5% - "What am I to you?"

219 22 8
                                    

"Aku rasa kau ni memang berbakatlah, Yoongi.", sebuah senyuman lebar menghiasi wajah jejaka itu setelah Yoongi menamatkan iramanya di piano. Yoongi hanya menjongketkan kening, acah berlagak. Jejaka itu tergelak lalu Yoongi turut tergelak bersama.

Namun, waktu itu pantas berubah kepada tempat lain. Waktu malam.

Kemalangan motor dan kereta. Kaca yang berderai. Bunyi siren ambulans diiselang-seli dengan bunyi orang ramai sibuk memberi arahan. Darah yang banyak. Pandangan yang kabur. Cuaca yang sejuk sehingga mencecah tulang hitam. Salji yang tebal.

Yoongi menjerit lalu membuka matanya. Segala-galanya hanyalah mimpi ngeri baginya. Dahi dan bahagian belakang badan Yoongi dibasahi oleh peluh. Nafas Yoongi naik turun, sesak.

Yoongi bangun terduduk sebelum meraup wajahnya, cuba menstabilkan pernafasan. Airmata yang turut mengalir dipipi dilap menggunakan bahagian belakang tangan. Matanya tertancap pada jam elektronik yang terletak diatas meja kecil bersebelahan katil.

Tepat jam 3 pagi.

Yoongi sudah tidak terkejut. Sudah terlalu lama dia mengalami mimpi ngeri ini dan terbangun pada jam 3 pagi. Yoongi menarik nafas sedalam yang mungkin lalu larut dalam pemikirannya sendiri, dalam keheningan malam.

▶◀

"Dah bangun?", ada suara lelaki menegur Yoongi dari dapur. Yoongi menjongketkan kening. Aroma makanan yang menyelerakan memenuhi segenap ruang rumah Yoongi.

Yoongi menenyeh matanya sebelum dia berjalan kedapur. Kedengaran bunyi seseorang tengah mengisar sesuatu didalam alat pengisar.

"Oh? Bila kau sampai?", Yoongi bertanya, sekadar ingin berbasa-basi. Lelaki yang memakai apron itu meletakkan mangkuk kaca berisi sup diatas meja. Terdapat wap kecil dari sup itu. Sudah banyak lauk yang berada diatas meja. Masih hangat semuanya. Tanpa disuruh, Yoongi terus duduk dimeja makan. Menguap diri dia sekali lagi akibat tidak boleh tidur dengan lena.

Namun, Yoongi sudah terlalu lali.

"Kau tanya soalan tu tiap-tiap hari macamlah aku datang sini jarang-jarang. Tiap hari tahu.", bebel lelaki itu lagi sambil mengambil mangkuk dan penyepit serta alatan makanan yang lain. Yoongi mengukirkan sebuah senyuman kecil. Betul juga.

"Wah...", lelaki itu meletakkan mangkuk dan alatan makanan dihadapan Yoongi, "Muka kau... Kau tak tidur ke apa?", soal lelaki itu lagi. Wajah Yoongi yang nampak tidak bermaya, kantung mata, lesu sahaja. Yoongi hanya mendiamkan diri sebelum meletakkan nasi untuk diri sendiri dan mula menjamu selera.

Lelaki itu hanya mampu melepaskan sebuah keluhan, tidak kisah yang Yoongi tidak menjawab soalannya. Yoongi mula mengunyah nasi tanpa sebarang suara manakala lelaki dihadapannya hanya memerhati dengan ralit.

Lelaki dihadapan Yoongi menelan makannannya sebelum mula berkata-kata. "Yoongi... Tolonglah buat sesuatu dengan hidup kau. Ibu dah bising dekat aku, nasihat aku suruh kau keluar rumah ke, pergi gim ke, apa ke. Mengorat awek ke, ha kan nampak macam normal sikit.", nasihat lelaki itu lagi. Walaupun lelaki itu hanya tua beberapa tahun dari Yoongi, tetapi terasa cara dia bercakap seperti pakcik-pakcik yang sudah umur 50-an.

Pakcik bawang betul.

"Ha!", lelaki itu menepuk meja, "Buat lagu balik ke. Main piano.", Yoongi terhenti dari mengunyah, seolah-olah dia memikirkan sesuatu.

"Seokjin, kau tahu aku tak boleh buat yang tu." dengan perlahan nada suara Yoongi berkata. Seokjin tahu apa yang Yoongi maksudkan tetapi dia hanya melepaskan sebuah keluhan.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now