Bibir Aera melepaskan keluhan buat kesekian kalinya. Kakinya hanya bermundar-mandir di taman yang berdekatan dengan blok asrama. Aera tidak berani untuk menjejakkan kaki di dalam bilik yang dikongsi bersama Eunhae.
"Aku dulu yang suka dia, aku dulu yang ada hubungan dengan dia, aku kenal dia lebih lama dari kau! Aku yang jatuh cinta dengan dia dulu!"
Ayat Eunhae itu terngiang-ngiang di dalam minda Aera. Aera masih tidak boleh melupakan riak wajah Eunhae ketika menuturkan ayat itu. Keikhlasan, cemburu, cinta, terdesak, segala perasaan bercampur-baur. Merah padam wajah putih melepak Eunhae ketika melangkah keluar dari bilik tarian.
Bersalah? Ya, Aera rasa bersalah sejujurnya walaupun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Tetapi, Eunhae juga secara teknikalnya tidak bersalah. Sudah namapun suka, mestilah kau mahukan perhatian orang itu.
Aera duduk diatas bangku dan meraup wajahnya. Bibir Aera melepaskan keluhan buat kesekian kalinya. Tidak sangka Eunhae masih menaruh perasaan terhadap Yoongi. Daripada rasa marah, Aera lebih berasa kasihan terhadap teman sebiliknya itu.
Boleh pula aku tersepit diantara cinta tiga segi. Woi, penulis. Kau memang suka buat watak utama kau merana eh? Kau sadist ke apa?
Tiba-tiba, Aera berdiri. "Aku relaks sahajalah. Bukan aku buat salah pun. Lagi satu, sampai bila aku nak mengelak dia?", Aera memberi semangat kepada diri sendiri. Tangannya digenggam penuh keazaman. Keberanian mula digagahkan apabila langkah kaki Aera menaiki tangga untuk menuju ke biliknya.
Nafas ditarik dan dihembus. Tangan Aera memasukkan kunci lalu memulas tombol pintu. Perasaan berdebar mula menggila didalam hati. Kaki Aera memasuki bilik.
Kosong. Tiada sesiapa diatas katil Eunhae. Dahi Aera berkerut. Aera membuka pula pintu bilik air. Batang hidung Eunhae tidak kelihatan dimana-mana.
"Mana pula minah ni pergi...", bebel Aera sendiri, keliru. "Dia tak masuk bilik ke?", Aera berteka-teki sendiri. Makinlah rasa bersalah bertambah di hati Aera. Akhirnya, dia terduduk diatas katil, merenung katil Eunhae yang kemas berlipat.
Aduhai, Eunhae...
🎹🎹
Cuma, satu perkara yang Aera terlupa. Eunhae ialah gadis popular dan khabar angin tersebar cepat. Aera dapat merasakan jelingan dan bisikan pelajar AOPA ketika Aera berjalan di laluan utama AOPA.
"Ah, gila aku macam ni.", gumam Aera sendiri. Langkah kaki Aera memasuki dewan kuliah dan dia dapat merasakan pandangan terarah kepadanya.
"Itulah dia."
"Choi Aera? Bukan ke dia yang kata masuk AOPA guna orang dalam?"
"Tak tahu malu betul. Mentang-mentang orang kaya."
"Alah, bukannya lawa mana pun. Macam mana dia boleh rampas boyfriend Eunhae?"
"Diakan orang kaya..."
Aera hanya duduk ditempat biasanya. Wajahnya dibuat sedingin yang mungkin, wajah normal Aera.
"Hei Choi Aera. Seronok ke rampas boyfriend orang?", ada suara jahat seorang pelajar perempuan bertanya dari belakang. Terdapat tawa nakal mengiringi ayat pelajar perempuan itu.
"Fikir kau ada duit kau boleh buat segalanya? Kau ni memang tak tahu malu kan?", salah seorang perempuan lagi bertanya. Aera menutup bukunya dengan kasar dan menjatuhkan pennya diatas meja.
Bising betullah nyamuk-nyamuk ni.
Aera menoleh lalu memandang kearah mereka. Pandangan maha ais dihadiahkan kepada pelajar perempuan yang sibuk duduk mengutuknya.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...