36% - "I want it this love, I want it real love."

151 19 27
                                    

Aera melangkah masuk ke dalam bangunan Hospital JH. Tiba-tiba, perkara yang dilakukannya sekarang membawa kembali kenangan lama. Ini mungkin akan jadi tempat kerja aku jika aku tidak berada di AOPA. Aera tersenyum kecil.

Tak sangka yang aku sebenarnya penyanyi sekarang.

Kakinya melangkah, mencari bahagian Psikologi, matanya ralit memandang ke sana dan ke mari, seolah-olah mencari seseorang.  "Mana dia ni...", gumam Aera sendiri. Kejap-kejap matanya memandang pada jam yang terlilit di pergelangan tangan.

Tiba-tiba, Aera terasa bahunya dipeluk dari belakang sebelum dia terasa ada seseorang membuat headlock. Kepala Aera terus menoleh ke arah gerangan yang berbuat begitu kepadanya.

"Ah! Abang! Lepaslah!", rungut Aera sambil menampar-nampar lengan abangnya itu. Seungcheol hanya tersengih-sengih lalu menjelirkan lidahnya, tanda tidak mahu. Sebelah lagi tangannya terus mengusap rambut Aera, sengaja menyerabutkan rambut Aera.

"Ha! Sampai pun adik abang. Ingatkan lepas lari dari rumah tak nak jumpa abang dah. Aera banyak lagi hutang McD tak bayar dengan abang tahu?", bebel Seungcheol, masih tidak melepaskan headlock. Pesakit dan jururawat yang lalu-lalang memandang mereka dengan pelik tetapi Seungcheol masih tersengih. Jujur, dia rindu kepada adiknya itu.

"Tak rindu abang ke?"

"Tak!"

Ah, sepatutnya aku tak datang lawat dia hari ini. Buang masa aku dan buang duit aku sahaja sebab bersetuju untuk jumpa dengan dia, kononnya mahu menjadi adik mithali.

"Abang! Lepaslah!", suara Aera semakin kuat, kali ini dia mencubit lengan Seungcheol pula. Akhirnya, Seungcheol melepaskan headlock tetapi tangannya masih di atas bahu Aera.

"Aera?"

Oh shit. Aku kenal suara itu.

Mata Aera terus memandang ke arah tuan punya suara dan dia bertentang mata dengan seorang jejaka berkulit putih melepak. "Yoongi.", tegur Aera. Sudahlah aku mengelak Yoongi sejak perkara kelmarin berlaku. Segan aku masih tidak habis.

Mata Yoongi memandang tangan Seungcheol yang memeluk bahu Aera. "Oh?", Seungcheol seperti menuding jari ke arah Yoongi, "Saya rasa macam kenal encik...", ujar Seungcheol, mindanya ligat berfikir. Yoongi menoleh ke arah jejaka yang berdiri di sebelah Aera.

Kejap. Aku kenal mamat ni.

Mata Aera berkerdip-kerdip. Abang aku kenal Yoongi? Kebetulan apakah ini?

"Abang kenal Yoongi?", soal Aera, sedikit keliru. Seungcheol menganggukkan kepalanya.

"Abang?", giliran Yoongi pula untuk keliru.

"Ah... Yoongi ni kawan satu sekolah abang dulu.", ujar Seungcheol sambil menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Yoongi. Yoongi hanya tersenyum sambil berjabat tangan dengan Seungcheol, mengiyakan sahaja.

"Yoongi, ini abang... Nak kata abang pun tak abang juga...", sengaja Aera menyindir. Tajam mata Seungcheol menjelingnya membuatkan Aera menahan tawa.

"Bolehlah nak kata abang.", akhirnya Aera memutuskan.

"Abang, ini Yoongi. Dia... Banyak gelaran juga yang dia ada tapi dia produser untuk lagu Aera.", Seungcheol menganggukkan kepala sambil melongo, kagum.

"Wah... Kebetulan betullah. Kita semua boleh terjumpa dekat sini. Kau... Kenapa datang hospital? Kau sakit ke?", sengaja Seungcheol berbasa-basi. Sudah lama juga aku tidak berjumpa dengan mamat ni.

"Ah... Tak adalah. Aku melawat kawan yang sakit.", balas Yoongi membuatkan Seungcheol mengangguk.

"Aku pergi dululah.", Yoongi meminta diri.

CINTA PERTAMA. » min yoongiWhere stories live. Discover now