Yoongi melangkah masuk ke dalam bilik kuliah lalu meletakkan bukunya diatas meja. Kelas yang hingar-bingar serta-merta menjadi senyap. "Selamat pagi semua.", sapa Yoongi sebelum memulakan kelas.
"Semua dah berlatih lagu yang saya suruh minggu lepas?", rata-rata pelajar menyahut "dah" dengan lemah. Yoongi hanya mampu menggelengkan kepalanya, nasiblah dia menjadi seorang guru.
"Okay, kita mulakan kelas hari ini dengan...", Yoongi mencapai senarai nama, "Saya panggil nama, untuk main piano yang saya suruh berlatih sejak minggu lepas.", ujar Yoongi sambil berjalan mendekati grand piano berwarna hitam yang terletak disudut dewan.
Satu persatu Yoongi memanggil nama pelajar dan mendengar cara mereka bermain piano. Yoongi memanggil nama pelajar seterusnya. "Choi Aera.", sepi.
"Choi Aera.", kali ini Yoongi memanggil dengan suara yang lebih jelas dan matanya mencari tempat yang biasa Aera duduk. Kosong. Eh?
"Choi Aera tak datang.", ada suara seorang pelajar lelaki berkata. Yoongi mengangguk kecil lalu menandakan tidak hadir pada nama Aera. Pelik. Aera bukan jenis yang tidak menghadirkan diri ke kelas malahan, sekalipun dia tidak pernah ponteng kelas ataupun lewat ke kelas walaupun sebenarnya Aera tidak berapa sukakan aku sebagai guru piano dia.
Entah-entah dia sakit. Kejap. Yoongi, kau risaukan pasal dia sekarang?
Eh, biarlah. Salahkah aku sebagai cikgu risau dekat pelajar sendiri?
Kau rasa seorang guru ada ke risau dekat pelajar dia sebegini?
Ish! Yoongi menggelengkan kepalanya, tidak mahu lagi otak dan hatinya berdialog. Merepek.
"Sekian sahaja kelas untuk hari ini. Jangan lupa untuk berlatih, termasuk lagu-lagu sebelum ni.", itu ayat terakhir Yoongi sebelum kelasnya bersurai. Tetapi, Yoongi tidak mampu lagi membendung rasa ingin tahunya.
"Ya?", seorang pelajar lelaki menoleh kepada Yoongi setelah Yoongi memanggilnya.
"Kenapa Choi Aera tak datang ya?", Yoongi mula bertanya tetapi nada suaranya hanya dibuat biasa. Tidak kedengaran terlalu ingin tahu.
"Encik tak tahu ke? Pasal khabar angin tu?", Yoongi mengerutkan keningnya. Khabar angin apa pula?
"Cuba encik periksa laman web rasmi AOPA. Ada orang letak post pasal Choi Aera. Saya nak cakap pun, panjang ceritanya. Tapi, mungkin itulah sebabnya Aera tak masuk kelas hari ni.", jelas pelajar lelaki itu. Mata Yoongi berkelip-kelip. Post dekat laman web rasmi AOPA?
"Er... Saya minta diri dulu ya?", Yoongi mengangguk kecil dan pelajar lelaki itu pun berjalan pergi.
Tanpa menunggu lama, Yoongi terus mencapai telefon bimbit didalam poket seluar slack berwarna hitam miliknya. Laman web rasmi AOPA ditaip dan serta-merta dia menjumpai apa yang dimaksudkan oleh pelajar lelaki tadi.
Mata Yoongi tekun membaca. "Biar betul...", gumam Yoongi sendiri.
Kejap. Yoongi teringat kembali. Segala-galanya mula menjadi logik. Dia dimarahi oleh kawan Aera di Sun&Moon. Aera dikejar oleh beberapa orang lelaki.
Yoongi menutup matanya. Memang patutlah dia anak orang kaya pun. Tengoklah dia pakai telefon Samsung yang terbaru, jam tangan berjenama, beg sekolah berjenama, kasut mahal. Beg gitar dia pun bukan yang murah punya. Kau memang lembablah, Yoongi.
Walaupun Aera cuba menyembunyikan hakikat bahawa dia orang kaya, ada sesetengah perkara yang tidak mampu disorok. Jadi... Dia nak belajar muzik tapi mak ayah dia tak bagi, begitu? Yoongi mula mencipta kesimpulan sendiri.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...