10% - "Say what you want."

191 21 23
                                    

Oh Sehun
goodluck cik error
aku akan support kau tak kira kau buat apa
do your best! :)

Aera tersenyum apabila membaca mesej itu. Dia teringat akan malam semalam, dimana dia ternampak papan iklan untuk ujibakat kemasukan ke Academy Of Performing Arts. Terasa jantung melompat keluar akibat terlalu teruja. Sudah mampu membayangkan segala keseronokan yang dialami apabila mempelajari perkara yang disukainya.

Terasa senyumannya lebar sehingga ke telinga. Sambil bekerja, dia terfikir untuk membuat persembahan apa untuk ujibakat itu. Main gitar? Main piano? Nyanyi? Campur? Aera keliru. Tapi tetap tidak mengurangkan keterujaannya.

"Hai, gembira nampak. Kau baru dapat tawaran pergi belajar muzik ke apa?", itu ayat pertama yang Yeoreum katakan kepada Aera apabila Yeoreum duduk disebelah Aera didalam bas. Aera membulatkan matanya.

"Mana kau tahu?", dahi Yeoreum berkerut. Eh?

"Ada ujibakat untuk masuk AOPA. Dalam sebulan lagi.", ucap Aera dengan teruja. Yeoreum, yang jenis terlebih ekstra, menjerit keterujaan disitu juga sambil memegang tangan Aera.

"Weh! Biar betul? Jadi kau masuklah? Kau nak nyanyi ke?", soal Yeoreum bertalu-talu. Aera menjeling Yeoreum.

"Dah tu, takkan aku nak menari pula?", balas Aera. Yeoreum menoleh untuk memandang Aera sebelum sebuah senyuman penuh bermakna dilemparkan.

"Pun boleh. Kau pun minat menari juga kan?", Aera menampar bahu Yeoreum menyebabkan Yeoreum ketawa. Aera tersenyum.

Apa-apa yang berkaitan dengan muzik, aku suka. Aku tak kisah. Aku bahagia.

▶◀

Aera duduk termenung bersama gitar duatas riba dan buku nota terbuka dihadapan matanya. Pensilnya dipegang untuk menulis lirik lagu dan not lagu. Bibirnya diketap kuat, pipi diketuk dengan pensil beberapa kali.

Sudah hampir dua jam dia duduk begitu, memikirkan lirik yang tidak kunjung tiba. Tiba-tiba sahaja, mindanya melayang kepada pertemuannya bersama jejaka putih melepak itu beberapa hari lepas.

'Strange Guy'

Tak tahu mengapa
Mindaku teringat pada dia
Dia jejaka misteri
Tanpa ku ketahui
Asal usulnya dari mana
Apa nama dia
Dia lelaki misteri

Aera mula memetik gitar secara rawak, memainkan melodi yang merdu sambil menyanyikan lirik lagu yang baru tercipta didalam minda. Namun, Aera terhenti memetik gitar sebelum melepaskan sebuah keluhan.

"Ei, benda merepek apa pula aku cakap ni...", rungut Aera sebelum kembali menconteng keseluruhan ayat yang ditulisnya menggunakan pen berdakwat hitam. Kepalanya digaru, serabut. Idea, oh idea!

"Weh, aku keluar dulu.", tiba-tiba Yeoreum berkata.

Aera hanya sempat membalas "Mhm.", sebelum bunyi pintu tertutup kedengaran. Ruang apartmen yang sedia ada senyap itu bertambah sunyi dengan ketiadaan Yeoreum. Aera baru tersedar sebelum tangannya mencapai telefon bimbit.

Sudah hampir jam tiga pagi.

Mata Aera berkerdip-kerdip. Ke mana pulalah si Yeoreum pergi pada waktu-waktu sebegini? Pelik juga. Tetapi, Aera kembali menggelengkan kepala, ingin fokus kepada lagunya. Gitar dipetik sebelum lagu Starlight oleh Taeyeon ft. Dean dinyanyikan oleh Aera.

Aera terus bangun terduduk. Matanya terbuka lebar. Tangan pantas mencapai telefon bimbit. Baru jam enam pagi. Waktu yang tepat untuk pergi ke kerja. Sebuah nafas lega dilepaskan oleh Aera, ingatkan dia sudah lambat.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now