"Siapa Sehun?", soalan itu memenuhi segenap studio Yoongi buat seketika. Lidah Aera kelu, tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan Yoongi. Tiba-tiba dia menjadi resah.
"Sehun? Dia... Kawan aku je.", dengan selamba yang mungkin Aera memberikan jawapan. Yoongi masih memandang tepat mata Aera, meminta jawapan.
"Kawan.", Yoongi mengangguk, "Nampak macam boyfriend je.", sengaja Yoongi berkata, serkap jarang.
"Maㅡmana ada!", Aera menafikan dengan tergagap-gagap. Sekali lagi suasana di dalam studio itu menjadi kekok.
Apakah situasi ini? Kenapa pula situasi aku dengan dia kena jadi kekok? Aku dan dia bukannya ada apa-apa hubungan pun. Kenapa aku rasa begini?
Yoongi tertawa kecil, namun ia hampir kedengaran sinis ditelinga Aera. Apa? Mamat ni gelak? "Jawab tergagap dah kenapa?", soal Yoongi.
Betul. Kenapa aku gagap?
"Suka hati akulah.", Aera kembali memandang piano, tidak mahu memandang wajah Yoongi dengan lebih lama. Rasa pelik.
"Aku tak nak artis aku terlibat dengan skandal. Tahu tak serabut aku yang kena tanggung?", dengan tegas Yoongi berkata sambil berpeluk tubuh. Aera menjeling. Mamat ni ingat aku apa? Ada nampak macam aku ni jenis yang akan risikokan masa depan demi cinta?
"Aku tahu bezakan hal peribadi dan hal kerja.", balas Aera. Aku sudah terdesak, masakan aku mahu bermain cinta pula pada saat-saat genting seperti ini. Sudahlah aku hanya ada masa dua tahun.
"Tapi... Kau tak lupa janji kau kan?", Yoongi bertanya. Dahi Aera berkerut. Apa jenis janji pula?
Mulut Yoongi ternganga, tidak percaya apabila melihat riak wajah Aera. "Kau... Jangan cakap yang kau dah lupa.", ujar Yoongi.
"Mana ada aku janjiㅡ"
Oh, tidak.
"Aku tahu aku salah! Aku akan cerita apa yang jadi sebenarnya tapi kau kena tolong aku. Kau juga yang minta aku jadi penyanyi kau, jadi maksudnya kau ada buat lagu untuk aku. Aku janjiㅡ"
"Aku akan buat apa sahaja yang kau nak! Tolonglah aku..."
Tangan Yoongi memeluk tubuh sambil tersengih melihat riak wajah Aera. Salah satu keningnya terjongket. "Dah ingat?", Aera memandang Yoongi, dia terasa darahnya disedut keluar dari badan.
Kau bodoh, Choi Aera. Perlukah kau berjanji sebegitu kepada Yoongi? Tahu tak kau tak boleh buat perjanjian maut sebegitu dengan lelaki bahaya seperti Yoongi?
Aera mengetap kuat bibirnya. Tangan terasa ingin menampar-nampar bibir yang lancar sahaja berjanji ketika dia terdesak. Terasa ingin menghantukkan kepala ke dinding.
"Kau dah janji yang kau akan buat apa sahaja yang aku nak.", Yoongi mengangkat jari telunjuk, seolah-olah mengira, "Dan kau juga dah janji untuk cerita semua benda dekat aku.", jari hantu pula diangkat.
"Kenapa pula aku kena buat apa yang kau nak?", Aera terasa dirinya dipergunakan. Yoongi mengangguk kecil. Oh, begitu?
"Okay, tak ada lagu untuk kau."
"Ah! Okay okay okay!", Yoongi kembali duduk setelah acah untuk berdiri. Bibirnya menahan sengih melihat wajah Aera yang jelas ingin mencekiknya. Aera hanya menahan amarahnya kerana aku produsernya. Ini akan jadi menarik.
Dalam hati Aera, dia sudah berasa tidak selesa dan segan. Dia paling tidak suka menceritakan hal peribadinya, lebih-lebih lagi kepada jejaka seperti Yoongi. Orang terakhir yang benar-benar tahu tentang hal peribadinya hanyalah Yeoreum dan Sehun.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...