Peperiksaan akhir tahun sudah tamat dan Aera berasa sangat lega. Otaknya terasa lebih ringan berbanding sebelum ini. Terasa badannya lebih ringan dan dia ingin terbang ke udara.
Namun, kini dia berada disebalik dinding, memandang ke kiri dan ke kanan. Memastikan tidak ada mata yang memerhati perbuatannya ini dan melaporkan kepada sesiapa. Lebih-lebih lagi ibubapanya.
Oh, ngeri.
Dengan wajah yang dingin tertulis di wajah duapuluh empat jam, Aera melangkah masuk kedalam suatu bilik. Langkah kakinya dibuat bersahaja supaya tiada yang curiga.
Sebaik sahaja dia masuk kedalam bilik itu, dia terasa berdebar pula. Bibirnya tidak mampu daripada terhenti tersenyum apabila memandang objek yang terletak disudut bilik muzik itu.
Sebuah grand piano.
Langkah kaki Aera maju kearah grand piano berkilat yang terletak cantik itu. Teruja dia melihat warna putih diselangi hitam pada piano itu.
Dia duduk diatas kerusi menghadap piano itu sambil mata ralit memerhati. Baru sahaja tangannya ingin menekan salah satu not, ada suatu suara menyergah dari belakang.
"Buat apa tu?"
Cepat-cepat Aera berpaling dengan wajah yang paling panik sekali dan tangannya dijauhkan daripada menyentuh piano. Tetapi, wajah panik Aera serta-merta pudar apabila bertentang mata dengan empunya suara.
"Oh Sehun!" ujar Aera dengan geram. Sehun hanya tersengih nakal sebelum berjalan kearah Aera. Mata Aera masih tajam menjeling Sehun, geram.
"Ha tahu terkejut." sakat Sehun lagi.
"Lama tak nampak kau datang sini." selamba Sehun mengambil tempat duduk disebelah Aera. Aera hanya membiarkan.
Aera melepaskan sebuah keluhan dan Sehun serta-merta memahami. "Haih... Kau belajar rajin sangat ni...", Sehun mengusap lembut kepala Aera.
Aera pantas mengalihkan kepalanya daripada terus disentuh oleh Sehun. Sehun hanya tersenyum sebelum kembali meletakkan tangan disisi.
"Macam mana kau boleh masuk? Bukan studio ni khas untuk pelajar je ke? Kau pecah masuk ke apa?", Aera bertanya dengan ingin tahu. Sehun itu dua tahun lebih tua darinya. Tetapi merupakan bekas pelajar Universiti Seoul juga.
"Aku ada cara aku, Cik Error. Sekarang, main piano. Kau datang sini nak main piano kan?"
"Memanglah. Takkan datang nak tengok muka kau pula." selamba Aera membalas membuatkan Sehun meletakkan tapak tangan didada, seolah-olah ditembak dek peluru oleh kata-kata Aera.
"Ayat kau dari dulu menyakitkan hati je. Nasib baik aku sayang.", ujar Sehun. Aera hanya mengiyakan, tidak mahu berfikir panjang tentang ayat Sehun yang akhir sekali itu.
Fokus Aera kembali pada piano sebelum laju jari-jemarinya menekan not piano. Sehun ralit memerhati riak wajah Aera yang menghayati melodi yang disampaikan.
Nampak macam dia ada didunia yang lain.
▶◀
"Aera nak apa? Cakap. Nanti Mama dengan Papa tunaikan bila Aera dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan."
Aera berpegang pada kata itu. Mungkin juga sebab kenapa dia terlalu bekerja kerasa untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Kini, dia berada diatas pentas dewan Universiti Seoul menerima anugerah dekan yang sekian lama diinginkannya.
Bukan diidami, tapi diingini. Aku bukan nak tapi aku perlu gred yang bagus.
Mungkin sahaja Choi Aera tidak mahu kalah kepada kakak atau abangnya yang lain yang sudah memegang gelaran doktor dihadapan nama mereka.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...