Aera memainkan pen pada jari jemarinya, minda ligat memikirkan lirik pada melodi yang diciptanya kelmarin. Namun, kertas dihadapannya hanya penuh dengan hasil contengan.
Suasana didalam perpustakaan AOPA senyap, sudah nama pun perpustakaan. Aera sudah menyiapkan tugasannya dan sedang memerah otak, mencari idea untuk menulis lirik.
Tidak lama kemudian, Aera menghantukkan kepalanya keatas meja. "Tak ada idea...", gumam Aera sendiri. Mindanya buntu.
Bagaimana artis yang menulis lirik melakukan perkara ini? Bukannya senang untuk mencipta lirik yang sesuai dengan melodi dan sedap untuk didengari serta mudah dinyanyikan oleh penyanyi?
Tiba-tiba, telefon bimbit yang diletakkan ditepi susunan buku bergetar, menandakan ada mesej masuk. Aera menyeret skrin telefon bimbitnya untuk membuka mesej.
Min Yoongi
lagu dah siap"Ha?!", serta-merta Aera berdiri menyebabkan semua mata yang berdekatan menoleh dan menjeling kearahnya. Aera menutup mulutnya, matanya masih membaca mesej itu dengan tidak percaya.
Biar betul?
Aera kembali duduk bersama senyuman yang paling lebar, gembira bercampur teruja. Telefon dipeluk ke dada sebelum mesej itu dibaca berkali-kali.
Telefon bimbit bergetar sekali lagi.
Min Yoongi
minggu depan boleh mula rakaman
dengar guide ni
[audio]Aera tersenyum lalu mengemaskan segala alat tulis dan bukunya ke dalam beg. Langkah kakinya melangkah keluar dari perpustakaan.
Sebaik sahaja berada di luar perpustakaan, Aera terus melompat keterujaan dan melakukan pelbagai jenis aksi untuk mengekspresikan kegembiraannya yang tidak terhingga. Sehingga ada dua tiga pelajar menoleh lalu memandang Aera dengan pelik.
Nafas ditarik dan dihembus, cuba menenangkan perasaan teruja yang membuak-buak. Tangan mula mencapai fon telinga didalam poket kiri beg galas. Langkah kakinya mula menuju ke taman kecil di tepi blok utama AOPA.
Aera mula mengambil tempat duduk diatas salah sebuah bangku yang disediakan disitu. Cuaca pula agak redup sahaja pada hari ini, angin bertiup nyaman. Sesuai betul. Taman itu pula tidak ramai pelajar yang lalu-lalang.
Fon telinga mula dipakai bersama debaran didalam hati. Audio yang dihantar oleh Yoongi mula berkumandang.
Kepala Aera mula bergerak perlahan mengikut rentak lagu. Bibir Aera tidak dapat ditahan senyumannya. Gembira benar. Minda Aera mula membayangkan dirinya menyanyikan lagu yang dihantar oleh Yoongi, dengan guide dinyanyikan sendiri oleh Yoongi.
"Wah... Macam manalah dia buat lagu yang sedap macam ni?", komen Aera sendiri, agak kagum juga dengan kebolehan Yoongi. Nampak gayanya, aku kena buat carian pula tentang lagu yang dihasilkan oleh Yoongi.
Entah kenapa pula, lagu yang dicipta oleh Yoongi sangat menepati cita rasa Aera. Tiada komen yang negatif dapat Aera lontarkan kepada Yoongi. Hanyalah tepukan diiringi pujian. Telefon Aera bergetar lagi.
Lirik lagu itu Yoongi hantar dan Aera mula membacanya. Audio mula dimainkan sekali lagi sambil Aera membaca liriknya. Sekali lagi, Aera kagum.
Bagaimana Yoongi boleh menyampaikan perasaan seseorang dengan sempurna, dengan hanya menggunakan beberapa baris ayat yang disusun supaya sedap bunyinya, puitis dan mengikut rentak lagu? Genius ke apa mamat ni?
Apabila Aera khusyuk membaca, Aera terasa bahunya dicuit oleh seseorang. Pantas kepala Aera menoleh. Ada seseorang mula duduk disebelahnya.
"Kau dengar apa? Leka betul.", tegur Eunhae dengan sebuah senyuman. Tangan Aera pantas mencabut salah satu fon telinga.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...