12% - "I wanna tell you this. That you're my, miss right."

164 21 9
                                    

"Kau jumpa dia?", dengan reaksi wajah terkejut Seokjin bertanya. Terus terhenti Seokjin daripada menyuap nasi ke dalam mulut. Yoongi mengangguk perlahan sambil mengunyah.

Minda Yoongi masih memutar kembali peristiwa dia terjumpa Aera sekali lagi. Tapi kini, Aera sebagai salah seorang peserta ujibakat kemasukan AOPA. Yoongi, sebagai salah seorang juri. Memang kebetulan yang tidak disangka-sangka. Yoongi berfikir dia mungkin tidak akan jumpa Aera selepas peristiwa Aera dikejar tempoh hari.

"Dia masuk ujibakat kemasukan AOPA tu?", Yoongi mengangguk lagi, "Wah... Kebetulan betul. Aku rasa jodoh korang memang kuatlah.", sempat lagi Seokjin menyakat. Yoongi mengetap gigi sambil menjeling Seokjin.

"Jodoh hotaklah kau.", tajam suara Yoongi berkata. Seokjin tersengih manakala Yoongi menggelengkan kepala.

"Macam mana? Dia lepas ke ujian kemasukan AOPA tu?", Seokjin bertanya. Yoongi berfikir sejenak.

"Kalau ikutkan bakat dia, yang main gitar dengan nyanyi, ramai je orang yang ada bakat macamtu...", ujar Yoongi, "Tapi, kalau dia? Aku rasa mesti lepas punya.", Seokjin terhenti mengunyah. Kini, dia memandang Yoongi dengan wajah yang serius.

"Aku serius tak faham dengan kau. Okay, aku faham, suara dia sedap. Tapi, kenapa kau cari dia sampai macam ni sekali?", soal Seokjin. Dia benar-benar tidak mengerti. Apa yang ada pada Choi Aera sehingga Yoongi menjadi begini?

Yoongi melepaskan sebuah keluhan. Tangannya hanya menguis nasi diatas pinggan menggunakan sudu. "Aku pun tak tahu."

▶◀

"Gila.", itu perkataan pertama yang keluar daripada mulut Yeoreum setelah Aera menceritakan segalanya tentang peristiwa dia terjumpa Yoongi. Aera bersandar pada dinding sambil memandang Yeoreum.

"Kan? Tak adalah, macam mana pula aku boleh masuk ujibakat tu, dia pula boleh jadi juri? Aku serius tak faham.", bersungguh-sungguh Aera meluahkan perasaannya. Terasa ingin menangis pun ada. Sudah dijamin dia akan gagal ujibakat itu, usah dikata lagi.

Setiap kali Aera teringat cara layanannya terhadap Yoongi, terasa ingin dihantuk kepala ke dinding. Yeoreum memandang Aera dengan riak wajah kasihan. "Habis tu, ujibakat kau, macam mana?", tanya Yeoreum. Aera melepaskan sebuah keluhan yang berat sebelum kepalanya pula disandarkan pada dinding.

"Macam mana lagi? Mesti tak dapat punyalah...", sayu sahaja Aera berkata.  Kemudian, dia terus menyembamkan wajah ke dalam tangan.

"Ah! Kenapalah aku kurang ajar sangat dengan dia?", Aera separa menjerit. Yeoreum menggelengkan kepalanya.

Yeoreum menongkat dagunya. "Aku rasa ini masa yang baik untuk kau ubah sikit perangai kurang ajar kau tu.", selamba sahaja Yeoreum menyindir Aera. Pantas Aera mengangkat wajahnya.

"Kau diam. Bukannya nak tolong aku. Buat sakit hati je.", Aera mencebik. Yeoreum menjongketkan keningnya.

"Eh, aku cakap benda betul apa.", Aera terdiam. Jadi, sekarang. Dia akan kembali kepada kehidupannya yang asal semula. Bekerja di kafe Sun&Moon dan mengumpul wang. Mungkin berkesempatan untuk buat dua tiga persembahan lagi.

Selamat tinggal, biasiswa AOPA. Tiba-tiba, telefon bimbit Aera bergetar menandakan ada mesej yang masuk.

Oh Sehun
macam mana ujibakat?
okay?
kau mesti boleh punya

Aera menjulingkan matanya. Terasa hangin satu badan, tak ada mood untuk melayan orang dengan baik buat masa sekarang.

Choi Aera
jangan kacau aku

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now