18% - "What's wrong with you?"

144 18 10
                                    

Lagu Youth oleh Troye Sivan berkumandang memenuhi segenap ruang studio tarian. Terdapat dua orang sedang menari bersama mengikut rentak lagu itu, Eul dan Hoseok. Kedua-dua mereka tersenyum lebar sambil menari, memandang pantulan diri mereka pada cermin.

Tarian itu tamat dan Eul mencapai botol air mineral sebelum diteguk air daripadanya. "Woi, tadi kau sengajakan genggam tangan aku bila aku yang sepatutnya genggam tangan kau?", Hoseok bertanya sambil menghalakan botol air mineralnya kearah Eul.

"Eleh, biarlah. Kau suka kan?", sengaja Eul bertanya sebegitu. Habis tidak keruan Hoseok dibuatnya. Terus Hoseok melarikan pandangannya ke tempat lain manakala Eul sudah tersengih-sengih.

"Jom berlatih Say You Won't Let Go.", ajak Hoseok selepas meletakkan botol air mineral diatas lantai. Pantas mata Eul tajam menjeling Hoseok. Botol air mineral diacah untuk memukul Hoseok.

"Aku cakap berhenti sebut lagu tu kan?", suara Eul memberi amaran. Padahal, pipinya sudah rasa hangat, malu mengingat kenangan sewaktu di sekolah menengah. Lebih-lebih lagi kenangan menari Say You Won't Let Go bersama Hoseok. Gila tak ingat?

Lagu yang menjadi simbolik kepada Eul dan Hoseok sebagai duo tarian. Namun, sejak mereka menjadi dewasa dan graduan sekolah menengah, sudah agak lama mereka tidak menari lagu yang didendangkan oleh James Arthur itu.

Hoseok melangkah mendekati Eul dengan senyuman menyakat. "Kenapa? Tiba-tiba rasa malu?", Hoseok sengaja mendekatkan wajahnya ke wajah Eul. Pantas tangan Eul yang memegang botol air mineral memukul lengan Hoseok menyebabkan Hoseok mengerang kesakitan.

Eul mengambil beberapa langkah ke belakang, ingin menenangkan degupan jantung yang tidak menentu selepas tindakan Hoseok sebentar tadi. Gila betul mamat ni. Hoseok masih lagi mengusap bahagian lengannya yang kesakitan.

"Kau ni dari dulu memang asyik pukul aku. Tempat sama pula tu. Sakit tahu tak?", rungut Hoseok. Eul menjongketkan bahunya tanda tidak bersalah.

"Lain kali aku sepak kaki kau pulalah eh?", perli Eul. Hoseok hanya tersenyum dalam geram. Tangannya mencapai telefon bimbit dari dalam beg galas yang dibawa lalu menekan skrin. Tidak lama kemudian, bunyi petikan gitar yang tidak asing oleh telinga Eul mula berkumandang.

"Woi, Jung Hoseok!", jerit Eul, menahan malu. Hoseok hanya tersenyum kecil sambil meraih lengan Eul, mengajak Eul menari bersamanya tanpa sebarang kata. Eul memandang mata Hoseok sebelum badannya bergerak mengikut rentak lagu. Sudah terlalu sebati dengan lagu ini.

Perkara yang mengejutkan ialah mereka tidak lupa akan langkah tarian lagu tersebut walaupun sudah lama tidak menari dengan lagu itu. Lagu itu hampir sampai penghujungnya dan langkah tarian yang tinggal hanyalah bahagian Hoseok memeluk bahu Eul dari belakang.

Apabila lagu itu tamat, Eul ingin melepaskan dirinya daripada dipeluk oleh Hoseok. Namun, Eul terasa pelukan Hoseok menjadi lebih erat, tidak akan melepaskannya. "Jung Hoseok, baik kau lepaskan aku sekarang.", Eul mula memberikan amaran.

Tetapi, Hoseok makin mengetatkan pelukannya, kini meletakkan dagunya diatas bahu kanan Eul. "Kenapa? Kau nak belasah aku ke kalau aku tak lepaskan kau?" tanya Hoseok.

Lagi mahu tanya mamat ni. "Ha'ah." ringkas Eul menjawab sebelum merungkai lengan Hoseok dan memulas lengan Hoseok ke belakang badan.

Tetapi, tindakan refleks menyebabkan Hoseok kini memegang kedua-dua lengan Eul, menahan Eul daripada membuat apa-apa. Mata Eul membulat, terkejut. Mana pula Hoseok belajar?

"Jangan lupa. Sejak kau asyik belasah aku, aku dah nekad belajar pertahankan diri.", berlagak sahaja nada suara Hoseok menyebabkan Eul menjulingkan matanya. Sinis Eul tersenyum sebelum menolak tangan Hoseok menyebabkan Hoseok jatuh terbaring atas lantai.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now