set this love on fire."

142 20 12
                                    

"Aera, siapa dia?", serentak Yoongi dan Sehun bertanya sambil menunjukkan kearah satu sama lain. Aera terkaku dari rancangannya untuk melarikan diri.

"Er..."

"Sehun... Eh, Yoongi...", Aera tidak tahu mahu memperkenalkan siapa terlebih dahulu. Perkara ini berlaku dengan terlalu mengejutkan.

"You're on first name basis with this guy?", sekali lagi, serentak Yoongi dan Sehun bertanya. Yoongi dan Sehun berpandangan antara satu sama lain dengan perasaan tidak puas hati.

(Nota penulis: 'first name basis' bermaksud tidak menggunakan ayat formal ketika berbincang dengan seseorang. Kalau dalam budaya Korea, penggunaan bahasa tidak formal hanyalah untuk orang yang rapat ataupun orang yang lebih tua kepada orang yang lebih muda, orang yang berpangkat lebih tinggi kepada orang yang berpangkat lebih rendah, dll.

Dalam kes ini, walaupun Yoongi ialah seorang guru kepada Aera, tetapi dia selamba badak panggil Yoongi, bukannya Encik Min Yoongi.)

"Tak payah tiru aku boleh tak?"

Aera menampar dahinya sendiri. Oh, ini akan menjadi hari yang sangat memenatkan.

"Okay, Yoongi, kau duduk. Sehun, kau relaks.", satu persatu Aera menenangkan mereka. Mata Yoongi masih menjeling Sehun sambil dia menarik kerusi untuk disebelah Aera dengan selamba.

Sehun memandang Yoongi dengan tidak percaya. Selamba benar dia duduk disebelah Aera.

Yoongi pula bersandar pada kerusi, berpeluk tubuh dan menjongketkan salah satu kening. Bersama sengihan kecil sinis yang terukir dibibir. Sengaja menyimbah minyak didalam api. Mencalar ego Sehun.

Aera menepuk meja membuatkan dua orang jejaka itu terhenti daripada berkomunikasi dengan pandangan dan bahasa badan. "Tolong matang sikit, okay?", tegas Aera berkata.

"Okay, Sehun. Ini, Min Yoongi. Diaㅡ"

"Aku Min Yoongi. Cikgu di AOPA yang mengajar Aera piano dan kelas producing. Juga produser Aera.", tiba-tiba Yoongi memotong ayat Aera, memperkenalkan dirinya sendiri.

Sehun menggosok hidungnya. Apa? Cikgu pun selamba Aera tidak menggunakan bahasa formal ketika berkomunikasi?

"Aku Oh Sehun. Kawan baik Aera sejak kecil, juga tunang Aera.", selamba Sehun berkata. Aera menjeling kearah Sehun dengan tajam. Memanglah itu adalah sebuah fakta, tapi Sehun tidak pernah langsung memperkenalkan dirinya sebagai tunang Aera.

Tidak pernah. Sehingga sekarang.

Namun, riak wajah Yoongi langsung tidak berubah. Masih tenang. Sebaliknya, ada senyuman sinis terukir dibibirnya. "Ah... Tunang?", tanya Yoongi. Sehun mengangguk sambil tersenyum.

"Lagi bagus. Tak mencabar langsung kalau kau setakat boyfriend Aera. Betul tak?"

"Yoongi!"

"Kau fikir kau ada peluang ke? Tak selagi aku tunang Aera."

"Sehun!"

Yoongi dan Sehun seperti langsung tidak menghiraukan kehadiran Aera disitu. Sibuk memprovok satu sama lain. Tangan Aera mula memicit dahi yang mula terasa berdenyut kesakitan.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now