21% - "I rewind my girl."

197 19 43
                                    

"Ha! Balik pun kau!", itu ayat pertama Eunhae katakan apabila Aera memasuki bilik mereka. Terasa nafas Aera tersekat buat kali kedua setelah Yoongi menghantarnya sebentar tadi. Aduh, malam ini akan menjadi malam yang panjang.

Aera menanggalkan kasutnya dan berjalan masuk ke dalam bilik. Beg sekolah dan beg gitar diletakkan di atas lantai dan Aera dapat merasakan Eunhae sedang merenungnya. "Aku ada benda nak tanya kau.", suara Eunhae serius berkata. Nafas Aera hembus sebelum dia duduk diatas katil miliknya menghadap Eunhae. Aera tahu apa yang akan ditanyakan oleh Eunhae.

"Betul ke... Khabar anginㅡ"

"Yang cakap aku orang kaya tu?", Aera memotong ayat Eunhae.

"Betul.", mata Eunhae membulat, mulutnya ternganga. Terus tangan Eunhae menutup mulutnya dengan terkejut. Aera hanya mampu memandang dengan riak wajah yang normal. Aku dah agak.

"Kenapa kau tak bagi tahu aku?", tanya Eunhae. Mata Aera berkerdip-kerdip.

"Dah kau tak pernah tanya apa-apa.", balas Aera dengan ringkas. Kemudian, Aera teringat sesuatu. "Tapi kan... Nampak jelas sangat ke yang aku ni anak orang kaya? Tak, kan?", soal Aera. Eunhae kini berpeluk tubuh.

"Ish, mestilah tak! Sikit pun aku tak perasan. Kau bayangkan, kita dah jadi teman sebilik nak dekat dua bulan, sikit pun aku tak perasan. Aku sebagai roommate kau pun tak perasan, inikan lagi orang lain.", jelas Eunhae dengan panjang lebar.

"Kan? Mana ada nampak jelas kan?", Eunhae menganggukkan kepalanya. Aera tiba-tiba rasa geram pula dengan Yoongi. Yoongi itu sahaja yang terlebih memerhati, bukan aku yang tak reti buat penyamaran. Ha, bercakap tentang Yoongi...

"Ha, kau tu. Apa hubungan kau dengan Yoonㅡ Encik Min?", soal Aera pula secara tiba-tiba. Yoongi yang bersembang mesra bersama Eunhae, menghadiri persembahan biola Eunhae. Siap ada kunci untuk masuk ke sini. Memang pelik habis.

Eunhae kelihatan melarikan pandangannya. "Ha... Baik kau bagi tahu aku. Mesti ada apa-apa ni kan?", tanya Aera lagi, teruja melihat riak wajah Eunhae yang gelabah semacam. Kini, tangan Eunhae bermain dengan hujung rambutnya pula.

"Aㅡapa? Kenapa dengan Encik Min?", Eunhae masih lagi berdalih. Aera menjulingkan matanya sambil berpeluk tubuh. Masih lagi mahu main tarik tali, ya?

"Aku terserempak dengan dia banyak kali tahu tak dekat depan bilik kita. Lepas tu, dia siap ada kunci bilik kita. Ambil kasut kau. Dia ada dekat persembahan biola kau, barisan depan sekali pula tu. Aku nampak kau sembang dan gelak-gelak. Kebetulan? Aku rasa tak.", dengan panjang lebarnya Aera menyatakan hujahnya. Eunhae mengetap bibirnya, terasa seperti makin terjerat dalam perangkap yang Aera letakkan.

Aera masih lagi setia memeluk tubuh sambil tepat merenung anak mata milik Eunhae. Menunggu sementara Eunhae menjadi semakin resah.

Bibir Eunhae melepaskan sebuah keluhan. "Sebenarnya... Encik Min tu...", teragak-agak untuk Eunhae berkata. Dia tiada cara lain lagi untuk melepaskan diri daripada cengkaman soalan maut Aera. Aera pula mencapai botol air mineral diatas meja sambil menunggu jawapan Eunhae.

Penutup botol air mineral dibuka dan diteguk. "Sebenarnya, Encik Min tu ex-boyfriend aku.", ujar Eunhae dengan pantas.

Buat kali kedua pada hari itu, Aera tersembur air yang diminumnya ke atas lantai. "Ha? Ex-boyfriend? Mamat ais ketul tu?", Eunhae mengangguk, tidak berani memandang mata Aera.

Mulut Aera pula ternganga. Ini lagi gila daripada aku kena dapat tempat pertama dekat carta muzik dalam masa dua tahun.

"Tengok? Aku dah agak dah reaksi kau macam ni.", gumam Eunhae. Gila, takkanlah aku mahu relaks sahaja? Sesiapa sahaja yang mendengar perkara ini, pasti reaksi mereka seperti aku.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now