Shit. Itu bukankah...
"Park Jimin?", ujar Yoongi, tidak percaya. Belum sempat minda Yoongi memproses perkara yang berlaku, Aera telah menyeret Yoongi untuk berjalan dengan lebih pantas. Atau lebih tepat, menuju ke arah Yeoreum.
Mereka berhenti tepat-tepat dihadapan Yeoreum dan jejaka yang tidak dikenali oleh Aera. Apabila bertentang mata dengan Aera, Yeoreum terus terhenti dari melangkah, matanya membulat, terkejut. Yoongi pula menjeling jejaka yang berada disisi Yeoreum.
🎹🎹
Suasana di antara mereka berempat terasa tegang, tiada siapa yang berani bersuara walaupun hampir 10 minit berlalu. Aera mencapai gelas minuman sebelum disedutnya, matanya masih memandang sahabat baiknya yang duduk menghadapnya.
Kini mereka berada di salah sebuah restoran di dalam kompleks beli-belah itu. Nasib baik keadaan restoran itu boleh dikatakan agak tertutup dan tidak terlalu ramai pelanggan.
Yoongi pula hanya berpeluk tubuh, matanya tidak lepas memandang Jimin yang kelihatan relaks sahaja sambil bersandar pada kerusi, tangannya bermain dengan telefon bimbit.
"Apa yang kau buat dekat sini?", Aera mula menanyakan soalan, namun, soalan itu lebih berbunyi mengapa Yeoreum datang ke sini bersama jejaka disebelahnya.
Yeoreum mengetap giginya, matanya menjeling ke arah jejaka disebelah Aera. Inilah jejaka mencurigakan yang bertanya tentang Aera di Sun&Moon. Apa yang Aera buat dengan mamat tu?
"Kau buat apa dekat sini?", Yeoreum menekankan perkataan kau didalam ayatnya. Matanya jelas menjeling Yoongi disebelah Aera. Yoongi terus mengalihkan pandangannya, cuak juga dengan Yeoreum, seperti mahu menelannya hidup-hidup. Kalau aku tak silap pandang tadi, Aera tengah pegang tangan mamat ni.
"Kau buat apa dengan mamat tu?", serentak Aera dan Yeoreum bertanya. Jimin dan Yoongi terus mengangkat wajah apabila menyedari mereka mula memasuki perbualan diantara dua sahabat baik itu.
"Aku date dengan Aera."
"Aku tak ada kaitan dengan mamat ni."
Yeoreum dan Yoongi menjawab serentak. Jimin terus memandang Yeoreum dengan tidak puas hati. "Kau cakap kau tak ada kaitan dengan aku...? Wah...", Jimin menggelengkan kepalanya. Aera menghembuskan nafas lega, nasib baik Yeoreum tak ada apa-apa dengan mamat pelik ni.
"Apa?! Kau orang... Couple ke?", bergilir-gilir mata Yeoreum memandang Yoongi dan Aera. Aera meneguk liurnya apabila terasa mata Yeoreum tajam menusuk, meminta penjelasan.
"Well... Benda dah jadi...", teragak-agak Aera membalas manakala Yeoreum masih memandangnha dengan tidak puas hati. Jimin pula menopang dagunya sambil memandang Aera dengan penuh minat.
"Aduh, melepaslah aku nampak gayanya. Girlfriend Encik Min rupanya.", ujar Jimin dengan penuh selamba. Terus Yeoreum menampar bahagian belakang kepala Jimin dengan kuat. Yoongi menjeling Jimin tajam manakala Aera memandang Jimin dengan pelik.
"Ah! Sakitlah!", rungut Jimin sambil mengusap bahagian belakang kepalanya.
"Kau jangan pernah terfikir nak cuba member aku. Aku sepak kau melambung sampai atas Eiffel Tower.", keras suara Yeoreum memberi amaran. Jimin hanya mencebik.
"Aku gurau jelah... Habis tu, kau nak aku biar je awek lawa macam dia?", ujar Jimin lagi. Yeoreum mengacah untuk menampar lagi Jimin tapi Jimin pantas melindung dirinya sendiri dengan menggunakan tangan. Yoongi memandang Jimin dengan tidak percaya.
"Kau fikir aku nak ke dekat kau?", tajam lidah Aera berkata sambil menjeling Jimin. Jimin terus memegang dadanya, seperti terluka.
Mamat ni... Memang ada fius longgar agaknya.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...