"Daripada jadi girlfriend aku bila lagu aku dapat nombor 1...", Yoongi mula membuka mulutnya. Matanya tidak lepas dari memandang mata Aera.
"Tak boleh ke sekarang je kau jadi girlfriend aku?"
Aera meneguk liurnya, tidak tahu mahu membalas apa. Habis berterabur kosa katanya setelah mendengar ayat Yoongi. Tangan Yoongi mencapai kotak tisu dan menyerahkannya kepada Aera.
Yoongi kembali duduk seperti biasa. "Jawapan kau?", tanya Yoongi lagi.
"Kau makan je boleh tak?", dengan geram Aera bertanya. Rasa macam tak hadam piza yang dikunyahnya sebentar tadi. Yoongi tertawa kecil, kembali mencapai piza yang berbaki separuh.
"Ingat deal kita.", selamba Yoongi berkata.
Ya, takkan aku boleh lupa perjanjian paling gila yang pernah aku buat sepanjang 23 tahun aku hidup?
🎹🎹
"Aera, Aera, Aera.", sebaik sahaja Aera memasuki bilik yang dikongsi bersama Eunhae, Eunhae terus menarik tangannya. "Sini, sini.", Aera membiarkan dirinya diheret oleh Eunhae dengan terpinga-pinga. Eunhae mendudukkan Aera diatas katil.
"Apa?", soal Aera sambil meletakkan begnya diatas lantai.
"Tengok ni.", Eunhae menunjukkan telefon bimbitnya. Aera pun membaca apa yang tertera pada skrin telefon bimbit Eunhae.
'Suga akan membuat comeback sebagai produser dengan sebuah lagu bersama seorang penyanyi wanita baru.'
'Peminat tidak sabar untuk mendengar buah tangan terbaru Suga setelah menyepikan diri daripada industri hiburan selama tiga tahun.'
@/galaksijimin- OMG TAK SABAR THE KING IS BACK
@/jeonlattae the king of chart is back
@/-eatji hide ur fav bcs his song going to #1 all kill wait and see
@/stopsleepingonbtshyunglinegdi AFTER 3 MOTHERF***ING YEARS
@/deathbymono he's still alive????
"Tak sangka Yoongi akan kembali dekat industri.", dengan girang Eunhae berkata sambil menarik kembali telefon bimbitnya, "Tapi... Siapa penyanyi tu? Tak ada maklumat pasal dia...", gumam Eunhae.
Aera mengetap bibirnya rapat, ringan sahaja mulut untuk memberitahu perkara sebenar. "Kau tahu tak siapa penyanyi yang akan nyanyi lagu baru Yoongi?", tanya Eunhae.
Lidah Aera kelu.
"Eunhae..."
"Ya?"
"Sebenarnya kan...", teragak-agak Aera berkata. Memikirkan baik dan buruknya. Hujung jarinya bermain dengan hujung lengan baju.
"Akulah penyanyi yang akan nyanyi lagu baru Yoongi tu."
"Ha?!"
Aera hanya menggaru keningnya dengan rasa serba-salah sambil memandang Eunhae yang memandang dengan mata yang terbuntang.
🎹🎹
"Ish! Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal?", soal Eunhae, wajahnya jelas tidak puas hati. Aera mengetap bibirnya selepas menceritakan semua perkara daripada pertemuan pertamanya sehingga ke hari ini.
Namun, menolak bahagian Yoongi suka kepadanya. Perincian yang betul pun Aera tidak ceritakan. Tidak perlu rasanya. Cukuplah Eunhae faham bagaimana Yoongi boleh terpikat kepada suaranya.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...