4% - "I just wanna love ya."

227 27 17
                                    

"Helo? Yeoreum. Ni aku, Aera. Tolong aku. Aku lari dari rumah dan aku tak ada tempat nak pergi sekarang.", ujar Aera apabila memastikan pemanggil itu ialah Han Yeoreum. Walaupun jam sudah menunjukkan hampir jam 1 pagi, Aera hanya berlagak selamba.

Padahal dalam hati siapa tahu. Tangan sebelahnya lagi erat memegang tali beg gitar yang tersangkut di bahu. "Ha? Kau lari dari rumah? Aku dah agak satu hari benda ni akan jadi.", dengan selamba juga Yeoreum membalas. Aera menahan dirinya daripada membalas dengan jawapan yang sarkastik.

Nasib baik Yeoreum masih tidak tidur.

Han Yeoreum ialah kawan yang dikenalinya sejak zaman sekolah rendah. Namun, disebabkan mereka berpindah rumah dan berpindah sekolah, mereka terpisah. Nasib baik media sosial sering menghubungkan mereka sehingga sekarang. Sudah hampir empat tahun mereka tidak berjumpa dan Aera tidak menyangka yang mereka akan bersua muka semula dalam situasi begini.

Yeoreum hanya melepaskan sebuah keluhan dihujung talian. "Aku mesej kau alamat rumah aku. Datang cepat.", talian dimatikan. Aera turut merenung telefon bimbit Samsung model terbaru di tangannya itu. Baru sahaja dia menghidupkan kembali telefon bimbit, sudah beratus panggilan tidak berjawab. Antaranya daripada Puan Choi, abang dan kakaknya, juga Sehun.

Sebuah keluhan meniti di bibir Aera. Tiba-tiba, telefonnya bergetar menandakan ada mesej masuk. Mesej daripada Yeoreum.

Tanpa berlengah lagi, Aera menahan sebuah teksi untuk ke alamat yang diberi oleh Yeoreum. Habis hangus duitnya lagi membayar tambang teksi. Dia perlu berjimat mulai sekarang.

Aera bukan lagi pewaris Hospital JH. Dia perlu belajar hidup berdikari, berdiri diatas kaki sendiri tanpa bantuan keluarganya. Aera sanggup, jika itu bayarannya untuk mengecapi impiannya.

Aera menekan loceng rumah Yeoreum. Tidak sampai beberapa saat Yeoreum sudah membukakan pintu. Tanpa ditunggu Yeoreum terus menerpa kearah Aera dan memeluknya. "Ah... Rindunya kau Aera!", Aera hanya membiarkan Yeoreum memeluknya dengan erat.

"Weh... Yeoreum... Aku tak boleh ber... Nafas...", Aera berkata sambil menampar lengan Yeoreum. Yeoreum serta-merta melepaskan pelukannya lalu tersengih.

"Eh, jomlah masuk.", pelawa Yeoreum sambil membuka pintu dengan lebih luas. Sempat lagi mereka membuat sesi jejak kasih walaupun waktu hampir menunjukkan jam dua pagi.

"Ingatkan tak nak ajak aku masuk dah tadi." seloroh Aera sambil membuka sneakers Converse miliknya. Yeoreum menjeling Aera sambil berpeluk tubuh.

"Ewah kau... Nak perli aku pula? Aku halau kau keluar baru tahu." selamba Yeoreum membalas. Aera pula terkaku ditempatnya untuk meletakkan beg galas diatas lantai. Halau? Terus tak jadi mahu meletakkan beg gitarnya pula.

"Woi! Relakslah! Takkanlah aku nak halau kau pula..." kata Yeoreum lalu tertawa kecil. Aera dalam diam menghembus nafas lega.

Baru kali ini dia memandang sekeliling rumah Yeoreum. Luasnya hanya lebih kurang seperti sebuah rumah flat. Cukuplah untuk hanya seorang duduk. Kalau nak dibandingkan, bilik tidur milik Aera lebih besar daripada ruang tamu rumah Yeoreum tetapi Aera tidak kisah.

"Maaflah... Sepah sikit... Kau cakap mengejut gila..." Yeoreum mula mengutip bantal kecil diatas lantai untuk diletakkan diatas sofa. Mangkuk berisi kuah mi segera dibawa ke sinki. Buku yang bersepah diatas meja kaca disusun semula. Aera hanya memandang.

Yeoreum duduk seorang diri kerana dia belajar di bandar. Oleh itu dia terpaksa belajar untuk hidup sendiri, berjauh dari keluarga dan mencari tempat tinggal untuk diri sendiri.

Sememangnya rumah Yeoreum itu hanya satu ruang sahaja. Di satu sudut ada katil single. Ada satu sofa kecil yang hanya memuatkan dua orang duduk bersama satu meja kaca kecil dihadapannya. Satu sudut lagi ada dinding kecil, menunjukkan itu dapur. Hanya ada sinki, satu dapur gas dan kabinet kecil meletakkan hanya beberapa biji pinggan dan cawan beserta sudu dan garfu.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now