Yoongi mengunyah roti bakar seorang diri bersama secawan kopi yang menghasilkan asap kecil, tanda masih panas dihadapannya. Aroma kopi tersebut memenuhi segenap ruang dapur. Rumahnya sunyi sepi tanpa kehadiran Seokjin. Mungkin lelaki itu sibuk dengan urusannya sendiri. Biasalah. Masing-masing ada kehidupan masing-masing.
Namun, matanya tertancap kepada sebuah piano berwarna perang gelap yang terletak disudut ruang tamunya itu. Piano itu sudah agak lama, namun Yoongi masih menyimpannya atas unsur sentimental. Piano itu banyak mengajarnya.
Setelah selesai mengalas perut, Yoongi mencuci tangannya dan peralatan memasak yang digunakan dan mengelap tangannya menggunakan kain. Entah kenapa, ada daya tarikan ibarat magnet yang menarik dia kearah piano berona perang gelap itu.
Setapak demi setapak langkah Yoongi atur kearah piano itu. Tangannya mula menyentuh papan kekunci piano yang tertutup. Dia dapat merasakan sensasi sejuk dihujung jarinya apabila dia menyentuh piano itu. Yoongi menarik dan menghembuskan nafas.
Walaupun Yoongi sudah kembali ke industri muzik, dia masih tidak menyentuh piano miliknya dan juga piano dimana-mana. Mungkin kerana kejadian itu, Yoongi menjadi takut. Mungkin takut perkara yang sama bakal berulang lagi. Entah bila kali terakhir tangannya menyentuh piano, dia tidak ingat. Sudah terlalu lama.
Yoongi duduk menghadap piano itu sebelum membuka penutup papan kekunci piano itu. Papan kekunci dihiasi warna hitam dan putih menghiasi pandangan Yoongi. Perlahan-lahan, jari-jemarinya dibawa mendekati papan kekunci itu.
Namun, bayangan itu masih menghantui mindanya. Nafasnya mula menjadi tidak tentu. Jemari Yoongi serta-merta menjauhi papan kekunci itu. Nafas terus dihembus sebelum dia menutup papan kekunci itu semula. Tanpa menoleh sedikitpun, Yoongi berjalan pergi daripada piano itu.
Di studio Big Hit Entertainment juga, Yoongi duduk menghadap keyboard. Lama dia berbuat begitu, merenung keyboard itu tanpa menyentuhnya atau apa-apa.
Sekali lagi, keberanian digagahkan didalam hati. Kejadian itu dibuang sejauh mungkin daripada minda. Tangannya dibawa mendekat kepada papan kekunci. Jarinya menyentuh papan kekunci berwarna putih.
"Apa yang kau tunggu lagi, Yoongi?", tiba-tiba suara Namjoon menegurnya. Pantas kepala Yoongi menoleh kearah pintu studio miliknya yang terbuka dan Namjoon sedang bersandar di muka pintu sambil berpeluk tubuh. Bila pula Namjoon masuk?
Namjoon melepaskan sebuah nafas sebelum dia melemparkan sebuah pandangan yang Yoongi mampu tafsirkan apa maksudnya. "Aku tahu apa maksud piano bagi kau, Yoongi.", ujar Namjoon, perlahan sahaja nada suaranya.
Yoongi menjauhkan jarinya daripada memnyetuh papan kekunci keyboard. "Kau pun tahu apa piano ni dah buat dekat aku, Namjoon.", balas Yoongi. Lidah Namjoon terkelu. Dia tahu apa maksud ayat Yoongi. Suasana sepi menyelubungi mereka berdua buat seketika. Mungkin menyampaikan telepati yang hanya difahami oleh mereka berdua.
"Semuanya jadi bukan salah kau.", itu ayat terakhir yang Namjoon katakan sebelum dia menutup pintu studio milik Yoongi dan menghilang dari pandangan Yoongi.
Yoongi menundukkan landangannya, memandang karpet berwarna kelabu.
Senang untuk kau cakap, Namjoon. Aku hidup dengan perasaan ini, bukan mudah untuk aku buang begitu sahaja.
▶◀
"Aku rasa kepala otak kau masuk air.", itu balasan Yoongi setelah mendengar cadangan Namjoon. Namjoon tersenyum, menyerlahkan sepasang lesung pipit di pipi.
"Maksudnya, kepala otak aku penuh oksigen. Bagus.", Namjoon memetik jarinya. Yoongi menjeling Namjoon, terasa ingin melemparkan fail yang dipegangnya kini ke kepala Namjoon. Tidak habis-habis dengan loyar buruknya itu.
YOU ARE READING
CINTA PERTAMA. » min yoongi
FanfictionChoi Aera yang membuat keputusan melarikan diri dari rumah dan keluarganya demi mencapai impian sebagai seorang penyanyi kerana ibubapanya menentang impiannya. Memiliki ijazah kedoktoran daripada universiti yang terkemuka, dia nekad untuk mencari pe...