37% - "Oh, could you tell me?"

135 19 63
                                    

"Saya?", tanya Aera apabila satu kelas menuding jari ke arahnya. Mata Aera tepat memandang wajah Yoongi yang memandang tepat matanya, jarinya turut menuding ke arah dirinya. Mulut Aera ternganga, tidak percaya.

Yoongi memeluk tubuh sambil memandang keseluruhan kelas, kepalanya mengangguk kecil. "Secara majoriti, awak terpilih.", ujar Yoongi sambil menulis nama Aera di atas kertas yang disediakan. Aera mengetap giginya sambil mengepal penumbuk, geram. Aku betul-betul tak suka bertanding dalam permainan tahu tak? Sengaja betullah dia ni.

"Saya akan sertai dengan Choi Aera dalam salah satu permainan.", kata Yoongi sambil turut menulis namanya sendiri di atas kertas. Dahi Aera berkerut, tidak mengerti akan niat sebenar Yoongi. Apa yang dia cuba rancang sekarang?

"Pelajar seterusnya?", Yoongi kembali dalam prosesnya untuk memilih pasangan pelajar lain untuk karnival mini bagi warga AOPA hujung minggu ini.

🎹🎹

Aera menjeling tajam banner tertulis karnival mini bagi warga AOPA yang tergantung di tiang lampu. Kalau pandangan Aera ialah laser, banner itu sudah tentu berlubang. Ini semua sebab Min Yoongi, tak guna betul.

Terdapat pelajar sedang berjual beli di booth yang tersedia. Booth makanan dan minuman, booth cenderahati, dan permainan mini seperti membaling dart. Muzik juga berdentum menandakan acara sudah bermula dan berlangsung dengan meriah.

Namun, di sebalik segala kemeriahan itu, Aera masih berasa geram.

Mata Aera ternampak Yoongi yang duduk di bawah khemah yang disediakan. Apa lagi, langkah Aera terus laju menuju ke arah Yoongi. Yoongi sedang mengira duit hasil kutipan jualan makanan dan minuman booth pelajar jurusan piano.

"Perhatian kepada warga AOPA. Kepada sesiapa yang telah mendaftarkan nama untuk acara rasmi AOPA, sila hadirkan diri ke dataran AOPA. Saya ulang, perhatian kepada warga AOPA. Kepada sesiapa yang telah mendaftarkan nama untuk acara rasmi AOPA, sila hadirkan diri ke dataran AOPA kerana acara akan bermula sebentar lagi. Terima kasih."

Yoongi mengangkat wajahnya dan bertentang mata dengan Aera. Senyuman kecil terukir di bibir Yoongi membuatkan Aera semakin geram.

Kau boleh senyum waktu sebegini? Seriously?

"Jom kita pergi.", Yoongi meletakkan papan klipnya diatas meja sebelum berjalan ke arah Aera. Aera berpeluk tubuh sambil memandang Yoongi dengan tidak puas hati. Mereka pun mula berjalan beriringan ke dataran AOPA.

"Kenapa kau heret aku masuk game sekali? Aku malas tahu tak?", ujar Aera sambil memandang Yoongi.

"Kau akan tahu nanti.", balas Yoongi, matanya hanya memandang ke depan. Mereka makin menghampiri dataran AOPA dan kebanyakan pelajar kelihatan sangat teruja untuk ke dataran. Aera memandang mereka pelik. Kita akan main permainan seperti sukan sahaja, kenapa budak-budak ni teruja sangat?

Apabila mereka tiba di dataran, Yoongi sempat menarik lengan Aera untuk mendekatinya, supaya Aera tidak hilang di dalam lautan manusia. Aera sedikit tersentak tetapi membiarkan sahaja. Para pelajar mula memenuhi sekeliling pentas, teruja untuk melihat peserta yang mengambil bahagian dalam permainan yang dipertandingkan. Riuh-rendah suasana pelajar bersembang sesama-sendiri.

"Tapi kan, kita main game apa?", tanya Aera, terjongket-jongket sedikit untuk melihat apa yang ada di atas pentas.

"Nanti kau tahulah.", ringkas sahaja jawapan Yoongi membuatkan Aera menjelingnya sekali lagi. Berahsia betullah dia ni.

"Jom kita pergi sana. Peserta kena duduk sana.", ujar Yoongi, kali ini menggenggam tangan Aera untuk berjalan bersamanya. Mata Aera sedikit membulat tetapi terpaksa diheret sekali bersama Yoongi.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now