Perjalanan didalam kereta BMW milik Yoongi hanya sunyi sepi ditemani sayup-sayup bunyi DJ di corong radio berceloteh. "Sun&Moon kan?", Yoongi mula bertanya sambil jari menaip kafe Sun&Moon di GPS kereta miliknya. Aera menggigit bibir. Dilema lagi mahu memberitahu tempat kerjanya yang baharu.
"Tak.", ringkas Aera menjawab membuatkan Yoongi memandang Aera sambil menjongketkan kening, "Aku kerja dekat tempat lain. Biar aku...", Yoongi pula mengalihkan tangannya, membiarkan Aera menaip alamat.
Yoongi pun mula memandu ke arah tempat yang ditaip oleh Aera. Beribu soalan mula berputar diminda Yoongi. Kenapa dia dah tak kerja dekat Sun&Moon? Berhenti? Kalau berhenti, kenapa? Kena pecat? Kenapa kena pecat?
Tapi, Yoongi tahu. Mustahil gadis itu akan memberitahunya perkara sebenar. Nanti tak pasal kena dengan lidah Aera yang tajam. Buat sakit hati sahaja.
Aera berasa sedikit lega yang Yoongi tidak bertanya dengan lebih lanjut mengapa dia telah bertukar tempat kerja. Dia memerlukan sedikit privasi untuk dirinya sendiri dan dia bersyukur kerana Yoongi seperti memahami.
"Kau serius tak nak letak beg gitar tu dekat belakang? Rosak gitar, sakit belakang badan kau baru padan muka.", selamba Yoongi berkata. Aera menjeling Yoongi.
"Kalau aku sakit badan ke, gitar rosak ke, kau sibuk kenapa?", gumam Aera perlahan sebelum meletakkan beg gitar diatas riba dan memeluknya. Memang sampai ke sudah dia tidak akan menurut apa yang Yoongi suruh.
Entah kenapa, daripada rasa sakit hati, rasa seperti mahu tersenyum mendengar ayat yang keluar dari mulut Aera. Geli hati mendengar. Senyuman kecil mula terukir di bibir Yoongi.
Kereta itu pun berhenti dihadapan sebuah kedai. Yoongi menjenguk ke luar tingkap, melihat kedai yang menjadi tempat kerja Aera itu. Sebuah kedai menjual DVD. Menarik.
"Ini ke tempat kau kerja?", Aera hanya mengangguk perlahan sambil membuka tali pinggang keledar. Yoongi mengetuk stereng perlahan, kekok dengan situasi mereka kini.
"Kau balik pukul berapa?", tersentak Yoongi apabila mendengar ayat itu keluar daripada mulutnya dengan lancar. Kejap. Apa yang aku baru cakap?
Aera turut memandang Yoongi dengan pelik. Apa jenis soalankah yang mamat ni baru tanya dekat aku? Yoongi berdehem, memecahkan situasi janggal diantara mereka. Mimik muka sengaja dikawal, seolah-olah perkara yang ditanyakannya hanyalah biasa-biasa.
"Aku tak rasa yang kita cukup rapat untuk kau tanya soalan macam tu.", Aera memberikan pendapatnya. Yoongi tersenyum kecil membuatkan Aera terpana buat kali kedua pada malam itu. Nampak seperti tenang sahaja riak wajah Yoongi dibawah lampu jalan yang malap, membiaskan cahaya pada rambutnya yang lembut berwarna hitam gelap.
"Kau tak payah nak fikir macam-macam. Salah ke aku nak ambil berat tentang pelajar aku sendiri?", Aera menjeling Yoongi. Habis musnah fantasi dia sebentar tadi. Kau tak perlu berangan sangatlah Aera.
"Aku tak rasa seorang cikgu ambil berat pasal pelajar dia sampai macam ni.", perli Aera kembali. Yoongi menghelakan sebuah nafas. Sabar, Yoongi... Sabar...
"Aku pergi dulu.", Aera terus membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Bunyi pintu kereta tertutup membuatkan Yoongi geram. Wah... Mulut laser dia tu memang setiap kali menyengat.
Kepalanya ditoleh kearah Aera yang berjalan masuk kedalam kedai DVD itu. "Satu...", Yoongi mula mengira sambil memandang Aera yang kekal melangkah, "Dua...", Aera mula menolak pintu kaca membuatkan Yoongi tertawa kecil.
"Dia tak toleh pula.", Yoongi tersenyum sambil menggelengkan kepala. Tangan kirinya mula menggenggam gear tangan sebelum kereta BWM miliknya beredar dari kawasan itu.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...