25% - "Explain it, girl."

171 20 19
                                    

Sehun memarkirkan kereta Audi miliknya dihadapan rumah agam yang terbina indah selepas melepasi pengawal keselamatan yang berjaga. Enjin dimatikan dan Sehun mencapai satu kotak yang agak besar dan berat di tempat duduk sebelah pemandu.

Pintu kereta dibuka dan kereta dikunci. Langkah Sehun mula mendekati pintu rumah kayu itu. Loceng ditekan.

"Siapa tu?", Hansol yang baru sahaja siap mandi sedang mengelap rambutnya yang lembap menggunakan tuala ditangan. Dia melangkah menuruni tangga.

"Makcik, siapa yang datang?", soal Hansol kepada salah seorang pembantu rumahnya. Wanita yang berumur di ambang 40-an tersenyum kecil.

"Encik Oh Sehun datang. Patut ke saya bukakan pintu?", tanya wanita itu.

"Ah! Tak apa. Saya pergi jumpa dia.", ujar Hansol. Wanita itu mengangguk manakala Hansol melangkah mendekati pintu rumah dan membukanya.

"Oh, Hansol. Lama tak jumpa.", sapa Sehun dengan sebuah senyuman. Sehun pun melangkah masuk ke dalam rumah.

"Kenapa kau datang? Aera tak ada dekat sini.", kata Hansol. Sehun menjeling Hansol.

"Woi, kau fikir aku datang sebab Aera je ke? Aku nak hantar ni lah. Mak aku suruh hantar dekat rumah kau sikit makanan yang dia buat.", Sehun mengangkat kotak ditangannya. Hansol mengangguk-angguk.

"Wah, memang timing kau baik punyalah. Aku tengah lapar gila ni.", ujar Hansol lalu mencapai kotak ditangan Sehun dengan pantas. Mereka pun menuju ke dapur dan Hansol pantas membuka bungkusan kotak itu.

Sehun menggeleng-gelengkan kepala. Ini tak lain tak bukan kalau bukan dah lama tak makan masakan dekat rumah. Kasihan.

"Nak makcik panaskan nasi?", pembantu rumah bertanya apabila mendekati Hansol. Hansol mengangguk pantas sambil tersengih. Mereka pun duduk menghadap satu sama lain di meja makan.

"Tapi, tiba-tiba je kau ada. Selalu kalau aku datang, kau mana ada.", ujar Sehun sambil memandang Hansol yang sedang makan dengan penuh berselera.

"Hospital sekarang gila kau tahu. Aku tak balik rumah nak dekat seminggu.", Hansol mula mengadu sambil menggelengkan kepalaya, jelas kelihatan betapa serabutnya kehidupannya sebagai seorang doktor, "Ini pun baru aku dapat rehat.", balas Hansol dengan mulut yang penuh dengan makanan. Sehun memandang dengan penuh bosan.

"Wah... Masakan mak kau memang...", Hansol mengangkat ibu jarinya.

"Mhm.", Sehun menganggukkan kepalanya, "Makanlah, Choi Hansol. Makan."

Hansol tersengih lagi.

Sehun mengetap bibirnya, teragak-agak untuk membuka topik yang agak sensitif. "Keluarga kau macam mana sejak Aera lari?", soal Sehun setenang yang mungkin.

Hansol hanya kekal mengunyah. "Perang dunia ketigalah jawabnya. Tunggang terbalik. Mak ayah aku sibuk cari cara nak bawa Aera balik. Tapi, aku dengar macam senyap je. Macam dah tak paksa Aera balik.", balas Hansol juga dengan tenang.

"Kau tak risau ke?"

"Mestilah risau...", Hansol terhenti makan, "Tapi, Aera dah besar. Dia reti fikir mana baik dan buruk untuk dia. Lagi satu, siapa aku untuk halang dia? Kau tahulah Aera tu keras kepala dia macam mana. Kalau A dia cakap, A lah dia buat.", ujar Hansol. Sehun mengangguk, bersetuju dengan kata-kata Hansol.

Bersetuju sangat-sangat. Lagi-lagi bahagian yang mengatakan Aera merupakan seorang yang keras kepala.

"Kejap. Kau dah jumpa Aera eh?", Hansol bertanya.

"Eh, mestilah. Kau fikir aku ni tunang jenis apa?"

"Aih... Sayang betul kau dekat Aera kan?", Hansol bertanya. Sehun hanya tersenyum kecil. Soalan itu sudah terang lagi bersuluh jawapannya.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now