39% - "Love is not over, over, over."

103 18 45
                                    

Yoongi melepaskan sebuah keluhan apabila memandang sekeping gambar yang jatuh di atas lantai. Tangan Yoongi mencapai gambar itu.

Gambar Jungkook seorang diri memakai pakaiam seragam sekolah ketika memasuki highschool.

Gambar itu milik Aera, itu yang Yoongi pasti. Kerana Yoongi tidak memiliki gambar itu. Pasti Aera tercicir gambar itu sewaktu bertandang ke rumahnya ketika Yoongi demam tempoh hari.

Lama Yoongi memandang gambar itu. Senyuman Jungkook yang lebar seolah-olah mengejeknya.

Macam mana aku nak bagi tahu perkara yang sebenar dekat kakak kau, Jeon Jungkook? Adakah ini balasan yang aku perlu aku terima sebab aku yang buat kau pergi?

🎹🎹

"Demam kau dah baik ke?", soal Aera sebaik sahaja dia memasuki kereta BMW milik Yoongi. Yoongi mengangguk kecil sambil tersenyum.

"Mestilah. Tengoklah siapa yang jaga aku.", ujar Yoongi. Aera memandang Yoongi pelik.

"Datang dari mana pula tiba-tiba pickup lines kau ni?", ujar Aera sambil menunjukkan jarinya yang terlipat tanda geli. Yoongi hanya tersenyum.

"Ini...", Yoongi menarik keluar sekeping gambar dari dalam dashboard. "Aku rasa ini kau punya.", gambar itu diserahkan kepada Aera. Mata Aera membulat memandang gambar yang diserahkan oleh Yoongi, terkejut.

"Aku cari merata gambar tu, ada dekat rumah kau?", dengan lega Aera bertanya. Yoongi mengangguk. Tangan Aera mencapai gambar itu dan ditenungnya lama, lega. Sudahlah itu sahaja gambar yang dia ada tentang adik kandungnya.

Namun, Aera tersedar. Ini gambar lelaki. Mata Aera mengerling ke arah Yoongi di sebelahnya yang sedang memandu.

"Yoongi, jangan salah faham!", pantas Aera berkata, "I一ini... Adik kandung aku. Kan aku dah cakap aku anak angkat?", suara Aera seperti makin perlahan.

"Aku baru dapat tahu yang aku ada adik... Dialah dalam gambar ni.", Aera mula menjelaskan, "Tapi nak buat macam mana... Bila aku baru nak cari dia, dia dah tak ada.", mata Aera membuang pandangan ke luar tingkap, memandang langit malam yang gelap tanpa bintang.

Tangan Yoongi menggenggam stereng dengan kuat. Nafasnya terasa sesak apabila Aera pula yang menceritakan perkara itu. Tragedi itu kembali bermain di minda Yoongi dengan jelas.

"Nama dia Jeon Jungkook. Ini je gambar dia yang aku ada.", tetapi, Aera masih tersenyum, "Kitorang nampak sama kan?", sambil tersenyum Aera bertanya.

Yoongi meneguk liurnya, terasa seperti ada batu besar yang tersekat di kerongkong. Airmata terasa berlinangan di tubir mata tetapi Aera tidak mengesyaki apa-apa kerana suasana yang agak gelap.

"Ha一ha'ah.", Yoongi menganggukkan kepala, "Korang berdua nampak sama.", balas Yoongi. Suaranya ditahan supaya tidak pecah.

Aera tersenyum sambil merenung gambar itu dan mereka hanya terdiam sehingga tiba di AOPA.

🎹🎹

Sehun memarkirkan keretanya di hadapan bangunan AOPA yang tersergam indah di depan mata. Kelihatan para pelajar AOPA keluar masuk, bersedia untuk menuntut ilmu dan melakukan urusan masing-masing di situ.

Tangan Sehun membuka pintu kereta lalu melangkah keluar dari kereta. Hud putihnya pula disarung supaya dia kelihatan seperti pelajar AOPA. Matanya memandang sekeliling, memastikan orang yang mengenalinya tiada berdekatan.

Destinasinya hanya satu hari ini. Berjumpa dengan Min Yoongi.

Selepas hampir tiga kali tersesat, akhirnya Sehun terjumpa dengan salah seorang pelajar yang menunjukkan pejabat Yoongi. Terima kasih diucapkan kepada pelajar lelaki itu. Sehun memandang ke arah pintu berwarna perang gelap itu.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now